Status Di Whatsapp Web

Monday 21 August 2017

Kalau dekat office malas nak belek phone sangat so lagi suka guna Whatsapp Web tengah buat kerja kalau ada whatsapp dari HQ office ataupun dari officemates senang nak check. Open tab je. 

Lagi satu yang bestnya bila guna Whatsapp Web, tak payah gigih download gambar. Kalau ada officemate yang post gambar dekat site, tak payah dah nak download sebab dekat Whatsapp Web automatic terus nampak. Tak kacau memory phone sebab kalau masuk gambar site tu mau berpuluh sehari.Tu belum kalau join group family. Pesen mak-mak kan suka hantar gambar ucapan tu allahuuuuu boleh jammed phone T.T

Tapi pagi ni rasa happy kemain bila nampak Whatsapp Web dah ada features baru! Sekarang ni kita dah boleh tengok status Whatsapp dekat Whatsapp Web yeayyy! 

Position Status dekat sebelah Chats

Status page di Whatsapp Web

Lagi best bila kita boleh tekan previous/next sebab dekat phone tak ada. Kalau nak tengok post yang dekat tengah-tengah, mau kematu tunggu dia bergerak. Kalau bawah 2 post boleh lah, kalau 12 dia update? Perggghhh kematu baq hangggg.


Tapi yang tak bestnya, kita tak boleh update status dari Whatsapp Web. Kena dari phone jugak & kita tak boleh tengok siapa yang usha status kita :(


Tapi nanti Whatsapp team update lah kot tu. Tengah tunggu Whatsapp ada filter macam Snapchat ni. Penuh la selfie nanti hahahahha kbai

9 comments

  1. kalau ada macam snapchat, memang confirm penuh selfie haha :D

    ReplyDelete
  2. Ai suka sangat guna whatsapp web ni.. senang..

    ReplyDelete
  3. I feel so happy about it haha

    ReplyDelete
  4. saya pun suka guna whatsapp web tapi sbb dalam window 10 ada window store, so hanya install whatsapp kat situ je. dia jadi macam app. lagi senang sebab tak payah buka browser. hanya klik pada icon whatsapp kat desktop je

    ReplyDelete
  5. Tak pernah pun bukan WA web....selalu guna hp je.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah try buka whatsapp gune web. Nti kena try. Thanks sharing info.

    ReplyDelete
  7. Selalu juga pakai whatsapp web, malas type guna phone sbb kecik :P

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.