Movie Review : App War

Monday 18 November 2019


Director : Yanyong Kuruaungkoul
Writer : Phuwanit Pholde, Sutthipong Phanthanalai, Rangsima Aukkarawiwat
Cast : Nat Kitcharit, Warisara Yu, Sirat Intarachote, Apiwich Reardon, Ticha Wongthipkanont, Thanapop Yoovijit, Patchanan Jiajirachote
Production Company : TMoment
Distributor : Manofilm Sales
Genre : Comedy
Running Time : 130 minutes
Release Date : 1 August 2018 (Thailand)
Trailer :


App War mengisahkan tentang Bom (Nat Kitcharit) dan June (Warisara Yu) yang bersaing untuk menang dalam Startup Tech di mana peserta join festival ni untuk perkenalkan apps yang dicipta di hadapan para juri dan pengunjung yang lain. Juara yang menang akan dapat sumbangan dana untuk apps ciptaan mereka. 

Bom come up dengan idea untuk cipta apps bila semua pengguna dapat berkumpul dan buat aktiviti bersama tanpa ada sebarang romantic relationship. Apps ni dinamakan Inviter dengan bantuan programmer hebat seperti Tai (Sirat Intarachote) dan marketing dikendalikan oleh Build (Apiwich Reardon). 

Inviter dapat bantuan dana dari usahawan Mr. Sompob lepas presentation Build yang meyakinkan walaupun Build lagi suka kalau diorang come up dengan dating apps. Bom dah tegaskan yang dia nak something yang berbeza sebab dah banyak dating apps dekat luar sana lagipun ramai lagi yang boleh buat aktiviti tanpa perlunya bercinta.


Inviter dapat sambutan ramai lepas beberapa jam team Bom upload di Playstore. Tapi tak lama lepastu apps Amjoin berada di ranking kedua dengan menggunakan idea dan tema yang sama. Bezanya apps Amjoin lebih feminine dan senang digunakan berbanding Inviter.


Bila Bom check siapa founder Amjoin, dia terkejut bila nampak June sebab dia geram bila June curi idea dia lepas diorang berdua lepak makan sekali di restoran India. Dia come up dengan plan untuk hantar Tai sebagai spy. June pun come up dengan idea yang sama bila Fai (Ticha Wongthipkanont) dan Bun (Thanapop Yoovijit) suggest untuk hantar Mild (Patchanan Jiajirachote) untuk jadi PR intern dekat Inviter.


Jalan cerita App War ringan je tapi fun to watch sebab visual dia cantik since movie ni bertemakan teknologi moden. Suka tengok chemistry Bom dengan June tapi first half movie ni memang sakit hati sangat dengan June bila director tunjuk yang dia curi idea Bom. Lagi menyampah bila dia nak dapat sumbangan dari Mr Thantai dengan cantas dengan dirty tricks.


Tak la jahat mana tapi geram lah sebab director tunjuk penat lelah team Bom cipta Inviter so kita yang tengok ni rasa kesian dan emosi bila senang-senang je ada yang nak cantas peluang orang lain. Tapi bila tahu kisah sebenar jadi berbelah bahagi lah nak berpihak pada siapa.


First half movie ni kelakar and fun sebab bonding Bom dengan June agak comel lah. Bom dengan June pandai serlahkan kebahagiaan bila kita jumpa orang yang boleh geng dengan kita. Bila team up boleh jadi pasukan yang terbaik, bila menyembang memang tak ingat dunia dah. Bila masuk second half dah mula banyak scene sedih tapi suka sangat tengok friendship Bom-Tai-Build dengan June-Fai-Bun.


For a comedy genre, I super love sebab tak ada lawak hambar ataupun try hard, it feels natural. Suka dengan karakter Tai, nampak macam lepu je tapi kelakar sebenarnya. Suka dengan dialog Bom bila dia sedar yang tak kira berapa banyak apps yang dia ada ataupun berapa ramai orang yang jumpa, tak akan pernah sama perasaan dia bila bersama dengan June.


Another factor yang jadi bonus point dalam movie ni bila team App War ni ketengahkan macam mana youngster zaman millennial ni bekerja. Kalau dulu bila start dari bawah mesti founder yang buat semua kerja tapi dalam movie ni suasana memang ikut trend millennial bila masing-masing ada kepakaran masing-masing dan bergabung untuk create satu company. Tak ada istilah multitask macam zaman boomer.


Working environment dalam movie App War ni memang cool lah sebab majikan dengan pekerja sama-sama penat buat kerja dan sama-sama have fun hilangkan stress. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.