TV Show Review | Kingdom : Legendary War Episode 3

Sunday 6 June 2021


Presenter : Changmin & Yunho TVXQ

Cast :  BtoB, iKON, SF9, The Boyz, Stray Kids, Ateez

Distributor : Mnet, AbemaTV Japan, tvN Asia

Genre : Reality / Survival

Running Episodes :  10 episodes [90 - 120 minutes per episodes]

Release Date : 02 April 2021 – 03 June 2021

Episod 3 adalah sambungan pusingan pertama dengan tema ‘To The World’ di mana pemenang akan dapat 20,000 points dengan 25% dari group evaluation (setiap 6 idol group dalam Kingdom boleh pilih 3 persembahan terbaik), 25% dari experts evaluation dengan background dalam bidang Kpop entertainment industry, 40% dari online voting oleh fans via Korea apps dan 10% dari online views di global apps (Youtube). Setiap idol group diberikan peruntukan bajet sebanyak 4 juta won untuk persembahan on stage. 

Persembahan keempat dari Stray Kids dengan penceritaan gabungan lagu Side Effects dan God’s Menu untuk menceritakan inner ghost setiap individu. Kelebihan Stray Kids bila ada 3 Racha (Bang Chan, Changbin dan Han) sebagai komposer dan penulis lirik. Lagu medley untuk performance ni pun sama digubah oleh 3 Racha untuk menekankan penceritaan dalam cara yang unik dan persembahan yang memukau. 

Kalau dalam Episod 2, The Boyz guna props penuh on stage dengan stunt yang menarik, kali ni Stay Kids pun menyerlah dengan kreativiti macam part Bang Chan berdiri dekat atas dan devil tergantung di bawah. Penggunaan perkataan Evil = Live agak kreatif sebab kehidupan penuh dengan kejahatan dan inner demon. Manusia hidup, kejahatan pun bangkit. 

Persembahan kelima pula dari Ateez dengan lagu Wonderland diadun bersama classical number. Sama macam dalam Introduction Stage di Episod 1, Ateez akan kembangkan lagi konsep pirates dengan props senapang, kapal, pedang, binocular dan banyak lagi. Kebanyakan idea datang dari ketua Ateez sendiri sebab Hong Joong sejenis perfectionist. 

Masa performance tu amazed bila Kraken muncul on stage. Props tu paling penting sekali sebab Kraken memang famous dalam mana-mana kisah lanun. Part high notedari Hong Jo  tu antara kekuatan group Ateez sebab dia hit 4 high note. Music arrangement pun addictive, rasa macam tak nak lagu tu habis sebab tak puas layan padahal dah 4 minit. 

Risau jugak dengan SF9, sebab jadi idol group terakhir untuk pusingan pertama lepas dah tengok performance Stray Kids dengan Ateez. SF9 pilih lagu Now or Never untuk tonjolkan identity kumpulan diorang tapi digubah kepada Jelaous. Dalam performance tu Jaeyoon offer untuk buat stunt sebab member yang lain busy dengan acting schedule. Tapi masa practice dia salah step sampai kaki injured. 

Banyak sebab SF9 down untuk pusingan pertama ni tapi bila ada rakan industry yang support lepastu iKON pun jerit bagi semangat, diorang pun jadi confident. Kalau bukan perform untuk menang pun at least perform untuk fans diorang, Fantasy. 


Performance SF9 guna konsep dark sexy untuk menceritakan perasaan iri pada individu lain. Part Chani menari depan cermin tu agak kreatif sebab penggunaan kamera menampakkan ilusi seperti dia di dalam cermin bukannya di hadapan cermin. Taeyang betul-betul guna features dengan dancing skills dia untuk menyerlah on stage. Cuma sayang lah part Jaeyoon buat stunt terjun tu tertutup dengan Taeyang. Mungkin sebab diorang takut Jaeyoon landing tak cantik since dia dah injured. Overall performance SF9 not bad lah. 

Masa tengok keseluruhan persembahan pusingan pertama ni dah boleh nampak team mana yang dapat allocation lebih dari Mnet. Bila baca artikel dan pertikaian netizen dapat tahu yang group BTOB, iKON dengan SF9 tak dapat allocation 4 juta tu sebab production terlupa bagitahu. Kelakar kan? No wonder lah performance diorang simple je. Props yang digunakan pun tak banyak. 

Result yang keluar dalam penghujung episod 3 ni cuma bersifat interim sebab ambil markah 25% dari group dan expert evaluation je. Dekat epiosd 4 nanti diorang akan reveal markah penuh lepas campur online voting dari fans. Comel bila June suruh Song tengokkan iKON number berapa sebab dia tak kuat nak tengok. Betul lah cakap Song, diorang akan buat baby steps untuk naik ke atas. Fighting! 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 7.4/10

3 comments

  1. tak pernah pula tengok show ni. i suka BTOB lagu diorang banyak best..hehe

    https://www.tiarasaphire.com/2021/06/drama-korea-taxi-driver-2021.html

    ReplyDelete
  2. Mnet bias lah dgn ikon :'( ikon dah buat yang terbaik tpi dpt no. 5 juga

    ReplyDelete
  3. Menyampah betul dnegan Mnet bila tahu pasal BTOB, iKon dengan SF9 tak dapat untuk buat pro tambahan.. Tapikan lepas tengok ikon bagi semangat dekat SF9 tu memang cutelah.. Jatuh cinta tengok persembahan SF9 tu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.