Pagalpanti Promotion Fashion File : Ileana D'Cruz

Tuesday 19 November 2019

Dah lama nak update untuk promo events sebab masa ni la nak nampak actress keluar dengan dress cantik. Plus, dah start keluar keywords untuk fashion dekat blog ni lepas I update entri dekat Cannes haritu. 

Since banyak movie akan keluar hujung tahun ni, I start Fashion Files dengan pelakon Ileana D'Cruz untuk movie Pagalpanti released on 21st November nanti.

1. Pagalpanti Trailer Launch


For trailer launch event, Ileana memilih padanan serba hitam blazer, top dan high slit skirt dari koleksi ZARA yang dipadankan bersama pump heels dari Stuart Weitzman. Ileana nampak cantik dengan haisrtyle rambut lepas bebas dengan sedikit curl di bahagian bawah. 

Aksesori dari Mahesh Notandass nampak misfit bila sarat di jari dan kosong di bahagian badan. Dengan tubuh badan yang agak berisi, it is better kalau Ileana pakai skirt yang panjang hingga tumit supaya nampak ilusi kurus.

2. Casual Look


Mengenakan floral printed top berwarna kuning dan dipadankan bersama floral printed skirt berwarna lavender dari koleksi Summer 19' Hemant Nandita untuk tampak girl-next-door look. 

Ileana melengkapkan gaya kasual ni dengan strap heels putih dari Truffle Collection dan anting-anting ringkas bersama rantai leher Starbust dari Shoplune. Lebih nampak cantik kalau top ataupun skirt goes plain sebab nampak sarat sangat. 


Another nayyy factor bila Ileana naikkan skirt tu dan biarkan tergantung di bahagian bawah, buatkan dia nampak rendah. I totally love her upper look. 

3) Pink Combo


Ileana tampil ringkas dan sexy dengan padanan blazer Khanijo, bralet pink dari Ahumming Way dan seluar pink dari koleksi Ayesha Depala dengan strap heels transparent dari Ego Official. 

Hairstyle lebih kurang sama, lepas bebas cuma kali ni Ileana pilih gaya rambut lurus dengan minimal nude makeup. Again, Ileana penuhkan jari dengan aksesori dari Anmol Jewellery dan cincin berlian dari Darshanaa Sanjanaa Jewellers. 

She looks chic but the pants quite a turn off sebab terlampau oversize, buat Ileana nampak berisi since blazer dah oversize. 

4) Minimal Chic


Mengekalkan hairstyle dan makeup yang sama, Ileana memilih untuk tampil minimal dan selesa dengan padanan top dengan belahan panjang di dada hingga ke pinggang koleksi Frolov Heart dan pants bercorak stripe marble H&M. Dipadankan bersama strap heels dari Truffle Collection. 

Gaya Ileana dilengkapkan dengan cincin berlian bersaiz panjang dari koleksi Anaqa Jewels. Super love this look sebab Ileana nampak trendy, chic, minimal and sexy. 

5) Slayers

I super love with this look tapi sayangnya tak tahu dari koleksi mana. It just perfect dengan body tone Ileana. Even the colour pun naikkan seri muka. Tampil ringkas dengan gaya rambut high ponytail dan dilengkapkan dengan anting-anting berbentuk segi empat dan strap heels hitam. Perfect!

6) Denim Look 


Blazer floral printed, top gabungan corak haiwan dan stripe dan denim pants dari Dhruv Kapoor dipadankan bersama heels bertali halus berwarna hitam. Tampil berbeza dengan high ponytail dan anting-anting gold halus untuk minimal looks. Not a fan of her blazer and top tapi yang lain is a thumbs up!

7) Pant Suit



Padanan blazer, top bra dan pants bercorak jalur menegak dari Nauman Piyarji ni menyerlahkan kecantikan Ileana. Dipadankan dengan heel muncung tirus bertutup dari Loubuntin World berwarna blue black dan aksesori dari Irasva Jewellery. 

8) Suave Suit


Bertempat di JW Marriott Hotel, Ileana promosikan movie Pagalpanti dengan padanan pant suit berwarna coklat tanah dari koleksi Khanjio dengan transparent heels dari Ego Official. 


Since pant suit ni kosong, gaya ni mungkin akan nampak lebih cantik jika dipadankan dengan heels yang sarat atau berwarna terang. Hairstyle and makeup are on point with accessories from Viange Vintage and Misho Designs. 

I'll update more from Ileana's wardrobe kalau ada lagi promo events dari team Pagalpanti. Ciao for now. 

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.