Cabaran 25 Hari Blogging : Apa Yang Saya Baca - Ilusaniti

Monday 7 August 2017



Dulu suka jugak la pergi bookstore cari novel fixi dengan berpaksikan tema 'siapa nak support buku lokal kalau bukan kita?' Tapi lepas dah terkena dengan beberapa buah novel yang suka buat karangan pendek tak sampai separuh helai lepastu sembang benda merapu, memang stop terus beli. Membazir.

Tak ada mesej, tak ada cetusan idea atau cetusan semangat. Yang ada cuma sakit hati.

Tapi masa dekat Pesta Buku PWTC haritu, adik ada lah beli novel yang rating tinggi so masa balik kampung raya haritu try la baca satu. Lagipun sebab my English novel dah habis dibaca.

At first, tahap keraguan tu tinggi jugak lah. Kang terkena lagi memang sakit hati. Plus, tak bawa novel extra. Malas nak hadap phone sangat. Nak jimat bateri.

But after reading this novel, I was like wow no wonder lah best seller.


Tajuk : Ilusaniti
Penulis : Adib Zaini
Penerbit : Buku Fixi

Sinopsis : 

Ini kisah sekumpulan kawan
Lama sudah kenal secara online
Untuk kali pertama mereka bertemu
Seorang mati bunuh diri selepas itu
Ataupun ada konspirasi yang mereka tidak tahu
Nisan siapa bakal diukir lagi?
Ingatan semakin hilang setiap hari
Tidur dipenuhi mimpi ngeri
Ini semua ilusi ataupun realiti

Review : 

Baca sinopsis dah boleh agak buku ni genre thriller. Tapi tu sinopsis dia lah, lemme tell you half of the story. Diorang ni satu group gamers & decided to meet up lepak pergi tengok wayang. Balik dari tengok wayang tu, Fariz (watak utama) dah start hilang ingatan. So dia try recall balik. Tak dapat. Makin dia cuba, makin dia hilang arah. Tapi dalam masa yang sama dia hilang ingatan, dia pun ada dapat mimpi pelik. 

Kiranya dalam mencari memori yang hilang, dia pun mencari kewarasan diri sebab mimpi pelik dia tu berkait dengan kehidupan realiti dia. Yang lagi peliknya, kawan gamers dia yang lain pun alami mimpi pelik yang sama. Sejak dari hari tu, diorang try solve masalah ni sebab bukan masalah memori hilang & mimpi pelik je tapi bila seorang demi seorang mati bunuh diri sebab hilang kewarasan. 

The journey is quite amazing I must say. Hidup diorang simple je macam manusia biasa tapi disebabkan ada dua alam berbeza dalam buku ni, bila baca tu rasa nak jongket kening. Curiosity tu tinggi jugak la nak tahu apa jadi. Buku ni habis dalam masa 2 hari je sebab dari pagi membawak sampai ke malam baca. Non-stop. Again, the curiosity level is at peak. Story dia pun susah nak jangka apa akan jadi & the ending siapa punya angkara pun tak boleh nak agak sebab klu yang kau ada, cuma berdasarkan ingatan watak utama. Kalau dia lost, kau pun lost sekali. 


Bila baca buku ni baru tahu ada sekumpulan manusia yang ambil ajaran manusia lampau praktis di zaman milennial ni. Sounds absurd tapi tu lah yang wujud sekarang ni pun. Dalam buku ni ada la research tentang puak cult ataupun peristiwa yang jadi zaman lampau. Nak try search tapi malas pulak nak buat research. Hewhewhew

Overall, buku ni entertaining. It deserves to be in your list. Cuma jangan bagi mak hampa baca la. Jenuh dia berzikir sebab banyak betul makian & chapter atas katil. Buku fixi kan, hang tak boleh nak expect kehidupan sopan lah sebab penerbit dia pun nak buku yang luar batasan norma. Gittew. 

And oh, I try cari pengajaran dari buku ni sebab I nak buat stok2 nilam gittew:
1. Solat is vital. Jangan cari bila perlu tapi amalkan selalu. (Dalam buku ni ada mention)
2. Kawan sampai mati. Walaupun kawan ada perangai buruk but ain't nobody is perfect.
3. Sebelum bercinta check lah dulu partner tu straight ataupun dua alam. Rupa bukan segalanya. Tak memasal jumpa awek cun tapi dalam seluar sama bentuk dengan hang punya. Naya.
4. Don't easily trust people. Nak pulak kalau strangers. Biar ada sifat ragu-ragu dalam hati. 
5. Sebelum makan baca doa, sebelum tidur baca doa. Hewhewhew you'll know why I said this after you read this book. 

K, ciao. Happy reading :)

3 comments

  1. Hihi...saya ni nak baca satu novel memang amik masa...sebab nanti yaya nak baca sama..hehe

    ReplyDelete
  2. halamak seram pulak baca sinopsis nyaaa.. huhuhu..

    ReplyDelete
  3. tak pernah baca thriller novel. baca review awak mcm best pula..hehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.