Movie Review : The Divine Fury

Wednesday 6 November 2019


Director : Joo-hwan Kim.
Writer : Joo-hwan Kim.
Cast : Park Seo-joon, Ahn Sung-ki, Woo Do-hwan
Production Company : KeyEast, Studio 706
Distributor : Lotte Entertainment
Genre : Fantasy/Mystery
Running Time : 129 minutes
Release Date : 31 July 2019
Trailer :

Yong-hoo (Park Seo-joon) juara bertahan MMA championship tapi dia mula didatangi gangguan makhluk halus dan menyebabkan telapak tangan kanan dia luka dan tak berhenti keluar darah. Even dah jumpa doktor pun, result semuanya normal.

Driver dia suggest untuk jumpa anak saudara perempuan dia yang dianugerahkan untuk melihat makhluk halus. Awalnya dia tak percaya dengan perkara mengarut ni tapi dia cuba untuk jumpa bila keadaan tangan dia makin teruk tanpa sebab.

Lepas jumpa dengan budak perempuan tu, dia kena berjumpa dengan paderi di gereja belakang rumah dia, Father Ahn (Ahn Sung-ki). Kebetulan masa tu Father Ahn tengah handle lelaki kena rasuk dengan syaitan.


Puas bergelut sampai hampir mati, Yong-hoo datang selamatkan dengan letakkan tangan kanan dia yang luka tu dekat kepala mangsa rasuk. Syaitan dekat dalam badan takut sampai terbakar. Father Choi minta maaf sebab tak dapat tolong Father Ahn.

Di satu tempat yang lain, Ji-shin (Woo Do-hwan) geram dengan tindakan Yong-hoo yang gagalkan plan dia. What kind of plan, Idk. Dekat sini loophole terbesar movie ni sebab tak tahu dari mana datangnya Ji-shin, apa tujuan dia kacau manusia ataupun apa yang dia dapat dari semua kekacauan syaitan-manusia ni.


The only clue I got, dia cuma nak hidup lama tapi at the end dia dah tak jadi manusia which is absurd because dia nak hidup lama sebagai manusia. Kalau movie ni takde sequel, kira janji dia dicapati lah dengan Ketua Syaitan lepas dia bertukar. Kalau ada sequel, mungkin ada harapan dia elok balik.

Walaupun movie ni ada kelainan dengan letakkan watak MMA fighter tapi tak ada plot yang cantik ataupun luar dari kebiasaan pun. Even Yong-hoo tak guna MMA skills untuk lawan hantu sebab dia just letak je tangan dekat mangsa rasuk and then pooff terbakar. One thing yang buatkan watak Ji-shin dengan Yong-hoo related pun sebab watak ayah Yong-hoo, Officer Park (Seung-Joon Lee) yang terbunuh disebabkan Ji-shin.


Watak Father Ahn cuma datang sebagai melengkapkan kekosongan dalam Yong-hoo tapi tak menjawab persoalan besar yang director atau team production TDF ni cipta dari awal sampai buat Yong-hoo bencikan Tuhan.


Visual effect cantik, music score just nice tapi slow pace. Some scenes menarik untuk ditonton especially scene komedi antara Father Ahn dengan Yong-hoo. Sebab movie ni baru I tahu paderi boleh hisap rokok dan minum arak haha

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.4 = 6.6/10

5 comments

  1. Kalau tak silap akak, Yong-hoo bencikan Tuhan sebab tak selamatkan bapa dia dari mati.. Kalau tak silaplah.. hehehe.. Tapi part yang Ji-shin tu memang agree lah tak diberitahu kenapa dia berjanji bagai dengan syaitan tu.. sudahnya mati juga.. hehehe

    ReplyDelete
  2. dah lama takde kesempatan menonton movie...balik kerja masak, makan, tido

    ReplyDelete
  3. nak try tengok jugak la. kadang tak tau jugak nak tengok apa, hehe

    ReplyDelete
  4. pernah terbaca jugak pasal filem ini tapi tak kesempatan nak tengok, ada tak watak yang menyeramkan?
    paderi kat sana mmg boleh minum arak ngn merokok kot, masa tgk drama the fiery priest pun ada adegan tu hehehe... siap paderi tu selamba je belasah orang jahat hehehe

    ReplyDelete
  5. da catit dah dlm notebook.
    boleh layan ni. mcm nice movie ni.
    hero hero hensem!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.