Karnival 3W : Jejak 10,000 Langkah, Stadium Sungai Besar

Saturday 23 November 2019

Minggu lepas mak suruh balik Sabak Bernam untuk support program PWB dekat Karnival 3W : Women, Welness & Welfare. 

Pukul 7 pagi dah terpacak dekat stadium ni dengan mata rabak tak cukup tidur malam sebelumnya sebab nyamuk banyak sangat. Lagipun minggu lepas busy kemas stor office memang tak cukup rest pun. 


Gagahkan jugak lah datang program ni sebab dah lama tak brisk walk pagi-pagi. Sekali sekala hentam sampai 10,000 langkah sebab selalunya 3,000 je setiap hari. 

Masa sampai tu diorang dah start dengan senamrobik pagi. Yang join program ni ramai budak sekolah je sebab hari yang sama ada jugak program lain dekat pekan Sabak dengan Parit 16 kalau tak silap. 


Tahun sebelum memang ramai yang join tapi tahun ni tak meriah sangat. Lori MILO pun tak datang tahun ni. Yang berniaga pun tak ramai sangat sebab ada 3 program besar hari yang sama. Program dekat Pekan Sabak lagi meriah sebab ada YB Izham turun padang rasmikan program. 


Lepas senamrobik kitorang start berjalan 10,000 start dari kawasan stadium. At first risau jugak Farah mintak dukung macam tahun lepas sebab tahun ni berat dia dah cecah 40kg. Mana larat nak dukung dah. Ada yang balik rumah jalan bongkok macam nenek kebayan. 

Tapi okay je dia tahun ni. Semangat gila jalan sampai ada pakcik tegur dia bila dia jalan sorang

'Adik ni hilang mak ke?' 

Sebab pakcik tu tegur dia slow down sikit. Marah katanya sebab dia dah biasa jalan sorang. Kitorang pun betul-betul dekat belakang dia je. 

Kecewa jugak la tahun ni hambar betul program dia sebab kata jalan 10,000 langkah tapi pagi tu jalan tak sampai 5,000 langkah pun. Mungkin diorang campur sekali dengan senamrobik kot sebab lama jugak diorang buat senamrobik tu sebelum start berjalan. 


Bila dah habis berjalan tu nampak ada ongoing activity untuk mak-mak bersenam dengan kerusi. Mostly banyak pameran je dekat karnival ni tak banyak aktiviti macam tahun lepas.


Pameran dari Kolej Komuniti


Pameran dari Slim Selangor 


Pameran Lembaga Penduduk Pembangunan Keluarga Negara


Pameran CPR - ada demo CPR untuk baby dan manusia dewasa


Pameran Klinik Gigi - ada free service check gigi


Pameran Diabetis dari Klinik Kesihatan


Pameran Jabatan Kebajikan Masyarakat


Pameran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor - ada aktiviti untuk kanak-kanak sebagai tarikan untuk jadi ahli perpustakaan


Booth Archery - booth ni je la best sebab ada aktiviti memanah. Nak join kena bayar RM1 je untuk 3 arrow. Nak main lebih sikit tapi ramai pulak beratur dekat belakang. Space dia pun kecil je. 


Walaupun sekejap je tapi dapat ilmu baru untuk memanah ni. But still tak dapat bulls eye. Bila entah nak power memanah ni. Berangan jadi Katniss dah lama dah tapi skills tu tak improve lagi


Sebelum balik singgah booth PWB. Mak busy dengan kuiz teka nama sayur. Ramai yang tak lepas katanya walaupun ramai suri rumah yang join.


Dekat booth ni ada banyak barang jualan hasil homemade craft dari suri rumah macam tudung saji bercorak, beg tangan, bantal, kusyen dan lain-lain. Ada juga makanan macam kerepek, kuih, kek coklat, asam jeruk diorang jual dekat sini.


Booth sebelah ada pertandingan menganyam. Ramai jugak lah yang join walaupun acara ni tiap-tiap tahun diorang buat.


Sebelum balik singgah dulu booth polis dengan TNB untuk collect free gift bila mendaftar sebagai ahli. Singgah jugak dekat banner untuk bergambar. Nak bergambar dengan sijil yang berjalan tadi tapi kena tunggu majlis perasmian dulu. Memang tak lah nak tunggu sebab tak ada benda yang best pun. Biar mak je yang ambil sijil tu nanti. 

Hopefully tahun depan diorang buat la meriah sikit daripada masukkan duit dalam poket sendiri, baik guna duit tu organize program biar elok sikit. Emo sikit sebab mak kena kerah buat kerja tapi duit untuk program orang atas yang dapat tsskkkk

4 comments

  1. Rajin Kak Farhana join event macam ni.

    ReplyDelete
  2. Akak nak dapat 3000 step pun payah..hahaha

    ReplyDelete
  3. Hadoohh,, rajinnya join event dan berjalan 3000 step. ^^

    ReplyDelete
  4. best juga join berjalan beramai ramai ni. keluar peluh badan pun sihat.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.