iKON | Kony’s Summertime Saipan 2016

Macam yang diorang letak dalam resolution 2016 dalam iKON Kony’s Island, memang banyak aktiviti yang diorang plan dapat buat. iKON release lagu My Type, Airplane, Apology, Rhythm Ta, Bling Bling dan banyak lagi sampai menang Rookie Monster Awards. Masa tu juga iKON ada buat Showtime Concert. Memang padat lah jadual diorang bertujuh. 

  

Disebabkan hard work tu, YG Entertainment hantar iKON pergi bercuti musim panas di Saipan, Mariana Island. Banyak aktiviti yang diorang boleh buat dekat sana macam jetski, memancing, ATV, snorkeling, sunbathing, waterpark, surfing  dan banyak lagi.

Tour 1 di Pulau Managaha - Parasailing, Snorkelling, Jet Ski

Tour 2 di Pulau Tinian – Light Plane, Memancing, Snorkelling, ATV

Tour 3 di PIC Resort – Enjoy facilities di resort : Waterpark, Wall Climbing, Memanah

Nak tentukan kumpulan mana diorang kena main game. Siapa kumpul badge paling banyak, diorang menang dan boleh pilih tour yang diorang nak. First game, iKON Quiz diorang kena jawab soalan berkenaan karakter masing-masing. Kelakar bila tuan punya badan tak tahu pasal diri sendiri tapi iKON member yang lagi tahu. DK paling banyak dapat jawab sebab dia rapat dengan semua. JuNe tiru jawapan orang lain je. Mudah betul kerja dia. 

Masa diorang dapat soalan berapa banyak perkataan ‘Dumb’ dalam lagu Dumb & Dumber tu kelakar sebab Chanwoo tanya B.I, kenapa dia tulis lagu tapi dia tak tahu jawapan. Muka B.I memang blur habis sebab dia tak pernah kira pun perkataan Dumb dalam tu haha. Dalam game ni ada clip dari Mix & Match (2014) masa Twin Monster bergaduh dekat pantry. Tak sampai seminggu berjumpa pun dah gaduh, apatah lagi sekarang. 

Game kedua main dam then game ketiga main zombie dalam bilik. Game zombie tu diorang kena tutup mata dengan sleep mask lepastu cari orang tu sampai dapat. Ganas jugak lah diorang main sampai lampu nak terjatuh dengan sofa beralih sana sini. Paling teruk DK lah sebab kaki dia terlanggar sofa lepastu kalah. 

Lepas dah main game, dah kira markah semua, dapatlah group masing-masing. DK dengan B.I pergi Pulau Tinian. Jay dengan Chanwoo pergi Pulau Managaha dan Bobby, June dengan Yunhyeong stay dekat resort. Bobby, JuNe dengan Yunhyeong  sama group buat kali kedua tapi tukar nama kepada Risotto. Disebabkan Jay dengan Chan sama-sama pendek, B.I bagi nama Jangdanjo. Nama group B.I dengan DK paling cringe sekali – Love Love Date with Donghyuk. Dia bagi nama, dia yang geli gleeman haha

Antara 3 kumpulan, yang paling best sekali dekat Pulau Managaha sebab naik convertible car pergi sana. Aktiviti dekat sana pun best, dah la view cantik sangat. DK dengan B.I happy dapat minum air kelapa fresh tapi stress masa pancing ikan tak banyak sangat diorang dapat. Yang paling sedih haruslah team Risotto sebab stay dekat resort je. Kena settlekan challenge pulak tu supaya dapat hadiah menarik. 

Kebanyakan mission diorang melibatkan air so JuNe duduk tepi je sebab dia hydrophobia sejak lemas Oktober 2015 dekat LA. Nasib baik Yunhyeong selamatkan dia masa tu. Main slide rendah pun dia takut lepas kejadian tu.  Sebab tu dia cakap dia nak sunbathing je masa bercuti dekat Saipan padahal member yang lain dah seronok nak surfing lah parasailing lah.  

‘I want to look at the island from sky and I was so excited to experience it’ – B.I

Sembang macam happy kan padahal dia cuak gila dekat dalam plane tu. DK yang excited tunjuk itu ini sebab pulau Tinian tu cantik. B.I dah resah sebab 10 minit padahal tak tinggi mana pun plane tu naik. Lama jugak diorang stay dekat pula utu sampai ke senja. Jay dengan Chanwoo dah balik ke resort siap join geng Risotto wall climbing. 

Malamnya diorang berkumpul untuk campfire sembang pasal experience masing-masing waktu siang. Bobby membara je dengar cerita team lain sebab dia nak main jetski dengan parasailing. Dah habis sembang tu diorang buat surprise birthday party untuk JuNe. Dia sendiri pun tak ingat birthday dia bila so memang senang sangat nak plan tanpa dia syak. 

lepastu baca surat dari family masing-masing. Masa ni semua menangis sebab rindu dengan family. Jay la paling teruk sebab dia memang cengeng. Paling sedih sekali surat dari nenek Bobby sebelum dia pergi ke Korea. Lepas 5 tahun baru dia dapat tahu apa content surat tu, itupun B.I yang tolong baca sebab D.K dah menangis beria dah. 

Sepanjang Summertime vacation ni diorang banyak guna merchandise iKON sebab dah debut so boleh officially produce merchandise. Geram jugak la tengok sebab logo iKON memang cantik. Tak pasti lah member yang lain dapat enjoy aktiviti lain ke tak tapi tengok dari special clip macam ada je beberapa hari extra diorang dekat sana. 

4 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.