Movie Review | The Incredible Hulk (2008)

Sunday, 23 August 2026


Pengarah: Louis Leterrier  
Penulis Skrip: Zak Penn  
Pelakon: Edward Norton, Liv Tyler, Tim Roth, William Hurt, Tim Blake Nelson, Ty Burrell, Christina Cabot    
Syarikat Produksi: Marvel Studios, Valhalla Motion Pictures   
Pengedar:  Universal Pictures
Genre: Superhero 
Durasi Tayangan: 112 minit
Tarikh Tayangan: 8 Jun 2008 (Gibson Amphitheatre), 13 Jun 2008 (United States)
Trailer:


Fasa 1 Marvel Cinematic Universe memperkenalkan Hulk (Leo Ferrigno) yang terlahir dari radiasi gamma setelah Bruce Banner (Edward Norton) cucuk serum super-soldier dalam badannya. Thaddeus Ross (William Hurt) mewujudkan eksperimen super-soldier sebagai alternatif untuk menang dalam Perang Dunia Kedua. 

Eksperimen tersebut gagal lalu membahayakan diri dia dan juga orang sekeliling sekiranya degupan jantung dia mencecah 200 degupan seminit. Bruce terpaksa mengasingkan diri dan berpisah dengan teman wanitanya, Betty Ross (Liv Tyler). Di Brazil dia belajar cara untuk bertenang dan sabar melalui meditasi. Bruce juga berkomunikasi dengan Mr. Blue (Tim Blake Nelson) yang sentiasa mencari jalan untuk mengawal radiasi gamma yang berada di dalam sel darah. 


‘Remember those experiments we volunteered for at Harvard? Those induced hallucination? It's a lot like that, just a thousand times amplified. It's like someone poured a litre of acid into my brain.’ – Bruce Banner

Bruce menyara hidupnya dengan bekerja di kilang minuman soda namun satu hari luka yang dialami menyebabkan darah dia melekat pada botol soda. Seorang lelaki tua (Stan Lee) mengalami perkara aneh hingga menyebabkan Ross dapat menjejaki keberadaan Bruce. Ross menghantar unit khas diketuai oleh Emil Blonsky (Tim Roth) tapi gagal menangkap Hulk atau Bruce. 


Blonsky minta penjelasan dari Ross tentang makhluk hijau yang ditemui di Brazil lalu Ross dengan liciknya perdayakan Blonsky untuk cuba serum super-soldier. Blonsky ada peluang untuk naik pangkat sekiranya dia menjadi gagah, perkasa, laju dan tangkas sama seperti Hulk. 


Filem The Incredible Hulk arahan Louis Leterrier dan ditulis oleh Zak Penn, Hulk terhasil agak lambat dari Captain America dan serum yang digunakan pun sama sebab dekat bekas serum ada Crysync dan Stark Industries tapi setiap serum yang masuk ke badan tak akan sama hasilnya. Captain America jadi kuat, segak dan tinggi tapi Bruce jadi Hulk sementara Blonsky jadi pelik. Actually Blonsky berjaya tapi dia yang tamak sampai jadi The Abomination. 


Walaupun filem The Incredible Hulk kreditkan Zak Penn sebagai penulis skrip tapi Edward Norton menyumbang juga lepas penulis asal terpaksa fokus untuk filem The Grand (2007). Setiap hari Edward dengan Liv bincang macam mana nak improvise babak Hulk dan Edward juga adalah peminat komik Hulk. Tak pasti idea siapa tapi babak Hulk letak Betty dalam gua tu teringat filem King Kong dan memang part tu adalah tribute kepada babak ikonik King Kong. 


Filem The Incredible Hulk memang banyak menggunakan CGI untuk hasilkan raksasa hijau dan Edward sendiri perlu guna cat hijau untuk beberapa babak. Babak aksi yang dipaparkan juga memuaskan walaupun cuma ada 3 babak sahaja sebab Hulk jenis all out bila mengamuk. Menarik tengok babak Ross dan Blonsky nak tangkap Hulk dekat Universiti Culver. 

Rasanya watak Betty Ross hidup dalam The Incredible Hulk sahaja sebab lepas Hulk join Avengers dan S.H.I.E.L.D., dia dah mula tertarik dengan Black Widow. Chemistry Liv dengan Edward pun menarik dan kuatkan romantic angle untuk filem The Incredible Hulk. Boleh faham kenapa Hulk boleh bertenang bila jumpa Betty tapi tak tukarkan dia kepada Bruce balik. 


Penceritaan The Incredible Hulk bergerak laju dengan plot Ross ingin cipta super-soldier dan konflik bersama anak perempuannya, Betty. Watak Ross mungkin nampak jahat tapi dia lebih kepada passionate untuk dapat apa yang dia nak. Mungkin sebab eksperimen sebelum ni dah berjaya pada Captain America tapi tak sangka pula kali ni berbahaya untuk masyarakat. Dia pun tak ada manual untuk latih atau kawal Hulk sebab benda baru. 


Ada masanya dialog Ross kelakar juga lah dan buatkan ketegangan filem hilang sedikit. William Hurt berjaya hidupkan watak Ross dengan cemerlang dari gaya dan ekspresi muka dia walaupun screentime tak banyak macam watak lain. 


Bila rewatch balik The Incredible Hulk ni rasa Marvel Studios macam hilang pelakon yang bagus untuk Hulk dan juga Bruce Banner. Mark Ruffalo okay sebagai nerdy Bruce tapi Edward tampilkan personaliti Bruce yang karismatik, bijak dan bertenaga. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.8 = 8.8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.