TV Show Review | Mix & Match Episode 1

Monday 21 June 2021



Director : Yang Hyun Suk (YG)

Writer : YG Entertainment

Cast :  Team B (B.I, Bobby, Jay, JuNe, D.K, Yun Hyeong), Jung Jinhyeong, Yang Hongseok, Jung Chanwoo, YG, JYP,  Masta Wu, Tablo, Lee Hi, AKMU, Yoo In Na, Big Bang, 2NE1, WINNER, PSY

Production Company : YG Entertainment

Distributor : Mnet

Genre : Survival Show

Running Episodes : 9 episodes (45 minutes per episode)

Release Date : 11 September 2014 – 6 November 2014

Video : 


Setahun lepas join survival show WIN : Who Is Next, Team B sekali lagi diuji oleh YG Entertainment dengan survival show kedua. Dalam Mix & Match ni YG tambah lagi 3 orang trainee baru untuk B.I, Jay dan Bobby train sepanjang rancangan ni diadakan. 

Lepas kalah dalam WIN, Team B terus masuk training sebab diorang tak nak member yang sekarang ni berpecah. Kalau kalah takpe lagi tapi kalau berpecah memang teruk diorang menangis. Masing-masing tak boleh imagine macam mana kalau Team B disband dan pergi ke company lain. 3 tahun usaha sia-sia macam tu je. Mungkin tak sia-sia sebab banyak yang diorang belajar dekat YG Entertainment tapi terasa lah lelah tu. 

Sementara tunggu turn untuk debut, Team B record beberapa buah lagu yang digubah oleh B.I sendiri sebab dia nak balas usaha peminat yang setia support dan tunggu diorang. Tapi dalam banyak lagu yang diorang record masa tu, lagu Wait For Us je yang ada dalam album. Sebelum YG bagitahu pasal survival show Mix & Match ni, Team B join sekali untuk perform dengan senior diorang di YG Family Concert. 

Back to survival show, pagi tu Team B dipanggil ke training room dengan kehadiran YG dan beberapa orang cameraman. JuNe dah cakap mesti ada announcement yang buatkan diorang terkejut berganda. Masin mulut dia bila YG bagitahu tentang nama group Team B untuk debut nanti adalah iKON sebab populariti Team B bukan setakat di Korea Selatan malah merebak di kebanyakan negara yang terletak dalam benua Asia. YG nak iKON jadi icon kepada 3rd generation group yang multitalented - vocal, dance, style, swag sama macam Big Bang dan 2NE1 yang menjadi pujaan ramai. 

Dalam survival show ni B.I, Bobby dengan Jay dah jadi ahli tetap dalam iKON tapi 4 lagi tempat perlu diisi oleh 6 orang trainee YG Entertainment - JuNe, DK, Yunhyeong, Chanwoo, Jinhyeong dan Hongseok. 6 orang trainee akan dinilai masa monthly assessment kemudiannya bertanding dalam pre-evaluation dan final match. Undian akan ditentukan melalui juri dan fans. 

3 orang trainee baru iaitu Jung Jinhyeong, Yang Hongseok dan Jung Chanwoo akan berentap bersama 3 trainee lama – JuNe, Yunhyeong dan DK untuk debut dalam idol group iKON. Disebabkan Team B dah terkenal sejak survival show WIN bukan saja di Korea malah di Jepun, China dan beberapa negara di benua Asia, YG dapat nama group sesuai dengan karakter group tersebut. 

Masa YG perkenalkan Jung Jinhyeong dengan Jung Chanwoo tu kesemua ahli Team B agak terkejut lah sebab diorang berenam dah go through macam-macam masa lawan Team A. Bila nak debut, tiba-tiba kena compete lagi. Bobby tak ada masalah dengan orang baru dan dia taknak trainee baru rasa tersisih. Jay separa terkejut, separa menerima tapi B.I makin stress sebab tanggungjawab dia bertambah. 

'I think I'll be the one most reluctant to be friends with them. For them it'll be a great opportunity. From our perspective, free-riders. I uncomfortable with the idea.' - JuNe

JuNe, Yunhyeong dengan DK paling terkesan sekali sebab diorang unconfirmed member. Silap langkah boleh kena buang. Comel masa first time Yunhyeong jumpa Chanwoo sebab muka diorang sama. Masa muda dulu nampak sangat persamaan tu. Sekarang ni nasib baik lah Chanwoo dah makin tinggi pastu muka garang sikit. Tapi kadang tu tertukar jugak sampai fans bagi nama Twin Tower. 

Menyampah tengok YG dalam survival show ni sebab dia sengaja bagi B.I stress padahal masa dekat konsert YG Family tu dia sendiri cakap dia macam nak launch iKON esok jugak. Kesian dekat JuNe, DK dengan Yunhyeong lah. Menangis tengok diorang menangis sebab takut kena buang. For the sake of entertainment, YG sanggup tekan teenagers ni. Tak hairan lah kenapa ramai idol group yang depressed walaupun ada populariti dan kaya. 

'To be singers in YG Entertainment, they need to have strong mind. To win a war you need to have excellent soldiers. I have confidence in B.I for his leadership skills and his talent.' - YG

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 9/10

1 comment

  1. BI pun dah tak adaaa.. Sob sob je. Suka tengok YunHyeong. :) boleh la try tengok Kingdom pulak lepas ni. Haha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.