JOM TONTON AJL DI RUMAH! TONTON BAWA KEMERIAHAN UNIFI ARENA TERUS KE SKRIN ANDA

Monday, 10 August 2026

JOM TONTON AJL DI RUMAH! TONTON BAWA KEMERIAHAN UNIFI ARENA TERUS KE SKRIN ANDA | Sambil Layan, Undi Juga Persembahan Terbaik AJL40!

Kuala Lumpur, 10 Ogos 2026 – Tak dapat ke Unifi Arena? Jangan risau! Tonton bawa kemeriahan Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) terus ke skrin penonton menerusi kempen “Jom Tonton Di Rumah,” membolehkan peminat merasai kehangatan dan sorakan anugerah berskala besar terus dari kediaman masing-masing dalam Full HD, dengan mudah dan fleksibel menerusi aplikasi Tonton.

Selain menyaksikan persembahan para finalis AJL40, penonton juga berpeluang menikmati persembahan pembukaan dan selingan istimewa daripada barisan penyanyi terkemuka tanah air, di samping mengimbau kembali persembahan gilang-gemilang daripada edisi AJL terdahulu yang mewarnai perjalanan empat dekad AJL dalam meraikan muzik tempatan.

Sambil mengikuti setiap persembahan di skrin, peminat juga boleh menjadi sebahagian daripada penentuan Anugerah Persembahan Terbaik AJL40 dengan memberikan sokongan kepada finalis pilihan menerusi undian. Undian ini akan dibuka pada 15 Ogos 2026, jam 9.00 malam, dan berlangsung sehingga selepas persembahan finalis terakhir AJL40.

Untuk mengambil bahagian, peminat boleh membeli langganan Tonton 3 Bulan mulai 10 Ogos 2026 ini, dengan setiap langganan memberikan 300 kredit undian. Satu akaun Tonton boleh melanggan pelan berkenaan maksimum sehingga 10 kali.

Kredit undian yang diterima boleh digunakan untuk menyokong finalis pilihan sepanjang tempoh undian, sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk turut menyumbang kepada pemilihan penerima Anugerah Persembahan Terbaik AJL40.

Dengan akses kepada kandungan AJL terdahulu serta fleksibiliti untuk mengikuti setiap detik bersejarah AJL di mana sahaja menerusi pelbagai peranti, Tonton menjadi pilihan terbaik untuk peminat menikmati AJL40 dari rumah dengan pengalaman tontonan yang lancar dan tanpa sebarang gangguan.

Jadi, tak dapat ke Unifi Arena bukan bermakna perlu ketinggalan. Saksikan AJL40 secara langsung menerusi Tonton dan rasai sendiri bahang pentas berprestij ini terus dari skrin anda!

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.