RIDE BERSAMA CHELOT, Rasai Sendiri Kehangatan Kembara Ini Bersama Barisan Pelakon!

Friday, 21 August 2026

Menjelang tayangan CHELOT di pawagam seluruh negara pada 27 Ogos 2026, peminat kini berpeluang merasai sendiri bahang filem aksi thriller ini menerusi ‘Ride Bersama CHELOT’. Bukan sekadar konvoi biasa, acara ini menghimpunkan peminat motosikal dan penggemar filem dalam satu pengalaman yang membawa mereka lebih dekat dengan dunia CHELOT, sambil menyemarakkan lagi keterujaan menjelang tayangan rasminya. 

Malam ini, bermula pada 8.30 malam, kembara ini akan berkumpul di Nasi Kandar Pelita, KLCC sebelum bergerak secara konvoi menuju ke MyTOWN Shopping Centre. Lebih menarik, konvoi ini turut disertai oleh pengarah, penulis skrip dan penerbit CHELOT, Adrian Teh, bersama barisan pelakon Beto Kusyairy, Shukri Yahaya dan Alicia Amin, memberikan peluang kepada peminat untuk bertemu dan konvoi bersama mereka dalam suasana yang santai tetapi penuh semangat. 

Semangat yang dibawa menerusi Ride Bersama CHELOT selari dengan identiti filem itu sendiri yang sarat dengan aksi, intensiti dan cabaran. Daripada hanya menyaksikan promosi di media sosial, kali ini peminat berpeluang menjadi sebahagian daripada perjalanan CHELOT, berkongsi keterujaan bersama barisan pelakon dan komuniti riders dalam satu malam yang pastinya meninggalkan kenangan. 

Primeworks Studios, selaku Rakan Pemasaran bagi CHELOT, membawakan karya aksi terbaharu arahan Adrian Teh yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 27 Ogos 2026. Menampilkan barisan pelakon ternama termasuk Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Shaheizy Sam, Nadhir Nasar, Alicia Amin, Azhan Rani dan Theeban G, filem ini mengangkat kisah penuh mendebarkan tentang keberanian, pengorbanan serta pertarungan sengit antara keadilan dan dunia jenayah yang dipenuhi muslihat. 

Jadi, kalau anda peminat filem aksi atau kaki ride, inilah masanya untuk ajak geng, hidupkan enjin dan sama sama memeriahkan #KembaraChelot. Sertai RIDE BERSAMA CHELOT malam ini dan rasai sendiri bahang serta semangat filem ini sebelum CHELOT menggegarkan pawagam seluruh Malaysia mulai 27 Ogos 2026.

Jangan lupa kongsikan pengalaman dan keterujaan anda sepanjang RIDE BERSAMA CHELOT menerusi tanda pagar #KembaraChelot dan #CHELOT. Untuk lebih banyak perkembangan terkini, kandungan eksklusif dan pelbagai aktiviti menarik berkaitan CHELOT, ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X dan YouTube.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.