Sunday, 24 November 2019

Drama Review : Extraordinary You


Director : Kim Sang-Hyub
Writer : Moo Ryoo (webcomic), In Ji-Hye, Song Ha-Young
Cast : Kim Hye-Yoon, Ro Woon, Lee Jae-Wook, Jung Gun-Joo, Lee Na-Eun, Kim Young-Dae, Lee Tae-Ri, Kim Ji-In
Genre : Fantasy/Romance
Running Episodes : 32 episodes
Release Date : 2nd October, 2019 -  21st November, 2019
Production Company : MBC Drama Production, RaemongRaein Co., Ltd
Distributor : MBC Drama Production
Trailer : 


Jarang nak layan romance genre K-drama sebab boleh tertidur dengan cliché storyline dan cringe dialogue but this one is a must watch! Drama EY diadaptasi dari web comic series, " July Found by Chance" yang dikarang oleh Moo Ryoo dan diterbitkan pada Januari 2018.

Mengisahkan tentang Dan Oh (Kim Hye-Yoon) yang hidup dalam dunia komik romantik bertempat di Seulli High School. Watak Dan Oh agak pathetic sebab dia ada crush dengan Baek Kyung (Lee Jae-Wook) selama 10 tahun dan ditunangkan oleh family tapi Baek Kyung  tak pernah kisah pasal dia pun dan layan dia dengan kasar walaupun dia ada sakit jantung.


At first Dan Oh clueless dengan apa yang jadi setiap kali dia dengar bunyi buku diselak, nampak black hole dan beberapa scene yang dia cakap atau buat something tanpa sedar. Tapi lepas dia jumpa komik ‘Secret’ di library rupanya semua scene yang jadi tu ada dalam komik.


Dried Squid Fairy (Lee Tae-Ri ) jelaskan yang Dan Oh sebenarnya watak sampingan dalam dunia komik so bila writer dah siap sketch jalan cerita, Dan Oh kena lakonkan watak yang sama seperti kehendak writer. Bila jalan cerita komik dah habis, Dan Oh boleh hidup macam biasa tapi orang sekeliling takkan ingat langsung apa yang dia buat waktu tu.


Episod awal agak kesian dengan watak Dan Oh sebab dia tak ada kawan yang ingat karakter sebenar dia. Makin banyak running episodes, makin banyak watak yang sedar diorang dalam dunia komik. Since Do Hwa (Jung Gun-Joo) antara yang terawal sedar watak sebenar dia, Dan Oh agak rapat dengan Do Hwa lagipun diorang senasib. Kena play cupid untuk main lead – Nam Ju (Kim Young-Dae) dan Ju Da (Lee Na-Eun).


Kalau dalam komik Dan Oh jatuh cinta dengan Kyung, in real life Dan Oh suka dengan Haru (Ro Woon) dan hanya Haru dapat ubah jalan cerita hidup dia dalam komik tu. Banyak kali juga Haru bantu Dan Oh ubah jalan cerita writer supaya watak dia tak mati macam writer nak.


Dalam masa yang sama Haru dapat mimpi dari komik sebelum ni ‘Trumpet Creeper’ yang mengisahkan tentang cinta antara Haru dan Dan Oh tapi sad ending sebab Dan Oh mati dibunuh. Haru cuba nak ubah nasib Dan Oh supaya dapat hidup sampai ending walaupun Dried Squid Fairy dah larang sebab jalan cerita tetap akan ikut sepertimana yang writer nak dan bukan watak extra macam diorang semua.


Jalan cerita Extraordinary You jadi best sebab unik walaupun episod awal agak pening nak faham apa yang director cuba nak sampaikan tapi once dah faham memang senang lah sebab ada beza bila semua watak dalam mode stage dengan shadow. Jalan cerita pun unpredictable and momentum tak jatuh sampai lah habis cerita.


Since genre romantic mostly clichés, ada la beberapa scene dalam drama ni yang menyampah nak tengok especially scene Nam Ju dengan Ju Da sebab scene diorang mostly cringe tapi kelakar tengok monolog Dan Oh dengan facial reaction Kyung. Lagi kelakar bila main lead dapat special VFX macam dalam komik bila ada halo, shiny light, bunga dan macam-macam lagi edit yang writer guna.


Kalau drama genre romantic haruslah ada scene emosi and chemistry Hyeyun dengan Rowoon nampak cantik sangat onscreen. Emosi jugak untuk scene Kyung-Dan Oh sebab Kyung ada reason dia sendiri kenapa dia benci dengan Dan Oh. Same goes to Do Hwa sebab dia tak mampu ubah jalan cerita dia dalam komik tu even banyak kali dia luahkan perasaan dia pada Ju Da.


Visual drama ni memang cantik sebab genre fantasy. Selain dari location yang cantik dengan visual effect dreamy, wardrobe dan decoration pun happy tengok. Wardrobe Dan Oh dengan Sae Mi (Kim Ji-In) paling cantik sepanjang drama ni.




Soundtrack drama ni haruslah best sebab drama romantik plus ada beberapa lagu famous yang team EY selitkan dalam certain scenes. 


Overall drama EY memang wajib layan untuk penggemar drama romantic selain dari Rowoon yang handsome tak kisah hairstyle apa pun dia ubah. Drama ni agak slow dan banyak flashback so boleh habis cepat sebab ubah speed kepada 2.0x and skip certain flashbacks. Happy watching! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

21 comments:

  1. wife saya suka layan movie korea ni.. saya pun kadang-kadang ikut sekali menonton..

    ReplyDelete
  2. Ahax! I x follow this drama. But my mother follow la. Storyline dia menarik juga kata my mom.

    ReplyDelete
  3. This Korean movie looks interesting. Gonna catch this movie soon with my children.

    ReplyDelete
  4. Ok. Pasti sis tonton cerita ni. Kadang2 masa nak makan sesambil tgk VIU dok tekan je apa-apa citer Korea. Sebab tak tau cite apa nak tgk. Rasa kalau Korean Drama semua best yer!

    ReplyDelete
  5. Skang tengok drama korea ditv je, tak sempat nak layan haha

    ReplyDelete
  6. tengok kat nefflix sampai tak terkejar episode. tengok trailer macam best.. boleh la BBL cuba tengok dulu episode satu

    ReplyDelete
  7. Ok Qiss dah tahu nak tengok drama apa lepas ni. Tak rajin tengok yang episod gini tapi itulah.. boleh layan sebelum tidur. Jalan cerita agak menarik juga kan. Tak sabar nak tengok.

    ReplyDelete
  8. Nak tengok nanti Kdrama ni macam best jer he he he belum tengok dah tau citer dia best! thank you sharing..

    ReplyDelete
  9. Tak berapa layan tengok k drama ni..hahaa..sebb tu ornag post ape pun kita kadang buat dono je..Tapi ada baca cerita ni memng best..

    ReplyDelete
  10. Lama dah tak layan daram korea , tak sempat nak tengok sebab anak-anak layan citer dyorang. Insya Allah bila sempat nanti nak layan online ja..

    ReplyDelete
  11. Eh. Entah2 adik Rawlins pun layan drama yang nie, tu sebab dia nyer data cepat habis. Menarik gak jalan cerita dia. Adakah Rawlins nak terjebak? Hahaha

    ReplyDelete
  12. Wow terbaik la review...peminat drama Korea rupanya. Mat Drat tak menonton sangat drama Korea berkesempatanni sebab tak berkesempatan, tapi kdg kdg tu terlayan la jugak bila yg Kat rumah menonton

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas review, lama jugak tak layan drama korea ni, lepas sibuk dengan aktivit lain, kerja dan sebagainya. in shaa Allah kalau ada masa nnti nak cari drama ni.

    ReplyDelete
  14. Lama dah tak layan drama korea. Layan zaman belajar je dulu. Layan nanti tak boleh nak stop. Takut terjebak plak cari cd drama korea

    ReplyDelete
  15. Boleh dipertimbangkan utk ditonton nie.. AM akan masukkan dlm wish list korean movie yg AM nak tgk..

    ReplyDelete
  16. Nampak best lah cerita nie. Nanti ada masa nak tengok lh. Romantik !! Lama xlayan cerita romantik2 nie

    ReplyDelete
  17. Tak terlayan drama Korea.. kikiki.. Tapi cam best pula baca Farhana punya review nie..

    ReplyDelete

  18. admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indoneisa WA : +85587781483

    ReplyDelete
  19. Xpernah minat dgn drama k ni....tp bila ada yg buka terjebak juga laa...boleh bgtau adik2 n ank sedara yg minat drama k ni

    ReplyDelete
  20. Dapat tengok beberapa episode je drama ni pastu tak tengok dah sebab tak tengok dari mula.
    Maybe I will find a time to watch the entire episode on full focus sebab Tqa memang minat Rowoon tu, it would be such a waste not to watch it.

    ReplyDelete
  21. lom tgk.
    aida da bookmark ni.
    weekend nanti nak layan dgn Nurin.
    sehari semlm ler nanti 2 baeranak ni nonton kdrama :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.