TONTON & MENANG: MPL MY S18 | Rebut Peluang Menangi Ribuan Diamonds Sambil Tonton Secara Langsung!
Kuala Lumpur, 14 Ogos 2026 – Berita baik buat peminat e-sukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)! Saksikan kemeriahan MPL Malaysia Musim Ke-18 (MPL MY S18) di Tonton dan rebut peluang memenangi ribuan Diamonds menerusi kempen ‘Tonton & Menang: MPL MY S18’, yang berlangsung dari 14 Ogos hingga 1 November 2026.
Menjadikan kempen ini lebih menarik, jumlah hadiah keseluruhan yang ditawarkan mencecah 100,000 Diamonds, merangkumi 40,000 Diamonds sepanjang Regular Season dan tambahan 60,000 Diamonds bagi pusingan Playoff / Pusingan Penyingkiran. Dengan ganjaran yang menanti sepanjang musim, peminat bukan sahaja boleh menikmati aksi pasukan profesional pilihan, malah berpeluang merancang tempoh tontonan mereka menjadi ganjaran menarik.
Setiap 1 minit tontonan bersamaan 1 mata, yang akan dikira pada Jumaat hingga Ahad hujung minggu sebelum leaderboard disemak dan ditetapkan semula pada setiap Isnin, memberikan peluang baharu kepada penonton untuk bersaing setiap minggu. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah Masa Tontonan tertinggi yang direkodkan sepanjang tempoh pertandingan mingguan sebelum dihubungi oleh pihak Tonton untuk proses penebusan hadiah dalam aplikasi MLBB.
Tunggu apa lagi? Caranya mudah sahaja! Anda hanya perlu mengimbas kod QR pada poster kempen atau terus melalui microsite ini di Tonton. Selepas log masuk ke akaun Tonton, anda perlu saksikan kandungan serta perlawanan MPL MY S18 secara langsung di Tonton. Tempoh tontonan yang dikumpulkan akan ditukar kepada mata secara automatik, lebih lama masa yang diluangkan mengikuti perlawanan, lebih banyak mata dapat dikumpulkan dan lebih tinggi peluang untuk menduduki kedudukan teratas dalam carta kedudukan.
Dengan MPL MY S18 berlangsung setiap hujung minggu, peminat kini mempunyai lebih banyak sebab untuk kekal bersama Tonton dari perlawanan pertama hingga ke kemuncak musim. Jangan sekadar tonton, kumpul mata, panjat carta kedudukan dan rebut peluang memenangi ribuan Diamonds menerusi ‘Tonton & Menang: MPL MY S18’!
Ayuh saksikan MPL MY S18 secara langsung di Tonton setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, bermula 14 Ogos hingga 1 November 2026, dan jadikan setiap minit tontonan lebih bermakna! Bagi yang ingin merasai sendiri kemeriahan aksi MPL MY S18, peminat juga boleh menyaksikan perlawanan secara langsung di Pusat Konvensyen Quill City Mall.
Bukan sekadar platform penstriman, Tonton menghimpunkan peminat untuk mengikuti aksi pasukan kegemaran, menyokong pemain pilihan serta menikmati saingan sengit MPL MY S18 dalam satu destinasi. Persoalannya, mampukah Selangor Red Giants meneruskan dominasi mereka dan mempertahankan takhta kejuaraan buat kali keenam berturut-turut?
Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.



Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.