TV Show Review | The Sixth Sense Season 2 Episode 7

Monday 27 September 2021

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Ung Hae, Hoon Hae

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 25 June 2021 – 24 September 2021

Trailer :


Menarik episod kali ni bila panel jemputan adalah pemain bola keranjang negara Korea yang kacak dan terkenal kerana achievements mereka berdua dalam arena sukan. Selalunya adik-beradik ni pergi ke variety show ditemani oleh ayah mereka tapi khas dalam The Sixth Sense Season 2, mereka berdua datang pertama kali secara duo. 

‘Being on variety shows with my father, I realized he’s very good at them, so I relied on him a lot. But now he’s not here, I do feel nervous. But I think it’s time I stand on my own two feet. I’ll try my best with confidence.’ – Hoon Hae

Tema untuk episod 7 berkaitan dengan makanan musim panas – ‘Unique Invigorating Foods Special’, makanan yang bagus untuk stamina dan berkaitan juga lah dengan ahli sukan. Sebab tu la kot team production invite adik-beradik Hae datang ke set. Sebelum ni pernah tengok variety show Boss In The Mirror tapi dalam tu cuma tunjuk satu team je lah, tak tunjuk pun team lawan kalau ada match. 

Restoran pertama, Fusion Grilled Samgyetang yang dibuka pada Jun 2007 dengan objektif untuk menyediakan makanan yang sihat. Kebanyakan menu dibakar dengan kayu api dan dihidangkan bersama sup herba. Menu untuk panel dalam episod ni ialah Chicken Grilled Samgyetang yang mengandungi akar ginseng liar dan snow fungus. 

Kelakar masa diorang main game baling selipar dekat belakang restoran tu sebab So-min dengan Mijoo naik hantu. Terkejut adik-beradik Hae tengok perangai diorang sampai Jae-sok cakap patutlah tak ramai selebriti nak datang variety show ni bila diorang buat perangai. Panel jemputan la takut, I sebagai penonton sakit perut gelakkan diorang. 

Restoran kedua menghidangkan menu yang berasaskan dari bahan yang terdapat di Seomjin River seperti ikan dan ketam. Pada era Josin, sweetfish ni cuma boleh dimakan oleh sang raja sahaja dan kalau ikan ni tak dihidang, ada pegawai yang akan dipecat atau dihukum. Menu yang dihidang dekat sini agak pelik sebab macam tak sangka raja akan makan menu tu. Biar betul raja makan nasi gaul dengan ikan macam kita bagi dekat kucing? 

Adik-beradik Hae cakap props dekat dinding tu nampak sangat fake sebab mudah sangat untuk team production minta autograph selebriti untuk tunjuk diorang pernah datang makan dekat situ. Na-Ra dengan Mijoo syak owners tu macam pelakon sebab lancar je diorang bercerita. Sang-yeob pulak jelaous dengan adik-beradik Hae sebab Jessi duduk sebelah diorang tapi jauh dari dia. Comel betul diorang dua ni. 

Restoran ketiga agak unik bila menu yang dihidangkan akan mengikut pada cuaca. Chef akan tengok laporan kaji cuaca 2 bulan sebelum sediakan menu di café tersebut. Kalaupun cuaca pada hari tersebut mendung, menu tetap sama dengan apa yang dah ditetapkan pada bulan tersebut. Quite tricky tapi tu lah keunikan yang diketengahkan untuk tarik pelanggan.

Kesian tengok chef ni gagap nak explain bila semua panel pandang macam nak terkam. Soalan pun menjerat sebab masing-masing dah stress nak pilih yang mana satu palsu. Nasib baik Jae-sok perasan supaya tak ada adegan macam dalam Episod 6 bila pemilik restoran nervous sampai rosak rice cake dia. 

Masa semua panel berbincang yang mana satu restoran palsu, semua pening nak pilih sebab semuanya ada kelemahan masing-masing sampai buat diorang semua nampak meragukan. Mijoo sampai kusut dekat voting poll sebab tak tahu nak pilih yang mana. Stress!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.