iKON | Heart Racing Thumping Youth Hawaii 2018

Tuesday 29 June 2021

Lepas summertime dekat Bali diorang tak sempat nak buat wintertime sebab dah banyak sangat join variety show lepastu prepare untuk comeback album – Return. Untuk tahun 2018 lepas shooting iKON TV (2018), diorang pergi vacation dekat Hawaii pulak. Percutian iKON kali ni ditaja oleh olleh TV mobile apps so fans boleh tengok secara percuma dekat Youtube. Compared to other vacations, yang dekat Hawaii ni paling cantik quality video sebab 720p. Yang lain 480p je haha

Sampai je dekat Hawaii dah kena pilih kad sama ada X ataupun O. Bab nasib malang ni memang selalunya Yunhyeong dengan JuNe lah. Masa Summertime Saipan dengan Summertime Bali muka diorang jugak menderita. Kali ni Bobby menderita kembali berkongsi nasib malang bersama Yunhyeong dan JuNe.

Yang pilih O which is DK, B.I, Jay dan Chanwoo boleh naik bas persiaran meanwhile Team X kena patah balik ke airport. Bobby dah terlentang kesedihan dah bila dapat tahu kena pergi airport. Bukan suruh balik Korea pun tapi pergi ke pulau Maui, pulau keenam tercantik di dunia. Diorang punya lah sedih masa tu padahal kena prank dengan staff.

Tapi kalau dah malang tu tetap malang jugak lah kejadiannya sebab masa diorang sampai dekat sana cuaca agak buruk. Jarang lah Hawaii hujan selebat tu sampaikan terpaksa stop sejam dua gara-gara tanah runtuh. Yunhyeong ambil peluang tu untuk dapatkan 50 keping selfie dengan bantuan Bobby. JuNe dah malas nak cara dah, dia banyak tidur je atas bas.

Team O pulak dah sampai ke salah satu attraction dekat Hawaii. Murung B.I bila dapat tahu kena naik light plane untuk tengok pemandangan pantai dekat kawasan tu. Lagi melayang roh dia bila kapal terbang tu berpusing 360 darjah. Menangis dia lepas kena prank dengan member yang lain. Dah habis ride plane tu diorang pergi lunch dekat food truck area situ. Nasib diorang baik lah sebab jumpa food truck Korean dan minat dengan iKON.

Dia punya takut tu sempat je posing lagi

Lepas hujan berhenti dan jalan dah clear, Team X pergi ke kawasan pantai untuk tengok penyu tidur. Yunhyeong excited lah nak tengok sebab tak pernah tengok depan mata. Bobby dah excited tengok orang surfing dekat situ tapi JuNe kata dekat situ ada ikan jerung padahal dia hydrophobia. Bukan Team X je terkejut and amazed dengan kawanan penyu tapi I yang tengok pun wowww jugak sebab tak pernah tengok. Hahaha kesian gila duduk bandar ni.

Sementara Team O kena complete mission untuk practice main ukulele dengan Kalei Gamiao lepastu perform lagu Love Scenario depan peminat busking dekat taman tu, Team X pula enjoy angin laut lepas hujan. Bobby happy lah sebab dia suka laut dan hujan. Some sort of therapy untuk dia. JuNe buat perangai masuk air dia sementara Yunhyeong selfie tak sudah.

Tempat menginap Team O dengan Team X pun berbeza sebab B.I, DK, Jay dengan Chanwoo tinggal dekat hotel pelancongan siap dapat enjoy fireworks cantik waktu malam. Bobby, Yunhyeong dengan JuNe pulak masuk jauh ke dalam hutan. Masa Jay buat video call, sedih betul tengok Team X tidur keletihan dalam bas.

Disebabkan aktiviti pelancongan Team X more to nature so diorang terpaksa stay dekat cabin penuh dengan nyamuk sebab hujan tak berhenti.

‘Is this where people live? The sound of rain and the sound of people crying…..’ – JuNe

Tak cukup dengan tu, mental Team X diuji bila diorang kena main game untuk tentukan siapa yang kena tidur dalam khemah dan siapa yang dapat tidur dekat dalam bilik dengan katil yang selesa. Sebab terlampau penat, diorang semua tidur awal dan diorang memang kena tidur awal untuk next agenda. Sayang lah sebab langit malam tu cantik sangat penuh dengan bintang.

Pukul 3 pagi diorang dah dipaksa bangun dah untuk panjat gunung Haleakala, spot terbaik untuk tengok sunrise. Good thing is diorang tak mendaki lah, naik atas situ dengan van so diorang tinggal berjalan 3 minit untuk ke famous spot tu. Masa dekat atas tu dah penuh dengan orang dah siap ada yang bawak baby sekali. Suka tengok gambar diorang dekat Haleakala. Selain sunrise, kawasan situ penuh dengan pokok bunga rare yang cuma terdapat dekat Haleakala je.

Lepas Team X settle tengok sunrise dan Team O dah puas surfing dekat laut, diorang berjumpa balik untuk aktiviti terakhir, ride ATV dekat Kualoa Ranch. Kawasan ni famous dengan artifak dinosaur yang digunakan dalam beberapa movie seperti Lost, King Kong, 50 First Dates, Jurrasic Park, Jumanji dan banyak lagi lah.

Dah puas have fun dekat situ dan bergambar untuk photocard, diorang dinner lepastu share pasal pengalaman masing-masing. Bak kata Jay, pengalaman manis datang bila kita tak expect langsung macam Team X dapat enjoy nature healing dan belajar banyak benda dekat kawasan tu. 

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.