Movie Review | Siapa Tutup Lampu? (2021)

Saturday 5 March 2022


Pengarah : Alif Ihsan Rahman 
Penulis Skrip : Azhar Jalil
Pelakon :  Azizul Ammar, Naim Daniel, Uyaina Arshad, Ismi Melinda, Melissa Campbell, Azhar Jalil, Afieq Shazwan, Mustapha Kamal, Fatimah Abu Bakar, Taufiq Hanafi, Dato’ Yusof Haslam, Lisdawati
Syarikat Produksi : Horizon Film Entertainment, Articulate Fusions Productions
Pengedar : Astro Shaw
Genre : Seram / Thriller
Durasi Tayangan : 90 minit
Tarikh Tayangan : 25 November 2021
Trailer :


Filem seram thriller dari Alif Ihsan Rahman mengisahkan tentang lima sahabat iaitu Amir (Azizul Ammar), Azie (Uyaina Arshad), Akmal (Naim Daniel), Aryana (Ismi Melinda) dan Arif (Azhar Jalil).  Mereka berlima telah mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan balik dari percutian di Genting Highlands. Setelah kemalangan tersebut mereka diminta berkumpul di bilik mayat untuk buat pengecaman mayat Amir. 

Arif yang tiba dahulu mempersoalkan siapa yang suka tutup buka lampu. Setiap kali lampu tertutup, setiap kali tu lah seorang demi seorang sahabatnya muncul seusai mendapatkan rawatan untuk luka mereka. Tak mungkin lah mereka semua nak selak satu persatu kain yang tutup semua mayat tersebut bila tak ada tag. 


Sementara menunggu doktor datang, mereka berempat cuba ingat kembali punca kemalangan dan kenapa Amir seorang sahaja yang meninggal. Akmal geram Amir tak dengar cakap dia supaya jangan lalu jalan lama sebab keadaan yang gelap dan jalan yang mempunyai selekoh tajam. 

Filem Siapa Tutup Lampu ni mempunyai kekuatan pada mesej sosialnya tentang kejujuran namun terdapat kelompongan dan kekeliruan yang besar pada jalan cerita. Sub-plot terlampau banyak dan mengganggu penceritaan asal. Beberapa babak kelihatan meleweh dan tak menambah apa-apa impak pada penceritaan. Contohnya Megah Holding dan gangster. 


Confuse dengan watak 5 sekawan ni sebab yakin sangat boleh menang bila join Quantum Leap Business tu padahal basic knowledge dalam business course pun tak ada. Ingatkan pergi Megah Holdings sebab nak dapatkan modal rupanya nak interview usahawan untuk assignment. Daripada interview syarikat korporat, baik pergi interview usahawan yang baru nak naik supaya nampak process flow tu. Dialog pun merepek semata untuk hadirkan elemen komedi tapi nampak dangkal benar. 


Bincang punya bincang rupanya modal nak kutip hasil crowdfunding. Selekeh betul buat kerja. Masa I join kelab usahawan dulu kitorang buat business forecasting untuk buka gerai dekat event sekolah. Tu sembang masa Tingkatan 3 lah. Masuk Diploma dalam kelas Finance buka syarikat dalam satu malam kira modal dan business profit. Dalam filem ni sembang kencang je, nak dapat modal pergi crowdfund lepas gagal buat loan. Diorang tak belajar ke 5C Loan Credit? Come on! 

Dah la I sampai sekarang tak tahu diorang berlima nak buat business apa tapi sembang nak menang juara untuk RM100k. Beza betul filem ni dengan filem App War (2018). Kalau 5 orang ni masuk dalam tournament dalam filem App War tu, jangankan terpilih, masa submit borang pun dah masuk tong sampah. Scene presentation tu hmmmm


Sub-plot keluarga Arif pun tak perlu, Aryana tak mampu bayar yuran 2 sem pun tak perlu. Takt ahu lah universiti lain macam mana tapi both my IPT during Diploma and Degree kalau tak bayar untuk semester tu memang tak boleh ambil exam. Mungkin UNITEN lenient kot entahlah. 

Sub-plot Amar dengan Amanda pun merapu. Tak faham kenapa Amar nak kikis duit Amanda padahal ayah dia kaya. Café dia pun tak ada masalah untuk dia serabut nak bergantung dengan Amanda dan risikokan nyawa dia ada affair dengan wife gangster. Punya lah nak wujudkan konflik atau plot twist dalam filem ni bila penulis buat watak terlanjur. Tak nampak dekat mana dua watak ni berjumpa tahu tahu dah terlanjur. Nak kata masa tu hujan lepastu Akmal tolak basikal pun tak ada jugak. Tiba-tiba campak masuk plot macam tu. 


Tak ada masalah pada visual walaupun konsep peralihan masa yang kebanyakannya terarah pada flashback mereka berlima di kampus. Babak Amanda prepare makanan istimewa untuk suami dia tu macam tak perlu. Kenapa kamera shoot dekat dada dia bukannya makanan. Focus la pada penyediaan makanan tu baru la nampak effort dia nak tawan hati suami. Pergi shoot badan Amanda nak buat apa, tak ada impak langsung setakat plain shoot. Masa babak Aryana muncul dalam bilik mayat tu pun dah boleh agak apa misteri diorang berempat tu. Awal-awal lagi dah spoil pergi shoot macam tu. 


Patutnya biar je 5 watak ni berkembang dalam ruang yang diberikan, tak perlu pun masukkan banyak sub-plot untuk wujudkan tema pengkhianatan. Terlanjur tu dah menarik kalau masukkan elok-elok sebab datang dari watak yang baik so wujud la elemen kejutan tu. Possible je dua watak ni jadi rapat masa siapkan business proposal sampai lewat malam. Perpustakaan kampus kan buka 24 jam. Lepastu buat la Arif curi duit modal business sebab adik dia kanser untuk elemen drama. Sayang betul team production sia-siakan bakat lakonan dari barisan pelakon utama yang bagus untuk skrip yang lemah macam ni.

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +1, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0 = 4.5/10

2 comments

  1. subplot filem ni terlalu menganggu tiba2 masuk scene megah holding pastu scene gangster lepas tu nak buat drama curang dan khianat. flow dia hampeh betul..

    ReplyDelete
  2. sayangnya. baca perenggan awal review ni rasa nak tonton, tapi lepas tu lupakan jelah. cukup tak suka filem ada subplot yan mengganggu jalan cerita asal

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.