Gelombang sokongan terhadap filem tempatan Tiket Sehala nampaknya semakin hangat di media sosial. Selepas mula ditayangkan di pawagam 6 Ogos 2026 lalu, rata-rata penonton yang melangkah keluar dari dewan tayangan tampil memberikan maklum balas yang amat positif. Dari babak aksi mendebarkan hinggalah ke emosi yang menyentuh jiwa, filem ini membuktikan ia bukan sekadar naskah biasa.
Antara reaksi dan ulasan jujur daripada para penonton yang telah menyaksikan sendiri fenomena Tiket Sehala di media sosial menyatakan ia satu penanda aras baharu filem aksi Malaysia “Filem Tiket Sehala memang penanda aras terbaik untuk filem aksi yang kita patut ada. Tahniah dan bangga kita ada filem Malaysia sebegini. Dan isu yang dibawa memang membuat filem ini sangat patut ditonton ramai orang!”

Bukan sahaja aksi yang mantap, malah jalan ceritanya turut menyentuh perasaan penonton. “US!!!! Absolutely masterpiece, terkantoi pulak nangis tadi” Pengguna Atieyyzz mengakui emosinya tersentuh hingga Mengalir Air Mata ketika menonton.
Ramai juga yang memuji kualiti teknikal dan gaya visual karya ini bahawa aksi & visual Setaraf Filem Korea. “Trailer dia memang gempak, tambah pula color grading dia memang cantik. Vibe dia memang rasa macam filem Korea...Watak Putri, dialog Korea dia memang sedap didengar dan nampak natural. Babak action dia pun antara yang paling menjadi!” Pengguna Nasrullahzamri memberikan tumpuan kepada aspek visual dan lakonan.
“Style gak filem ni... based on true story btw. Topik yang menarik untuk diketengahkan. @aineemustafa_ is the real MVP! Paling suka acting and fighting scene Ainee!” Menurut ulasan oleh Rara.zkrl yang memberikan rating 8/10 gabungan pelakon antarabangsa dari Malaysia, Korea, Indonesia dan Thailand memberikan kelainan tersendiri.

Tiket Sehala mengisahkan sekumpulan rakyat Malaysia yang berlepas ke Korea Selatan dengan niat mahu mencari rezeki demi mengubah nasib keluarga. Malangnya tanpa disedari, mereka sebenarnya menjadi mangsa penipuan sindiket pekerjaan yang kejam.
Terbitan Key Billions Sdn. Bhd. dan arahan Rahila Ali, Tiket Sehala menampilkan Noki K-Clique, Jaa Suzuran, Sharifah Sakinah, Sheila Mambo, Ardell Aryana, Hasnul Rahmat, Zaki Yamani, Ainee Mustafa dan Saha Champ, di samping menampilkan barisan pelakon antarabangsa dari Korea Selatan, Thailand dan Indonesia.
Jelas sekali, Tiket Sehala bukannya filem biasa-biasa. Bagi anda yang masih belum berkesempatan untuk menyaksikan karya sarat aksi dan emosi ini, apa kata tempah tiket anda di pawagam berdekatan sekarang sebelum kehabisan slot hujung minggu ini!
#TiketSehala
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.