UNKNOWN ' JELMAAN' ERA KEGEMILANGAN BOY BAND MALAYSIA

Saturday 12 June 2021

Ace Talents dengan besar hatinya memperkenalkan Unknown, sebuah kumpulan yang terdiri daripada lima remaja berbakat yang lengkap dengan warna dan personaliti tersendiri. Kelima-lima remaja yang bakal menyertai barisan ini termasuklah Muhammad Shazrul Affandy (Momo), 19, Adam Hafidh (MaryHaf), 19, Izmeer Ibrahim (Izmeer), 18, dan Ameer Nor Azam (Ameer), 18, dan Awangku Zaq Amirul (Zaq), 17. Bertujuan menghidupkan kembali era kegemilangan boy band tempatan yang kini semakin pudar daripada memori generasi masa sekarang.

Setelah sekian lama dinanti-nantikan ramai, Unknown akhirnya muncul dengan ‘buah tangan’ pertama mereka yang berjudul “Jangan Marah (Baby Sayang)”. Biarpun kewujudan Unknown dilihat masih ‘mentah’ dalam arena muzik tempatan, namun ia tidak bermaksud mereka tidak serba boleh. Malahan, bakat besar mereka jelas terserlah menerusi kemahiran nyanyian dan tarian yang dilihat ramai dalam single pertama mereka, “Jangan Marah (Baby Sayang)”.

Turut mengujakan, lagu single terbabit juga menerima sentuhan daripada salah seorang anggota Unknown, iaitu Momo, yang terlibat dalam proses penulisannya, bawah bimbingan ‘sifu’ Azan Addin yang merupakan sebahagian daripada tulang belakang Ruffedge. Lantaran itu, memadai sahajalah mereka mengambil inspirasi daripada kumpulan legenda hip hop dan R&B yang terkenal itu (Ruffedge), sambil dalam proses mencari identiti dan gaya mereka tersendiri, dalam usaha mengukuhkan lagi ‘tapak’ mereka sebagai penghibur dalam dunia muzik.

“Saya yakin bahawa Unknown mampu mencetuskan fenomena selain bersaing dengan bakat-bakat lain dalam industri muzik tempatan. Secara peribadinya, saya memilih setiap ahli Unknown kerana potensi dan bakat besar yang dimiliki mereka tidak dapat disangkal lagi, selain berusaha untuk menjadikan mereka pelapis baru dalam arena muzik Malaysia. Dengan adanya kolaborasi Ace Talents bersama Universal Music Malaysia sebagai distributor, saya juga berharap agar Unknown dapat pergi lebih jauh ke peringkat lebih tinggi” - Azuien Alonto, Pengarah Urusan Ace Talents

Perjalanan Unknown sebagai sebuah kumpulan menemui titik permulaannya apabila kelima-lima anggota kumpulan terbabit hadir ke sesi uji bakat yang dianjurkan oleh Ace Talents secara individu. Melihat potensi besar yang dimiliki dalam diri masing-masing, Ace kemudiannya berkeputusan menggabungkan kesemua ahli tersebut yang pada awalnya berjaya disenarai pendek menjadi sebuah kumpulan, bertujuan untuk menguatkan lagi kekuatan masing-masing. Sejak dari itu, Unknown mula menjalani pelbagai latihan vokal dan tarian bawah bimbingan tenaga pengajar Ace.

Single pertama Unknown, “Jangan Marah (Baby Sayang)” kini boleh didengarkan di Youtube Ace Talents pada 28 Mei dan di semua pelantar digital muzik seperti Spotify, JOOX, Apple Music dan lain- lain bermula Jun ini. Ikuti aman sosial Ace Talents (Instagram,TikTok,Facebook) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan artis-artis di bawah pengurusan Ace Talents.


LIRIK LAGU JANGAN MARAH (BABY SAYANG)

Penyanyi : Unknown

Lirik : Momo & Mary Haf

Producer : Momo & Azan Addin

Muzik Label : Ace Talents


Intro

Baby sayang, jangan marah.

Ku tahu ku bersalah, ku tak sengaja.

Mungkin salahku, buat kau tunggu.

Maafkan aku, melewatkan mu.


Chorus

Kamuuuu

Buatkuuu

Merindukan dirimu

Tolong maafkan aku

Sayangkuuu

Jangan begitu

Kau tahuuu

Ku tetap milikmu


Verse 1

from the S to the Ace yea

Satu nafas se udara

Dua hati tak sejiwa,

Jiwa sakit simpan luka,

Luka lama cerita lama,

Lama sudah tak semuka,

Yang pasti banyak sengketa bila kita

bertentang mata.


Anggapan mu kupendusta,pembunuh,pemusnah,

Titian dibina kita binasa,

Ternyata semua fatamorgana

Hancur paraphernalia,

Cinta manusia tiada yang kekal lama.


Pre-chorus

Baby sayang,

jangan marah.

Ku tahu ku bersalah,

ku tak sengaja.

Mungkin salahku,

buat kau tunggu.

Maafkan aku,

melewatkan mu.


Chorus

Kamuuuu

Buatkuuu

Merindukan dirimu

Tolong maafkan aku

Sayangkuuu

Jangan begitu

Kau tahuuu

Ku tetap milikmu


Verse 2

sheesh

Percayalah,

perkara ku buat tidak sengaja

Jangan marah,

nanti kau akan cepat tua,

Ku takkan menduakan diri kamu

No no no

Kerna dalam hatiku hanya kauyang satu

Ya ya ya

Dancebreak

say what !

woah woah

woo !

yeayea

lets go

break it down like

semua !


Pre-chorus

Baby sayang,

jangan marah.

Ku tahu ku bersalah,

ku tak sengaja.

Mungkin salahku,

buat kau tunggu.

Maafkan aku,

melewatkan mu.


Chorus

Kamuuuu

Buatkuuu

Merindukan dirimu

Tolong maafkan aku

Sayangkuuu

Jangan begitu

Kau tahuuu

Ku tetap milikmu


Outro

Jangan marah sayang no

jangan marah sayang,

ku tahu ku bersalah

biarku mengalah. (x2)

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.