Saturday, 5 December 2020

Drama Review : Delhi Crime


Director : Richie Mehta

Writer : Richie Mehta

Cast : Shefali Shah, Rasika Dugal, Adil Hussain, Rajesh Tailang, Yashaswini Dayama, Denzil Smith,  Abhilasha Singh, Sanjay Bishnoi, Mridul Sharma

Production Company : Golden Karavan, Ivanhoe Productions, FilmKaravan, Poor Man's Productions

Distributor : Netflix

Genre : Crime / Drama / Thriller

Running Episodes : 7 episodes

Release Date : 22 March 2019

Trailer :

First of all, congrats to Delhi Crime team for Emmy Award winning this year!! What a huge achievement for Bollywood industry and Netflix India after Scared Games series last year! 

Delhi Crime diadaptasikan dari kisah benar jenayah yang menggemparkan satu dunia bila Nirbhaya dirogol di dalam sebuah bas yang bergerak di kawasan bandar pada tahun 2012. Dalam web series ni mangsa lelaki, Akash (Sanjay Bishnoi) dibelasah manakala mangsa perempuan, Deepika (Abhilasha Singh) dirogol beramai-ramai di dalam sebuah bas, dirodok dengan besi dan usus kecil ditarik keluar kemudiannya mereka berdua dicampak di tepi jalan tanpa sehelai pakaian.  

Kes ni dijaga oleh Deputy Commissioner of Police (DCP) Vartika Chaturvedi (Shefali Shah) dan anak-anak buah dia. Selama ni mereka dicerca dan dikritik dek kerana kelemahan dalam menjaga Delhi tapi Richie Mehta paparkan realiti dari perspektif pegawai polis yang sedaya-upaya menangkap kesemua penjenayah yang terlibat dalam kes ni. Bagaimana dalam masa 5 hari mereka dapat tangkap keenam-enam penjenayah tanpa sebarang rekod atau sebarang petunjuk dari Akash atau Deepika. Tak balik ke rumah, tanpa elaun dijanjikan dan kekurangan masing-masing tapi tetap juga perform yang terbaik. 

6 tahun pengarah dan penulis Richie Mehta buat research sebelum ready untuk shoot series Delhi Crime selama 62 hari di Delhi dan beberapa kawasan lain. Walaupun pengarah tak tunjuk gang rape’s scene untuk tambahkan impak dan kesan ngeri tapi dari keadaan Deepika semasa dibawa ke hospital pun dah boleh bayangkan betapa kejamnya perbuatan mereka. In actual case lagi menyedihkan bila peguam yang defend mereka berenam ni bagi statement yang anak guam dia tak buat salah pun. 

Dalam Delhi Crime boleh nampak macam mana reaction setiap golongan antaranya media yang pentingkan rating tanpa mengira etika, masyarakat yang menuduh secara melulu, politician dengan agenda politik untuk merampas kuasa dan juga pihak atasan yang cuba mencari the fall guy. Semuanya dipaparkan dengan tepat dan realistik. Lakonan setiap pelakon menggambarkan perasaan dalam setiap babak dengan emosi yang sesuai dengan keadaan yang dilalui. 

Jai Singh (Mridul Sharma) mengaku atas semua jenayah yang dilakukan tapi tak menyesal langsung dengan perbuatan dia malah berasa bangga dapat keluarkan usus dari perut Deepika. Tahniah kepada casting director, Mukesh Chabra sebab ambil barisan pelakon yang berbakat besar. 

‘It’s economics. The bigger the gap between the rich and poor, the more the crimes. You see, the rich have brought more money into society. But it’s not reaching the poor. So they try to take it. The result is more strife than in society. It’s normal. It’s happening all over the world. Add to that the explosion of uneducated youth here. They have no sex education, but get free porn online which affects their adolescent brains. They do not know how to interpret it. they objectify women and wish they could have that in their lives. If they don’t get it, they take it with no regard for the consequences. After all, they have nothing to lose.’ 

This dialogue alone has deliver strong message and bitter truth every country in this world and perfectly sum up the story. Dialogue deliveries are perfect. Execution and screenplay also great. Johan Heurlin Aidt pay attention on every detail sebelum dia masukkan dalam lensa kamera dia. Music score dari Andrew Lockington pun menambahkan impak penceritaan. 

Tanpa gory scene atau melodrama, Delhi Crime deliver yang terbaik baik dari segi penceritaan, lakonan dan teknik lain. Sebuah series yang digarap cantik sebagai penghargaan kepada pegawai polis yang memberikan sepenuhnya dalam menjaga keamanan negara. Ending Delhi Crime tinggalkan audience dengan perasaan kecewa bila dipukul dengan realiti sebenar kehidupan.

Ingat lagi masa kes ni berlaku, Jaya Bachchan turun naik Parlimen untuk bahas isu ni supaya keselamatan perempuan terjaga tambah pula bila dia sendiri ada anak perempuan, menantu dan cucu perempuan dalam rumah dia. Team Delhi Crime dah keluarkan statement akan muncul dengan Season 2 dengan barisan pelakon yang sama dalam memburu penjenayah baru. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

20 comments:

  1. true story is the best, tapi sedih kan bila its actually true story :(

    ReplyDelete
  2. OMG! One has to catch this award-winning movie for sure. Then again it will be a painstaking viewing moment as this heart-wrenching movie make us weep.

    ReplyDelete
  3. Ok. Nak tengok la sempena New Year MCO nie kan. Takut gak bila tgk cerita based on true events nie takut emosi melampau

    ReplyDelete
  4. Sedihnya review cerita ni. Emotional pun boleh jadi ni kalau tengok 😭

    ReplyDelete
  5. okay cerita ni nampak macam best! isu yang dibawa pun memang antara yang perlu diberi perhatian. okay dah set untuk tengok drama ni nnti :)

    ReplyDelete
  6. ingat lagi pasal kes ni dulu, kecoh juga satu dunia time tu minta keadilan untuk mangsa. nak tahu juga apa jadi pada perogol tu semua.

    ReplyDelete
  7. Aduh kenapa dekat netflix.. Kita tak langgan.. Baca sinopsis best gila.. Ke rogol macam ni memg kene ambik tau. Polis kene cari smpai dpt juga

    ReplyDelete
  8. Wow this movie won the Emmy's? Then I will certainly make a point to watch it. Intriguing stroyline.

    ReplyDelete
  9. Wah arini boleh la layan kat netflix. Thanks far sebab share movie ni. Marsha memang suka crime investigation macam ni.

    ReplyDelete
  10. cite ni baru tengok episod 1 best jugak tapi macam slow sikit mula2 tu. saya cari kat telegram je sebab tak langgan netflix

    ReplyDelete
  11. Oo kisah benar ke? Kena tengok ni.. kalau dah menang award, mesti hebat sungguh filem ni.. masuk list nanti...

    ReplyDelete
  12. Lama giler x BC review farhana. Ok movie ni msk dlm list

    ReplyDelete
  13. menariknya cerita ni..baca review pon dah rasa teruja..nak kena tengok full story ni lagi best ni..

    ReplyDelete
  14. oh wow I am new to Delhi Crime. Congrats them for Emmy Award winning this year I must catch it soon

    ReplyDelete
  15. Wow,,, Emmy Award winner... lagi la wajib tengok sebab bukan senang nak menang award berprestij macam ni.. sure ada elemen yang buat mereka nominated and menang.. macam previous year juga kan..

    ReplyDelete
  16. Baca ni pun membuat kak rasa gerun nak tengok... jadi walaupun filem nampak menarik berdasarkan kisah benar tapi rasanya klu tgk mesti tutup mata huhu.

    ReplyDelete
  17. Ph cite ni ada kat netflix nti blhlah tgk puas2, suka tgk cite mcm ni

    ReplyDelete
  18. Wow I've got to watch this, I love crime dramas, think I'll enjoy this too.

    ReplyDelete
  19. so nice to read all those review but too bad. i dont have netflix at home.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!