iKON Reunite - 12 June 2021 ❤🌸

12 Jun lepas iKON ada buat fan signing secara digital di platform Vlive untuk iKONics yang dah beli album iDecide. Terpaksa tangguh 2 tahun sebab 2019 tahun yang malang untuk iKON bila B.I ambil keputusan untuk keluar dari group gara-gara skandal dadah. 

Kalau sebelum ni tarikh 12 Jun memang ngeri lah untuk iKONics sebab tarikh tu group iKON hilang leader, producer, komposer dan penulis lirik yang berbakat. Bukan setakat iKON, YG Entertainment pun hilang permata berharga jugak sebab B.I aktif buat lagu untuk talent di bawah label diorang antaranya Blackpink, Lee Hi dan ramai lagi. 

Perasaan ngeri tu berubah lepas 2 tahun sebab iKON buat fan signing dan janji akan aktif balik. Even Donghyuk bagitahu ada album baru iKON akan keluar. Kemungkinan iKON TV Season 2 pun akan keluar jugak sebab diorang nak hilangkan rindu kepada iKONics. Masa tengok survival show Kingdom : Legendary War haritu memang tak puas lah. Tambah pulak bila dapat tahu iKON kena sabotaj dengan MNet kaw2 dari episod pertama lagi. Sebab tu YG Entertainment keluarkan video dance practice untuk semua performance iKON dekat Kingdom. 

June dah cakap yang iKON tak akan join survival show lagi dah sebab survival show kacau emosi dan memenatkan. Dia dah tak sanggup nak tempuh lagi survival show. June kata iKON akan ikut cara sendiri je dalam industri. Sebagai someone yang tak dapat peluang untuk sembang dengan iKON member, terharu sangat bila tengok ada iKONics yang bagi kata-kata semangat dekat iKON and appreciate apa yang diorang buat dekat Kingdom. 

'We'll film a reality show and I'll upload it on 'Chan's life'!' - Chanwoo

Sedih bila tengok video fan bagitahu Jay dia bangga Jay mampu ambil alih tanggungjawab B.I sejak scandal tu. Tak mudah untuk Jay jaga iKON sebab B.I pun bagitahu jadi ketua memang susah. Nak kena hadap pihak atasan lagi. Kena fikir banyak benda untuk team members. Ada juga yang suggest dekat Chan supaya bawa Chani SF9 dekat Youtube channel dia. Happy bila dapat tahu semua team iKON makin rapat dengan ahli kumpulan lain yang join Kingdom. 

Kalau ikutkan cara team member iKON dengan B.I, nampak sangat diorang dah plan nak buat fan signing pada tarikh yang sama sebab diorang still lagi contact. Kadang team member yang lain drop hints dekat socmed. Walaupun iKON cuma berenam dan B.I gerak solo di bawah label 131 tapi tetap rasa diorang sentiasa bertujuh. Bak kata June, iKON tetap 7 orang dan selamanya tetap macam tu. 


Simbol bunga dekat album kedua Bobby (Lucky Man) yang release tahun ni.

Yunhyeong update bunga yang sama dalam Re-Birth single dalam album Waterfall dekat IGstory



Sebelum ni iKON tidur dekat variety show untuk promote single Why Why Why. Untuk MV lagu Daydream, B.I record dia tidur je sepanjang lagu tu. Backdrop lebih kurang sama je. Bila ada fans yang edit dah happy sangat bila tengok. 

Masa Kingdom habis haritu dah macam sedih sebab tak boleh nak tengok iKON dah rupanya back to back diorang release video. Sama jugak dengan B.I sama ada dekat socmed ataupun under Youtube channel diorang. Even Wikipedia pageviews pun beza 114 je minggu ni sebab diorang aktif. 


Tak sabar nak tunggu banyak lagi video, album dan variety show dari iKON dengan B.I in future. Fightinggg! 

3 comments

  1. waa... minat iKON juga rupanya...
    Sy minat all of YG artist... haha

    ReplyDelete
  2. Bengang gila bila tahu diorang kena sabotaj dekat kingdom tu.. Tapi puas hatilah bila keluar dace practice dia dekat Youtube.. Fall in love dengan diorang punya suara lepas dengar Why, Why, Why.. Lepas tu tengok diorang dekat Kingdom then terus layan semua lagu diorang.. Memang nicelah diorang ini..

    ReplyDelete
  3. BTS mmg top takleh buat apa kan

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.