TV Show Review | Mix & Match Episode 4

Monday 21 June 2021


Director : Yang Hyun Suk (YG)

Writer : YG Entertainment

Cast :  Team B (B.I, Bobby, Jay, JuNe, D.K, Yun Hyeong), Jung Jinhyeong, Yang Hongseok, Jung Chanwoo, YG, JYP,  Masta Wu, Tablo, Lee Hi, AKMU, Yoo In Na, Big Bang, 2NE1, WINNER, PSY

Production Company : YG Entertainment

Distributor : Mnet

Genre : Survival Show

Running Episodes : 9 episodes (45 minutes per episode)

Release Date : 11 September 2014 – 6 November 2014

Video : 


Penghujung episod 3 survival show Mix & Match adalah permulaan kepada penilaian bulanan bila Team Bobby, Jinhyeong dengan DK perform lagu Rolling In The Deep – Adele di hadapan para juri. Assessment bulan ni agak berbeza sebab diorang dapat stage untuk semua performance. So penguasaan stage dan eye contact dengan juri amat penting. 

Walaupun enjoy dengan performance Team Bobby tapi YG bagi kritikan pedas kepada DK dan Jinhyeong sebab energy dan vocal diorang tak sama dengan Bobby. Kalau JuNe dengan Jay satu team dengan Bobby, performance tu jadi bagus sebab range vocal diorang dua bagus dan boleh tarik note tinggi. 


‘It’s important to sing well, but your vocal colour and style… Fitting it with iKON is, I think, the most urgent task’ – YG

Performance Basket Case – Green Day dari Team B.I menggunakan konsep just have fun banyak membantu penilaian individu Chanwoo dan Yunhyeong. Chemistry Twin Towers buatkan performance tu nampak santai, bertenaga, berjiwa muda dan fun. Props troli yang B.I masukkan pun serlahkan sisi kreatif. YG happy tengok dramatic improvement pada Yunhyeong sebab masa WIN, dia dengan DK terlindung oleh ahli yang lain. 


Dari zaman Mix & Match sampai sekarang pun ramai yang suka assume B.I sengaja buli Chanwoo sebab dia garang padahal first impression B.I dekat Chanwoo – maknae yang paling baik. Dengan semua orang pun dia garang bila masuk training room tapi dekat luar dia paling baik. Setiap kali Chanwoo, Yunhyeong ataupun DK kena puji, boleh nampak dia senyum lebar, bangga dengan improvement anak buah dia. 


Team Jay bawa lagu I Want You – Luke James tapi disebabkan semua nervous and it was sooooo obvious, performance diorang memang nampak sangat lemah on stage. Masa rehearsal pun B.I dah tegur Hongseok yang suara dia terlampau perlahan. JuNe pun tak boleh nak dapatkan chemistry masa menyanyi dengan orang baru so benda tu tambahkan pressure. Jay yang banyak selamatkan performance diorang dan bagi good impression pada juri. 

‘Seeing Yang Hongseok for the first time, I felt ‘Oh, this friend is not a YG style’. Regardless of how well or bad you did today, you seemed like you’re a trainee from another company.’ – YG


Menangis Jay bila team dia dekat position last sebab dia rasa dia bertanggungjawab bila tak dapat lead dengan baik. Quite unfair actually bila Hongseok baru join lepastu kena catch up style yang dia belum familiar. Tapi dekat situ lah kelebihan B.I sebagai leader sebab dance performance dengan lagu Rocket – Travis Garland & Hot in Here – Nelly, nampak cantik tersusun. 


Masa pre-elimination, pemilihan para juri dengan YG tu sebenarnya sama dengan actual vote sebelum iKON debut tapi baru episod 4 kan, kena la letak banyak lagi sampai habis 9 episod haha. Lepas mock competition semalam, diorang semua pergi ke stadium untuk rehearsal YG Family Concert Tour. Walaupun iKON masih lagi dikenali dengan Team B tapi fans diorang dah ada dekat situ dan konsert tu adalah kali terakhir diorang muncul bersama. Bila debut nanti dah ada 7 orang dengan nama iKON. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 9/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.