Review Movie : Annabelle : The Creation

Sunday 13 August 2017

Annabelle yang pertama hambar kemain. Masuk yang kedua kau rasa nak lari jauh ke kalau olahan team yang sama jugak? Situ jugak. Hambar.

Sebenarnya tak nak tengok pun tapi dah orang belanja, join je lah. Tebus points dapat la dua ticket free.

RM0.00

Actually nak guna ticket free birthday special treat tapi untuk 3 movie je, Kau Yang Satu, Spiderman Homecoming & Baby Driver. Rasanya tengok Kau Yang Satu lagi best kot. Baby Driver dengan Spiderman tuan punya membercard dah tengok huhu

Image result for annabelle 2

Director : David Sandberg
Cast : Talitha Bateman, Miranda Otto, and Stephanie Sigman 
Rating : 3/10

Kalau sebelum ni layan movie Annabelle dari Conjuring lepastu membawa ke Annabelle The Movie, sekarang kita layan pulak The Creation yang terangkan tentang asal-usul Annabelle & macam mana kisah dia boleh jadi patung berpuaka. 

Plot movie ni tahun 1970-an yang mengisahkan tentang keluarga dollmaker, The Mullins. Okay, before that, movie ni semuanya fiksyen belaka which is which you guys takkan didedahkan kepada kisah sebenar Annabelle but hey come on, the real doll pun dah bercanggah teruk dengan yang dalam movie. Gigih tau James Wan buat Annabelle creepy habis walhal Annabelle yang sebenar comel je. 

Related image


Antara salah satu sebab menyampah tengok movie ni ialah sebab dah bercanggah jauh dah dengan cerita sebenar. Cuma satu je fakta dalam movie ni yang sama dengan kehidupan sebenar which is, Annabelle mati dalam kemalangan. So roh Annabelle masuk dalam anak patung kesayangan dia. 

Tapi dalam movie ni lepas kematian Annabelle, parents dia seru balik roh dia kemudian masuk ke dalam patung Annabelle tapi sayangnya tu bukan roh anak diorang sebaliknya roh syaitan jahat mana entah datang nak makan roh orang. Untuk tebus dosa diorang, diorang guna rumah gedabak diorang tu sebagai tempat perlindungan kepada 6 orang anak yatim padahal diorang dah tahu kalau ada orang baru masuk mesti curiosity level tinggi sana sini nak belek. Macam mana diorang boleh terfikir idea bodoh ni bagi orang masuk rumah diorang yang haunted tu & bahayakan nyawa orang lain & of course bahayakan nyawa diorang jugak. Yes they died in this movie. Bebudak tu dah lah sedih jadi anak yatim kena lawan pulak dengan hantu bunuh orang. Apakahhhh.

Dalam movie ni macam malas otak nak hadam bila budak perempuan semua ni gigih betul nak tengok hantu. Dah nampak hantu, dah tahu menakutkan pun still nak kacau lagi. Dia punya keberanian tu out of nowhere like apa benda kau ni? Hantu tak kacau tapi diorang yang gedik. So all the time I just said padan muka cepatlah habis. 

Image result for annabelle doll

Ada part boleh lah kau nak terkejut itu pun sebab sound system cinema, apart from that its such a tiresome journey. Mengantuk tak payah sembang lah. Bosan, mengantuk, penat & awfully cliche. Kalau download, boleh la letak setting video speed 1.5, cepat lah sikit habis. Tapi kalau tengok dekat cinema menangis lah kau kematu 2 jam tunggu nak habis. Kau tengok movie Raaz lagi seram dari Annabelle ni.

Movie Amytville : The Awakening macam not bad sebab diorang tak tahu rumah yang diorang duduk tu rumah berpuaka teruk. So lets see kalau menghiburkan ataupun cliche teruk macam Annabelle jugak.

12 comments

  1. Annabelle dah keluar . Tengah cari masa yg sesuai nk gi tengok .

    ReplyDelete
  2. alaaaa tak best keeee? dah excited nak tengok ni huhuhu

    ReplyDelete
  3. menangis hntu annabelle tu sbb xtakut lngsung tgk citernya..
    cik timm blum lyan lgi, haha!
    suka conjuring lagi kot..nnti Cik Timm tgk mana yg best, haha!

    ReplyDelete
  4. Salam singgah. GV tak pernah tgk annabelle. jadi xdpt komen. tapi GV boleh syorkan kalu nak tgk drama seram yang betul2x seram, boleh tgk drama American Horror Story dari season 1 sampai season 7. Siyes mmg seram dan menakutkan. Ada ditayangkan di tv online iflix. satu lagi filem seram sampai skang tak berani tgk ialah semua siri filem Saw. mmg horror.

    ReplyDelete
  5. Tak tengok pon,, kurang minat movie yg sambung sambung ni, .hmm...nga tunggu cite hantu thailand, tp xdak pulakkk~

    Ok la.. mcm nak tengokkk Amytville....

    Nmpk ok tuu, cpt review..

    ReplyDelete
  6. Lokman dah tngok citer ne..lebih baik dari Annabelle 1

    ReplyDelete
  7. Kitorg g tgk meriah..sume dlm panggung jerit sbb terkejut.Mula2 slow gak la cite dia..tp part terkejut2 tu best sbb dpt jerit rmai pstu ketawa 😂

    ReplyDelete
  8. Yup Raaz memang seram.. Anabelle sha tak tengok.. Tak berapa berkwnan tengok filem hantu mat salih.. Cam sama je.. Kikiki.. Takut terkejut pun iye juga.. Bunyi dia tu mengganggu..

    ReplyDelete
  9. cikyan tak sempat tgk cerita ni sbb takut.. hahahaha.. tp nak tgk...

    ReplyDelete
  10. Akak dah download dah movie nie tapi blum berkesempatan nak tengoknya..

    ReplyDelete
  11. Bonnie Aarons at an event for Annabelle Comes Home (2019) Madison Iseman in Annabelle Comes Home (2019) Katie Sarife in Annabelle Comes Home. Annabelle Comes Home is a 2019 American supernatural horror film based on the legend of the Annabelle doll. It serves as a sequel to 2014's Annabelle. (REVIEW) Annabelle Comes Home (2019). Annabelle Comes Home. Genre: HororActors: Patrick wilson, vera farmiga. Determined to keep Annabelle from wreaking more havoc, demonologists Ed and Lorraine Warren bring the possessed doll to the locked. Read More: https://blueeray.blogspot.com/2019/06/annabelle-comes-home-2019-multi-audio.html

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.