TV Show Review | WIN - Who Is Next? : Episode 11

Monday 21 June 2021

Director : Yang Hyun Suk (YG)

Writer : YG Entertainment

Cast :  Team A (Song Min Ho, Kang Seung Yoon, Nam Tae Hyun, Kim Jin Woo, Lee Seung Hoon), Team B (B.I, Bobby, Jay, JuNe, D.K, Yun Hyeong), YG, JYP, Big Bang, 2NE1, Masta Wu, Tablo, Lee Hi, AKMU, Yoo In Na

Production Company : YG Entertainment

Distributor : tvN, Mnet

Genre : Survival Show

Running Episodes : 11 episodes (45 minutes per episode)

Release Date : 24 August 2013 – 27 October 2013

Video : 


Dalam episod 11 ni tayang beberapa jam sebelum final Battle, press conference dengan pihak media dan rehearsal scene untuk kedua-dua team dalam Episod 10. Ada selingan senior artist dekat YG Family menyembang dekat backstage bagi kata-kata semangat dekat Team B dan ucapan tahniah dekat Team A yang debut sebagai WINNER. 

Masa tengok survival show WIN - Who Is Next under Mnet ni rasa geram sangat kenapa Team A yang dapat debt sebagai WINNER sedangkan Team B yang bagus setiap kali dinilai. No wonder lah JuNe sampai trauma lepas banyak kali join survival show especially lepas Kingdom : Legendary War. Rabak mental dengan fizikal bila dah perform yang terbaik tapi kalah. 

‘I was relieved, a bit happy and well, I’m not really sure. I do have some regrets. But it was good, even up to the moment it was announced.’ – B.I

Nasib baik lah iKON bukan setakat teammates tapi lebih kepada family. Lepas tahu keputusan tu B.I dengan Jay cakap bergurau get ready untuk November assessment pulak. Mungkin diorang pun dah tahu susah nak menang dalam survival show ni sebab undian setiap Battle memang Team A yang akan lead. Masa tengok reaction YG bila dapat tahu Team A menang pun dia macam tak suka. Dia naik atas stage pun untuk bagi semangat dekat Jay. 

‘We are more like a family than a team. I’ve never thought about us splitting up, I hope we never get disbanned.’ - Yunhyeong

Ada yang kata Team A dapat undian lebih sebab diorang underground, ada style sendiri tapi berjaya naik ke atas dengan usaha dan improve kelemahan masing-masing. Bullshit for me sebab DK, Yunhyeong dengan JuNe datang YG Entertainment dengan imej berbeza tapi improve selama 3 tahun untuk debut dalam idol group. Ada yang kesian sebab Team A ramai yang dah masuk 20 ke atas so masa diorang tak banyak sebelum masuk military. 

Sama je lah kalau Team B kalah pun sebab YG kata mungkin tambah masa lagi 4 tahun untuk diorang debut. Akan ada perubahan pada ahli kumpulan dan sebagainya. Ikut pada keadaan. Nasib baik masa tu orang 10,000 fans Team B buat online petition supaya Team B debut. Sebab tu YG buat keputusan untuk cepatkan tempoh untuk Team B debut. 

‘We now have our dream and our WINNER title in our hands. If we don’t do well, I’ll never be able to look at Team B’s members.’ - Mino 

Tapi nak geram sangat pasal nasib Team B pun tak boleh jugak sebab rezeki diorang untuk debut lepas berjumpa dengan Chanwoo dalam survival show kedua. Kalau Team B yang menang malam tu, nama idol group diorang bukan iKON tapi WINNER. 

Bak kata Daesung tak kisah siapa yang mula dulu ataupun mula lambat dari yang sepatutnya, masing-masing akan berkembang macam bunga. Ada yang mekar masa musim panas, ada yang berkembang masa musim bunga. Yang penting bila Team A atau Team B berkembang nanti, Big Bang dengan 2NE1 dah berkembang jadi tua dah. Hahaha 

‘One day I want us all to say ‘remember back then…..’ and to smile’ – JuNe

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.