TV Show Review | Treasure Map Season 1 Episode 7

Sunday 13 March 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Yoshinori, Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account, vLive
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episodes (22.06 minutes for episode 7)
Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020
Video : 


Episod 7 ni comel sebab Treasure prepare Graduation Ceremony untuk Jaehyuk memandangkan diorang semua tak dapat pergi sekolah Jaehyuk untuk celebrate. Rancangan Treasure Map start shooting tahun 2020 so banyak aktiviti kena ikut SOP jadi sekolah pun buat strict guidelines untuk graduation ceremony. Jaehyuk bangun pagi bersiap pergi ke sekolah sorang-sorang je lah sebab parents dia pun tak dapat datang. Kawan-kawan yang nak datang pun terpaksa akur dengan SOP.


Comel tengok Jaehyuk dalam episod ni sebab dia memang comel dan manja walaupun kalau tak kenal orang akan takut sebab muka dia garang kalau tak senyum. 

‘Enjoy your graduation day. I’m so proud of you.’ – Jeongwoo

Senyap-senyap tanpa pengetahuan Jaehyuk, Treasure member yang lain buat discussion macam mana nak celebrate dia tamat sekolah. Kalau ikut budaya orang Korea, diorang akan makan jjajangmyeon pada hari tersebut. Hyunsuk bagitahu geng Jepun hadiah asas selalunya beg ataupun kasut. 

‘They say the shoes you wear are what define your life. – Junkyu


Mashiho cadangkan Treasure makan jjangmyeon sama-sama dengan Jaehyuk lepastu bagi hadiah. Untuk shopping hadiah Treasure bahagi kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama, Asahi, Junkyu, Jeongwoo dengan Junghwan pergi shopping kasut sementara Hyunsuk, Mashiho, Jihoon dengan Haruto pergi cari bag. 

Bab nak cari kasut tak susah sangat sebab jenama kasut idaman Jaehyuk ialah Nike cuma kena cari warna apa yang cantik dengan dia je lah. Team yang shopping bag pulak ambil masa sebab nak pilih bag yang mana sesuai untuk kegunaan Jaehyuk dekat kolej nanti. 


Yoshi, Yedam, Doyoung dengan Jihoon pergi ke florist untuk belajar buat human bouquet. Jihoon come up dengan idea buat human bouquet instead of bagi jambangan bunga biasa. Diorang nak tengok Jaehyuk terharu lebih sebab Treasure tak dapat pergi celebrate dekat sekolah. 

Happy betul tengok florist tu sebab kedai dia penuh dengan baby breath di bahagian siling. Tak pernah lagi tengok deco macam tu. Kreatif lah sebab jimat ruang dan cantik. Kalau ambil shot dari bawah pun tak ada masalah sebab bahagian atas cantik kemain. Tapi kalau kita yang nak buat boleh menangis lah sebab baby breath mahal. Beli sejambak pun belum tentu boleh jadi cantik macam dekat florist tu. 


Settle je belajar buat bouquet dekat florist diorang terus rushing balik ke studio sebab nak prepare semua hadiah dengan deco sebelum Jaehyuk balik dari sekolah. Happy tengok diorang berusaha keras prepare macam-macam supaya Jaehyuk tak sedih. Kesian tengok Jaehyuk jalan laju-laju keluar dari gate sebab tak ada siapa yang tunggu dia. Teringat pulak masa convo Diploma dulu tak ada yang datang padahal kawan semua happy dengan family masing-masing. Rupanya my sister buat surprise tapi sesat lol. 


Masa tengok episod ni rasa happy, terharu dengan sedih sekali sebab Jihoon bagitahu dia care lebih dengan Jaehyuk sebab dia teringat zaman trainee dulu dia memang zero habis. Jihoon antara trainee yang kena buang dari YG Entertainment sebab tak improve langsung tapi YG bagi peluang kedua join YG Treasure Box lepastu terpilih untuk debut dalam idol group Treasure. Jihoon terpilih untuk jadi leader kedua dalam Treasure. Sebab tu dia banyak tolong Jaehyuk dengan maknaes lain untuk improve sebab dia taknak maknaes rasa apa dia rasa. Tambah pula masa Jaehyuk terpilih dalam Treasure ramai Knetz kecam sebab tak layak katanya padahal Jaehyuk boleh menyanyi, rap dan menari. Even visual dia pun A+ untuk jadi mascot. 


I’m glad Treasure loves Jaehyuk and vice versa. Walaupun Treasure sebenarnya gagal dalam misi graduation ceremony surprise ni tapi Jaehyuk bagi reaction beria sebab nak hargai usaha Treasure. Awwwww kyeopta~! >.< 

p/s : Sebab episod 7 I dah boleh cam muka dan suara Jaehyuk sebab sebelum ni confuse antara 3 - Jaehyuk, Junghwan dan Jeongwoo

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

  1. Alahai.. comel je masing-masing.. semoga diorang stay strong together..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.