Movie Review : Jabariya Jodi

Saturday 9 November 2019


Director : Prashant Singh
Writer : Sanjeev K Jha
Cast : Sidharth Malhotra, Parineeti Chopra, Aparshakti Khurana, Sanjay Mishra, Jaaved Jaaferi, Sheeba Chadda
Production Company : Balaji Motion Pictures, Karma Media & Entertainment, ALT Entertainment
Distributor : Zee Studios (International), Pen Marudhar Entertainment
Genre : Romance
Running Time : 139 minutes
Release Date : 9 August 2019
Trailer :


Diinspirasikan dari kes jenayah sebenar di daerah Bihar, India di mana pengantin lelaki diculik untuk dipaksa kahwin dengan pengantin perempuan. Sebanyak 2,529 kes dilaporkan pada tahun 2013 dan jumlah ni dah meningkat sejak tahun 2009. 

Abhay Singh (Sid Malhotra) merupakan anak kepada Hukum Dev (Jaaved Jaaferi), politician di Bihar dan dalam masa yang sama arahkan anak tunggal dia untuk buat bisnes kahwin paksa sebab dapat duit yang agak lumayan dari keluarga pengantin perempuan.


Keluarga Babli Yadav (Parineeti Chopra) pun hadapi masalah yang sama bila semua keluarga lelaki yang datang charge hantaran mahal. Lagi parah bila tak ramai yang datang bila Babli masuk dalam news belasah ex-boyfriend dia sebab tipu dia pasal kahwin. 

Ayah Babli, Duniya Lal Yadav (Sanjay Mishra) terpaksa ambil jalan illegal berjumpa dengan Hukum Dev minta dia culik pengantin lelaki untuk kahwin dengan Babli. Babli yang jatuh cinta dengan Abhay salah faham bila nampak ayah dia berborak dengan Abhay di luar rumah.


Dengan rela hati dia setuju dengan plan arranged marriage ayah dia sebab dia dah lama suka dengan Abhay sejak kecil lagi. Abhay pula taknak kahwin dengan Babli disebabkan takut dia akan layan Babli teruk macam mana ayah dia layan mak dia (Sheeba Chadda) selama ni.

Babli dapat tahu plan ayah dia dengan Hukum Dev paksa kawan baik dia, Santo (Aparshakti Khurrana) culik Abhay supaya kahwin paksa dengan dia untuk balas dendam. Abhay pula culik pengantin lelaki untuk kahwin dengan Babli tapi jadi masalah bila pengantin lelaki tu sepatutnya kahwin dengan pengantin perempuan, saudara kepada kawan Hukum Dev. In return, Hukum Dev boleh dapat seat politik dekat kawasan lain.


Jalan cerita movie ni dari awal lagi merepek even comedy pun hambar tapi stay sampai habis sebab visual dia cantik, music score bagus and Sid Malhotra handsome teruk. Plus chemistry Sid dengan Parineeti pun cantik macam Hasee Toh Phasee dulu. Emotion tu ada tapi sayang tersia macam tu je.


Team JJ ni ada deliver message yang perkahwinan paksa ni tak bagus tapi messed up habis dengan jalan cerita dan dialog. Kalau bukan peminat Hindustan ataupun Sid Malhotra, ada eloknya tak payah la buang masa layan movie ni. Anyway Aparshakti ni tak pernah lah tak bagus dan comel.


1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.8/10

2 comments

  1. pengantin lelaki pun kena culik, selalu dengar kes perempuan diculik utk kahwin paksa..

    ReplyDelete
  2. Camtu kata Farhana, Kak Sha layan lagu dia jelah.. hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.