Showing posts with label drama Jepun. Show all posts
Showing posts with label drama Jepun. Show all posts

Drama Review | Kakafukaka (2019)

Sunday, 6 July 2025


Pengarah: Fukuda Momoko, Horie Takahiro
Penulis Skrip: Aso Kumiko
Pelakon: Morikawa Aoi, Nakao Masaki, Yuki Kosei, Nakamura Risa, Sakisaka Mia
Syarikat Produksi:  
Penyiaran: MBS, Hulu
Genre: Romantik / Drama 
Jumlah Episod: 10 Episod (25 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 25 April 2019 – 27 Jun 2019 
Trailer: 


Drama yang diadaptasikan dari manga dengan judul yang sama mengisahkan tentang Terada Aki (Morikawa Aoi) terdesak mencari tempat tinggal lalu kawan baiknya, Nori (Sakisaka Mia) cadangkan supaya Terada ganti menyewa di sharehouse kerana dia bakal berkahwin dan akan berpindah. Sharehouse tersebut kepunyaan Hase Taichi (Yuki Kosei) tapi jarang berada di rumah kerana sibuk bekerja sebagai editor di pejabat. 

Tanpa berfikir panjang, Terada setuju untuk tinggal di situ. Walaupun Terada tidak lah cerdas untuk bekerja tapi dia mempunyai kemahiran yang bagus dalam masakan jadi setiap hari Terada akan sediakan sarapan pagi dan juga makan malam untuk semua penyewa di rumah tersebut. 

Selain Hase, sharehouse tersebut didiami oleh Kurinata Akari (Nakamura Risa) dan Hongyo Tomoya (Nakao Masaki). Akari bekerja di pejabat yang sama dengan Hase jadi mereka berdua jarang berada di rumah sementara Hongyo adalah penulis novel yang sentiasa selesa berkurung di dalam biliknya. Akari suka dengan Hongyo tapi perasaannya tak pernah berbalas. 

Hongyo pula mempunyai masalah mati pucuk tapi anehnya penyakit dia hilang bila bersama Terada. Mereka berdua ada sejarah lama ketika di sekolah menengah dan trauma ditinggalkan Terada menjadi punca kepada penyakit Hongyo. Dalam masa yang sama, Hase mula selesa dan tertarik dengan Terada yang mempunyai personaliti sama seperti ibunya. 

Layan drama ni lepas nampak rating tinggi dekat TikTok plus hero pun handsome macam hero Because This Is My First Life (2017), Lee Min-ki. Jalan cerita drama Kakafukaka ni unik lah sebab tiga watak utama dalam drama ni mempunyai trauma yang dalam sampai beri kesan kepada kehidupan masing-masing. Watak Akari je yang nampak normal tapi tak pasti lah kalau I yang tak perasan dia pun ada sisi pelik. 

Drama Kakafukaka agak pendek walaupun mempunyai 10 episod sebab setiap episod cuma berdurasi 25 minit jadi tak banyak input tentang setiap watak dimasukkan. Apa yang buatkan Hongyo trauma sampai dapat penyakit mati pucuk tak diceritakan dengan mendalam pun. Dia bagitahu penyakit tu mula sejak 2 tahun lepas padahal dia putus dengan Terada dah lama dah.

Watak Terada dalam drama ni sangatlah menyedihkan sebab pandai memasak dan mengemas sahaja. Nak kata cantik pun tak sangat. Dah lah kena curang dengan tunang lepastu dipergunakan oleh Hongyo tanpa sebarang jaminan pertolongan dia akan bawa perhubungan diorang ke peringkat yang lebih serius. Kes Terada dengan Hongyo boleh kata classic case perempuan yang seronok dapat ubah lelaki padahal kena manipulate teruk. 

Lagi pelik bila Hase tahu tentang hubungan Terada dan Hongyo tapi tak kisah pun asalkan dia dapat berkahwin dengan Terada. Trauma Hase paling relatable lah sebab dia kaya, kacak, berjaya dalam karier tapi hidup dalam trauma perlukan validation dari ibu dia. Bila Terada ada personaliti tu, Hase tertarik dengan mudah tapi sayang lah dia bukan watak utama. Kalau tak, mesti dah dapat apa yang dia nak. 

Tak salahkan Hase 100% yang approach Terada untuk dijadikan isteri sebab apa yang dia perlukan ada pada Terada even cara Terada sendiri dah allow other people to treat her like a doormat. Itu pun mungkin jadi salah satu ciri-ciri yang Hase perlukan sebagai isteri. Boleh kata tiga watak utama ni memang kena pergi jumpa psikatri terutamanya Hongyo sebab layan orang macam sampah. Mungkin watak dia terperangkap dalam childhood trauma sampai tak mampu ekspresikan perasaan tapi disebabkan penulisan dan ruang yang terhad, watak dia nampak teruk.

I can easily give high rating for Kakafukaka sebab dibikin dalam template yang santai but Terada looks so dense. Hard for me to believe this kind of character exist in real life. Mungkin ada cuma I tak jumpa lagi but my advice to this kind of people, know your self worth girl. Ending drama Kakafukaka pun tak ada penyelesaian pada masalah psikologi yang dialami oleh watak-watak utama. Sayang betul sebab I prefer Terada jumpa keyakinan diri sendiri dan putuskan hubungan secara baik dengan Hongyo. Mungkin mulakan hidup baru dengan Hase since atau cari kehidupan baru.

Visual Kakafukaka a bit better than other Japanese drama. Kawasan sharehouse Hase pun ada aesthetic yang tersendiri cuma kadang-kadang silau sebab tinggi betul brightness level dia. OST untuk drama Kakafukaka ni comel padahal I rasa drama ni a bit dark.  

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.6  = 6.5/10

Drama Review | Burn the House Down (2023)

Sunday, 8 October 2023


Director: Yuichiro Hirakawa
Writers: Moyashi Fujisawa (manga), Arisa Kaneko
Cast: Mei Nagano, Kyoka Suzuki, Michiko Kichise, Mitsuhiro Oikawa, Yuri Tsunematsu
Production Companies: Kodansha, Office Crescendo
Distributor: Netflix
Genre: Drama / Mystery 
Running Episodes: 8 episodes (45 minutes per episode)
Release Date: 13 July 2023
Trailer :


Diadaptasikan dari manga series karya Moyashi Fujisawa dengan judul yang sama, "Mitarai ke, Enjou Suru" (Burn the House Down) mengisahkan tentang Anzu Murata (Mei Nagano) menyamar sebagai orang gaji di rumah Makiko Mitarai (Kyoka Suzuki). Anzu menggunakan nama Shizuka Yamauchi sebagai samara untuk mengelakkan Makiko kenal identiti dia yang sebenar. 

13 tahun lepas, Makiko cuma seorang ibu tunggal dengan dua orang anak lelaki di bawah tanggungannya. Sejak berkawan rapat dengan ibu Anzu, Makiko mula tiru gaya pemakaian Satsuki Murata (Michiko Kichise) kemudiannya secara curi-curi menggunakan perhiasan dan pakaian supaya terlihat elit di mata orang luar. 

Satu hari, malang menimpa keluarga Anzu bila rumah vila mereka terbakar. Hangus dijilat api. Satsuki diceraikan kerana kecuaiannya lalu menghidap amnesia kerana trauma akibat insiden tersebut. Sementara Makiko berkahwin dengan ayah Anzu, Osamu Mitarai (Mitsuhiro Oikawa) dan mendapat segala kekayaan yang diidamkan. 

Anzu syak Makiko yang menjadi punca kepada insiden kebakaran tersebut. Walaupun dalam CCTV tak jelas siapa yang keluar melalui pintu belakang tapi dia pasti cardigan kepunyaan ibunya dipakai oleh Makiko pada hari kejadian. Berpegang dengan bukti tersebut, Anzu dan adiknya, Yuzu (Yuri Tsunematsu) cuba membalas dendam. 

Drama Jepun terbaru di Netflix ni mempunyai keunikan pada idea jalan cerita yang berkisarkan balas dendam. Menariknya, bukan Sahaja Anzu dan Yuzu cuba untuk jatuhkan Makiko malah anak Makiko sendiri mempunyai motif untuk balas dendam. 

Dua episod pertama seronok lah nak layan sebab curious tengok Anzu nak cari bukti yang disimpan di rumah Makiko. Kelakar juga sebab satu-satunya bukti yang ada tak disimpan dengan baik, siap tayang dekat Instagram. Mungkin sebab Makiko yakin video cctv dah dihapuskan. Tapi bila masuk part Makiko pecat Anzu tu dah mula mehhh sebab Anzu tak lah bijak sangat nak sorok motif dan identiti dia. 

Nasib Anzu baik sebab ada beberapa watak yang tolong dia untuk jatuhkan Makiko because apparently orang sekeliling Makiko pun menyampah tengok ‘pefect life’ dia. Bila tengok episod 7 macam lahhh senang je nak hancurkan hidup Makiko tapi motif Anzu bukan pada nak hancurkan Makiko sebaliknya nak Makiko mengaku salah dan mohon maaf pada Satsuki. Menyampah tengok lakonan Mei yang sentiasa tunjuk muka sembab innocent sedangkan lawan dia lagi bijak. Perfect lah pilih Kyoka untuk watak antagonis. Creepy tengok dia bakar baju, masa dia jumpa Yuzu dekat kedai kek ataupun masa dia komen dekat laman web Kiichi.

Dekat episod akhir pun tak berhenti plot twist siapa sebenarnya yang jadi punca rumah tu terbakar. Tak pasti lah sistem anti-kebakaran dekat Jepun macam mana sebab mudah sangat rumah tu terbakar. Lagi satu sebab rumah Mitarai pun tak ada pekerja, jadi lambat lah bomba datang selamatkan. It doesn’t make sense but you have to accept that part because it is what it is. 

Love angle antara Yuzu dengan Shinji pun macam buang masa, sama juga Anzu dan Kiichi Mitarai (Asuka Kudo). Macam awkward lah bercinta dengan anak kepada orang yang dah musnahkan hidup kau satu keluarga. Tapi tu lah, dunia Anzu dengan Yuzu pun dekat situ-situ je, tak keluar jauh pun. 

Watak ayah dia yang terpaling tak berguna sekali. Dah la tak pernah peduli pun dengan bekas isteri, dengan anak-anak perempuan dia apatah lagi. Bila kahwin baru pun tak pernah peduli dengan anak-anak baru. Yang dia tahu stay dekat hospital tapi kerja dia pun banyak Ketua Jururawat yang uruskan sebab dia macam incapable untuk position yang besar dekat hospital tu. Tapi tu lah, itu kan hospital dia, jadi tak hairan lah kalau dia jadi CEO. 

Overall, drama ni buang masa sebab tak saspen dan misteri pun. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 5.7/10

Drama Review | Alice in Borderland 2 (2022)

Tuesday, 17 January 2023


Director: Shinsuke Sato
Writer : Yoshiki Watabe, Yasuko Kuramitsu, Shinsuke Sato
Cast : Kento Yamazaki, Tao Tsuchiya, Yūki Morinaga, Keita Machida, Ayame Misaki, Nijirō Murakami, Yutaro Watanabe, Sho Aoyagi, Ayaka Miyoshi, Dori Sakurada, Aya Asahina, Shuntarō Yanagi, Mizuki Yoshida, Kina Yazaki, Tsuyoshi Abe, Nobuaki Kaneko, Riisa Naka, Tomohisa Yamashita, Ayumi Tanida, Hayato Isomura, Kai Inowaki, Maiguma Katsuya, Honami Sato, Yuri Tsunematsu, Chihiro Yamamoto, Jun Hashimoto, Aimi Satsukawa, Wakato Kanematsu
Production Companies: Robot Communications Inc.
Distributor : Netflix
Genre : Sci-fi / Adventure / Thriller
Running Episodes : 8 episodes (41–80 minutes per episode)
Release Date : 22 December 2022
Trailer : 


Sekuel drama Alice In Borderland (2020) yang diadaptasikan dari manga "Imawa no Kuni no Arisu" karya Haro Aso membawa Arisu (Kento Yamazaki), Usagi (Tao Tsuchiya), Chiciya (Nijiro Murakami), An (Ayaka Miyoshi), Kuina (Aya Asahina dan Tata (Yutaro Watanabe) ke peringkat lebih tinggi bila mereka semua perlu bertarung dengan ketua setiap bentuk kad terup. 

Sama ada permainan berbentuk individu mahupun berkumpulan, mereka semua perlu menang untuk cari tahu jalan keluar dari dunia tersebut sepertimana yang diberitahu oleh Hatter, pengasas The Beach. Dekat Episod 1 pun dah gerun dengan kehadiran shooter kejam. Merepek juga babak ni sebab shooter seorang je tapi boleh tembak dari pelbagai direction. Baik Arisu mahupun Chisiya yang tampak bijak tak analyze langsung musuh mereka sebaliknya lari selamatkan diri. 


Masuk Episod 2, Arisu berjumpa dengan King Clover di mana mereka perlu kumpul mata dalam tempoh masa 2 jam. Permainan Osmosis memang mudah tapi kena pandai atur strategi untuk menang. Dekat permainan ni memang makan masa yang lama untuk habis walaupun permainan cuma berlangsung selama 2 jam sahaja. 

Rasanya pengarah nak naikkan views dengan guna pelakon kacak Tomohisa Yamashita dalam keadaan berbogel. Memang tak nampak bahagian bawah tapi macam tak perlu langsung idea ni. Dah lah rengsa tengok keadaan dia, lama pulak tu sampai makan 2 episod bila penuh dengan dialog tentang kehidupan. 


Sementara tu Chisiya join permainan Jack of Hearts di mana dia perlu mencari siapa Joker yang akan memperdayakan setiap pemain untuk kekal hidup sehingga ke hujung permainan. Sesiapa saja yang berjaya mencari Joker akan menang dan berpeluang untuk hidup. Game ni menarik sebab reflect much of reality in life. Overthinking and wild assumptions definitely kills. Joker tak payah susah buat kerja pun, manusia sendiri akan berbunuhan sebab paranoid. 

Kemudian Chisiya berjumpa pula dengan King of Diamond dalam perlawanan yang menggunakan ilmu statistik. Stress tengok game ni sebab tak suka subjek statistik. Chisiya explain macam mana pun otak tetap tepu untuk hadam. 


Dalam musim 2 ni ada banyak watak yang muncul untuk team up dengan Arisu dan Usagi. Sebelum tengok musim 2 ada eloknya tengok balik musim pertama untuk elak kekeliruan. Tak lah keliru tahap tinggi cuma tak seronok lah bila watak tersebut muncul tapi reaction kita flat je sebab dah lupa. 

Elemen saspen dalam musim kedua ni tersangatlah sedikit nak dibandingkan dengan musim pertama sebab dari Episod 1 lagi dah boleh nampak yang kesemua watak ada immortal life. Kalau sebelum ni kita ada kejutan bila kedua-dua kawan baik Arisu meninggal dalam permainan yang sama tapi dalam musim kedua, nyawa memasing liat kemain. Memandangkan semua Ketua adalah pelakon yang cantik dan kacak, cara diorang mati pun cantik je, berbeza betul dengan pelakon ekstra yang bersepai sana-sini. 


Pengarah kuatkan elemen saspen pada jawapan macam mana untuk keluar dari dunia tu sebab ramai yang tertunggu-tunggu hasil pencarian Arisu and the gang. Dekat pertengahan cerita penulis cuba untuk distract dengan watak Ann bawa jawapannya kemudian hidupkan balik harapan tu pada watak Arisu. Ibarat macam main passing bola lah kejap jumpa jawapan lepastu hampa lepastu jumpa lagi kemudian hampa lagi. 

Tapi yang pastinya macam mana mereka dipilih masuk ke dunia tu dan kenapa dibawa masuk masih lagi tak dijawab sampai lah ke hujung cerita. Tengok pada hint di hujung macam ada potensi musim ketiga. Not sure if I’m excited for that but I’m still gonna watch it lah since I’m curious with the big why and who's the Mastermind in Borderland.


Memang Mira Kano (Riisa Naka) ada jelaskan pada Episod 8 tapi kata-kata dia bukannya boleh percaya sangat pun. Dari Season 1 hingga Season 2, watak dia adalah manipulator. Mungkin dunia Borderland adalah dunia yang wujud antara hidup dan mati. Macam dunia yang dialami oleh orang koma apabila roh berada di tengah, tidak di bumi dan tidak juga di barzakh. 

Semua watak yang masuk adalah watak yang lelah dengan hidup macam Arisu yang penat jadi loser dalam keluarga, Usagi yang kehilangan ayah ataupun Chisiya yang fed-up dengan privilege T20 tapi watak Heiya, budak lelaki dalam game Checkmate, Kyuma dan geng dia ataupun Karube (Keita Machida) happy je dengan life diorang. Mira ada kata dunia Borderland dikawal oleh rakyat tersebut jadi realiti di penghujung cerita dalam musim kedua mungkin bukan realiti sebenar. Perempuan dalam van tu pun bagitahu dia tahu macam mana semua orang ditarik masuk ke dunia Borderland tapi dibunuh sebelum sempat cerita. Jadi ada banyak lagi yang belum diketahui oleh semua watak yang selamat di Episod 8. 


Stunt action yang diketengahkan mantap, naikkan adrenalin terutamanya masa car chasing, game Checkmate ataupun masa semua watak team up untuk kalahkan King of Spade. Watak Heiya (Yuri Tsunematsu) adalah tribute kepada Katniss dalam The Hunger Games. Sayangnya screentime dia tak banyak sebab tak puas tengok dia jadi sparring partner kepada Aguni (Sho Aoyagi). Sinematografi mantap dengan background music yang menarik antara kekuatan pada drama Alice in Borderland. 

p/s: I just found out that Alice in Borderland is actually Arisu in Borderland. Pronounce Alice in Japanese slang and you'll get it. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.8/10

Drama Review | Alice in Borderland (2020)

Sunday, 26 September 2021

Director : Shinsuke Sato

Writer : Yoshiki Watabe, Yasuko Kuramitsu, Shinsuke Sato

Cast :  Kento Yamazaki, Tao Tsuchiya, Yūki Morinaga, Keita Machida, Ayame Misaki, Nijirō Murakami, Yutaro Watanabe, Sho Aoyagi, Ayaka Miyoshi, Dori Sakurada, Aya Asahina, Shuntarō Yanagi, Mizuki Yoshida, Kina Yazaki, Tsuyoshi Abe, Nobuaki Kaneko, Riisa Naka

Production Company : Robot Communications Inc.

Distributor : Netflix

Genre : Survival / Thriller / Mystery / Drama

Running Episodes : 8 episodes (41–52 minutes per episode)

Release Date : 10 December 2020

Trailer :


Lepas drama Squid Game (2021) trending di Netflix Malaysia, drama Alice in Borderland pun masuk balik dalam trending list Netflix. Bila family ajak tengok I join sekali lah sebab tahun lepas lupa nak layan drama ni. Diadaptasikan dari manga dengan tajuk yang sama yang pernah diterbitkan dari tahun 2010 hingga 2016 hasil karya Haro Aso, Alice in Borderland mengisahkan Ryohei Arisu (Kento Yamazaki) bersama kawan-kawan dia – Daikichi Karube (Keita Machida) Chota (Yuki Morinaga) masuk ke dimensi lain di mana mereka perlu di arena permainan supaya kekal hidup. 

Dalam setiap permainan, tahap kesukaran dan jenis permainan akan ditentukan melalui daun terup. Bentuk kelawar adalah permainan berkumpulan, bentuk diamond adalah permainan fizikal, bentuk adalah permainan minda manakala bentuk hati adalah permainan yang paling sukar kerana mempunyai unsur pengkhianatan. Dan nombor yang tertera di daun terup tersebut adalah tahap kesukaran. 

Menurut Hatter (Nobuaki Kaneko), pengasas safe house yang diberi nama ‘Beach’, bila kesemua daun terup berjaya dikumpul, mereka ada peluang untuk pulang ke dunia asal. Agak mustahil untuk seorang individu mengumpul kesemua daun terup, jadi Hatter wujudkan organisasi supaya mereka semua bekerjasama di dimensi tersebut. Dalam safe house tersebut, kesemua ahli bebas melakukan apa sahaja tapi sekiranya berlaku pengkhianatan terhadap Hatter mahupun ahli eksekutif, ahli-ahli Beach akan dibunuh serta-merta. 

Sepanjang bermain permainan tersebut, Arisu berjumpa dengan ramai watak terutamanya Yuzuha Usagi (Tao Tsuchiya) yang mempunyai kemahiran mendaki dan tinggal di hutan. Mereka berdua saling membantu untuk mencari siapakah pengasas permainan yang kejam dan bagaimana cara untuk mereka pulang ke dunia asal dengan selamat. 

Permainan dalam drama arahan dan penulisan Shinsuke Sato yang berkonsepkan survival ni agak kejam bila mana sekiranya pemain ingin menarik diri akibat kecederaan ataupun lemah fizikal, mereka akan ditembak mati oleh laser. Setiap pemain mempunyai visa untuk hidup selepas menang dalam permainan yang disertai. 

Alur penceritaan drama Alice In Borderland ni bergerak terlampau laju sampaikan tak sempat nak attached or feel connected dengan watak Karube dan Chota. Bila mereka berdua dimatikan wataknya terasa tergesa-gesa dan babak dramatik tu gagal dipersembahkan dengan baik. Masa episod 1 pun Karube dah luahkan dialog :

“Stop hanging out with us and live a normal life. You can do it.”

Kalau ikutkan karakter dan kisah hidup mereka bertiga, Arisu yang patut figure out future dan jalan hidup dia. Sepanjang masa main game sedangkan Karube dan Chota ada impian dan cita-cita masing-masing. Konflik yang diwujudkan dalam game ketiga seolah memaksa penonton untuk rasa kesian dengan Arisu. Kenapa Shibuki (Ayame Misaki) nak goda Chota pun macam kelakar sebab terang lagi bersuluh Chota akan jadi bola tanggung dalam permainan seterusnya bila dia cedera teruk di bahagian kaki. 

Sepatutnya pengarah just chill dengan alur cerita sebab manga ni sudah pasti ada fanbase yang besar bila mana mampu bertahan selama 6 tahun. Bila diadaptasikan ke medium visual yang mampan dengan spektrum warna pastinya tampak lebih menarik dan mampu menarik perhatian yang lebih besar. Nak kata ada flashbacks pun tak juga sebab watak mereka bertiga yang dipaparkan terikat dengan susur masa. Hopefully tak jadi merepek macam movie Homunculus (2021) lah. 

Harapnya ada pertarungan sengit antara Arisu dan Shuntarō Chishiya (Nijirō Murakami) nanti sebab watak Chishiya dengan Kuina (Aya Asahina) nampak menarik. Stunt action Kuina pun cantik dengan editing dan teknik slo-mo yang digunakan. Sama juga dengan stunt Usagi semasa permainan kejar-kejar di bangunan flat. 

Kebanyakan babak dalam drama terbitan Robot Communications Inc. ni berlatarkan bandar Tokyo dan Shibuya yang sesak dan padat dengan penduduk. Rasa seram bila kesemuanya hilang serentak tapi penulis belum jelaskan macam mana sebilangan dari mereka boleh masuk ke dimensi lain. Ada beberapa hint sahaja yang pengarah letak mengenai frekuensi dan persamaan mereka bertiga dengan Shibuki iaitu berada di tandas ketika kejadian tersebut berlaku walaupun waktu kejadian adalah berbeza. 

Tapi teori ni ada percanggahan sebab watak Suguru Niragi (Dori Sakurada) berada di dalam bilik tidur semasa dibawa ke dimensi lain. Apa-apa pun penjelasan saintifik mahupun fiksyen, mungkin penulis atau pengarah akan jelaskan pada Season 2 nanti sebab team Alice In Borderland dah start shooting untuk season baru. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 7/10