Amy Dah Habis Chambering

9 bulan memang tempoh yang sekejap walaupun kadang tu rasa lama bila bad days datang menjengah. Tahun ni lepas Danish berhenti, Amy dengan Aina pulak yang tinggalkan RRM lepas selesai tempoh chambering. 


Lepas Aina keluar memang Amy selalu lepak sekali sembang pasal kes klien ataupun pasal benda-benda lain. Mengadu pasal kerja tu memang kerap lah haha bab kerja kan, celah mana je tak stress tambah pulak musim PKP ni. Adat lah bila chambering students nak keluar, kitorang buat makan-makan sebagai tanda penghargaan. 


Memandangkan hari Jumaat adalah hari bekerja secara santai sebab hari terakhir untuk minggu tu, so kitorang buat masa lunch lah. Ramai yang nak makan ayam goreng Kyochon. I'm not a fan of Kyochon sebab ayam dia kecil je lepastu kering so I makan tak beria pun. 

Untuk kek, masa tu tak jumpa pun cheesecake yang sedap dekat area Ara Damansara even dekat Secret Recipe pun dah habis stok. Terpaksa lah order dekat Cat & Fiddle sebab harga dia agak mahal lah untuk whole cake dalam RM150 macam tu termasuk pos sebab order pakai Grab Food. 


Besar tapi tak mampu nak habiskan pun sebab tak semua orang ada masa ni. Tapi kek ni memang sedap lah, puas hati makan masa sejuk. 


Sama macam Aina, kitorang tong tong duit beli set hadiah dari Bath & Body Works jugak sebab gift set dia cantik. Bab bau tu susah jugak nak pilih yang mana tapi ambil bau selamat je yang tak kuat sangat tapi tak soft sangat. 



Walaupun Amy habis chambering tapi tarikh long call dia tak dapat lagi sebab ada masalah teknikal. Ye lah PKP lama sangat sampai dokumen pun entah dekat mana padahal submit awal. Anyway thanks Amy sepanjang 10 bulan chambering dekat Ram Reza & Muhammad. All the best in your future career sebagai litigation lawyer :)

2 Comments

  1. kek sedap walaupon mahal rs berbaloi la..
    puas ati mkn.. hehe

    ReplyDelete
  2. dapat chambee yg best sedih je kalau dia nak habis intern. dapat yg hauk pemalas..sebelum habis intern kalau boleh nak suruh keluar je haha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.