Cabaran 25 Hari Blogging : My Love for Bollywood

Wednesday 2 August 2017


Sembang pasal my love ni taknak sembang pasal family ataupun partner sebab benda tu cliche kan uolls? I know. Gila siapa tak sayang they olls khen. 

Tajuk my love harini nak sembang pasal Hindustan je sebab dah lama tak sembang pasal ni. Rindu. & rasanya dekat blog ni belum up lagi review pasal movie Hindustan. Dekat blog lama je bersepah sebab rajin. 

Bila start jatuh cinta?

I guess dari dalam perut mak lagi sebab tok wan, arwah abah memang kaki layan nustang. Kalau tengok movie collection diorang, memang bersepah movie Hindustan. Me myself also ada satu hard disk untuk simpan movie Hindustan. Ada la dalam 1000 movie. Itu pun tak semua ada dalam tu. Ni semua kes masa study dulu jadi stokis movie Hindustan so download & simpan dalam tu. Bila ada yang kemaruk nak layan movie nustang, bagi pinjam lah dengan syarat takde virus. Iolls patutnya charge satu movie 20sen baru ada untung niaga sikit. Hewhewhew


Level jatuh cinta?

Ask me anything, I can answer bout Bollywood from good side to bad side. From onscreen to offscreen. Even hal negara dekat India pun I almost know sebab suscribe newspaper India. Kalau jumpa peminat nustang, bila tanya minat pelakon mana for sure lah SRK or Kajol but if you ask me, list tu boleh sampai Singapore silap-silap sampai India terus. K tipu. I love all of them sebab talent diorang undeniable. Even nepotism berkerak dekat sana tapi memasing memang berdarah seni bukan masuk semata nak menyemak. Berbeza lah industri diorang dengan industri seni Malaysia. Sangat berbeza. Kualiti movie pun jauh tinggalkan Malaysia. Tapi yang ni Iolls sembang lain hari lah. Kang meleret. 

Oh, sebab dari kecik tengok hindustan kan, sekarang ni dah pandai sembang dalam Hindi. Masa kerja dekat Parkson dulu ada pekerja Bangladesh & of course lah kitorang converse dalam Hindi hewhewhew. Tapi tak confident nak letak dalam resume. :(

Kalau peminat Hindustan yang lain tengok collection lagu dia mesti zaman 90-an but I'm not. Dari zaman 80-an membawak ke 90-an updated sampai sekarang. Semua playback singers Iolls kenal. Kalau smule pun nyanyi lagu Hindustan tapi suara itik so lepas nyanyi terus padam. 

Nak workout pun I prefer workout dengan lagu Hindustan. Sambil menari sambil workout. So dalam lappy ada lah stok dance workout and boleh kata dah hafal steps workout. Tapi kalau malas sangat nak workout, layan workout video Breakfree Bipasha Basu sebab dia ratu fitness dekat Bollywood sana. Tapi kalau rajin, selalunya layan dance workout dari Doonya. Steps senang, lagu best and Kajal & Priya is bae. 

Kalau sembang hal Bollywood ni, sampai fashion designers diorang pun kenal sekali sebab selalu layan fashion show diorang. Anarkali, lehenga, salwar kameez, saree semuanya lawa. Juling mata kalau tengok fashion show diorang. Tapi lagi tambah juling bila tengok harga. Mau menangis ayaq mata darah kalau nak beli nak2 pulak kalau collection Manish Malhotra, Anamika Khanna, Sabyasachi ataupun Anju Modi. 


Tapi tinggi-tinggi level minat pun, Iolls tak ada collection CD ke, poster ke, concert tickets or whatsoever related dengan Bollywood sebab miskin kan. Bila miskin, kita buat cara miskin :') Tapi ada la sikit tiket panggung wayang if that's counts tapi tak banyak pun sebab movie Hindi jarang tayang dekat sini. Kalau ada pun dekat selected cinemas je. Masa intern dekat Batu Caves dulu rajin la menapak ke Nu Sentral sebab nak tengok movie Hindi tapi masa tu miskin so tak semua la dapat tengok. 

But! Eh wait, Iolls ada beli sweater Being Human fresh dari India sana sebab Salman Khan buat promotion masa tu. Oh ada jugak biografi kehidupan Salman Khan. Lewlz. 

Image result for being salman book

K dah ni je. Buat masa ni. 

Any advice to people out there?

Movie Hindi actually ada banyak genre. Ramai yang refuse tengok movie Hindi sebab joget sana sini nyanyi tukar baju tapi sebenarnya yang tu yang tayang dekat TV mostly rom-com genre. Kalau tengok movie thriller, indie, biopic memang banyak facts & realiti kehidupan. TV tak tayang sangat movie2 genre macam ni sebab jaga sensitiviti ataupun mahal. Idk la which one is their reason kan tapi kualiti movie Hindi I can say lagi bagus dari movie omputeh & some scenes ada yang kutip dari movie Hindi. And please learn to differentiate Hindi, Malayalam, Telugu, Punjabi, Tamil, Bengali sebab ramai betul pukul rata kata movie Hindustan 


Anyway, even dah nak masuk 3 series and nanti mesti beranak pinak, confirm lah nak ajar anak-anak tengok Hindustan. Ada geng layan Hindustan ni best sikit. Siapa yang lost tak tahu nak layan movie apa yang best, nanti Iolls buat chart ataupun review okay? ;)

3 comments

  1. Selamat Menyahut Cabaran Blogging ni.. Saya dulupun suka layan bollywood.. Sekarang tak dah..sebab yang sekarang tak se best macam yg dulu..huhu

    ReplyDelete
  2. last tgk hindustan cite salman khan berlakon tu, Bajrangi Baijaan. nangis2 tengok..haha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.