First Time Experience Bela Winter

Sunday 10 November 2019

Last week masa beli groceries dekat NSK ternampak winter aktif sangat dekat kedai pet. She's full of drama and hyperactive so decided nak bela seekor sebab comel sangat. 

 

Staff petshop tu pun cakap sekejap je dah jinak and sangat senang nak jaga. Dah beli sekor rasa kesian pulak kalau tak ada kawan so kitorang beli sepasang. Yang jantan pun lebh kurang je hyper dia. 

Since staff pet shop tu letak winter dalam box je, so kitorang pun malas nak beli cage and decide letak dalam A4 box and that was a foolish mistake by us. Sebab diorang tebuk lubang sampai rabak kotak tu. 

Nasib baik dah beli cage dekat Shopee tapi yang betina tu dah terlepas dah. Rasanya dah jauh dah dia lari. Entah hidup entah tidak. Yang jantan tu nasib baik lah sempat jumpa sebab dia pusing-pusing dalam rumah je. 



Semalam kitorang habiskan masa lama jugak lah pasang cage tu sebab cincai je potongan dia. Nasib baik menjadi jugak sangkar dia. Tapi tak lama pun winter jantan tu stay dalam sangkar sebab balik dari tengok wayang tadi, dah melayang dah bumbung rumah tu ditendangnya. 

Image

Winter jantan tu pun dah lari entah ke mana. Punya lah terseksa hidup dengan kitorang sampai lari dari rumah when all we did was feeding them and give them a house to stay. Harap hidup menderita lah dekat luar tu. Itupun kalau hidup lagi lah. 


Menyesal beli winter sebab habiskan RM50 untuk diorang. Entah lah nak bela lagi ataupun tak sebab bedding dengan makanan banyak lagi. Tak best pun bela sebab tak boleh diajak main atau peluk macam kucing. 

5 comments

  1. adoilaaa.. ganas diorg ni.. kotak ditebuk..
    dh bg rumah cantik pon lari jgk..
    xkenang jasa ni.. haha

    ReplyDelete
  2. hahahah dahsat ek sampai terbang bumbung rumah dia...ganas jugak diorang ni, susah la nak membela kalo jenis lari dari rumah...

    ReplyDelete
  3. Pergh!! Ganas gila.. Dalam kotak, ditebuknya kotak.. Dalam cage ditendangnya bumbung.. Dasyat juga..

    ReplyDelete
  4. comelnyaaaaaa tapi sayang semua dah melarikan diri.. hish

    ReplyDelete
  5. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.