TV Show Review | Treasure Map Season 1 Episode 12

Monday 14 March 2022

Director : N/A

Writer : N/A

Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan

Production Company : YG Entertainment

Distributor : Treasure Youtube account, vLive

Genre : Variety Show

Running Episodes : 28 episodes (21.31 minutes for episode 12)

Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020

Video : 


Treasure dibawa keluar dari dorm untuk join aktiviti Escape House, sama macam dalam Episod 4 -5 bila staff akan kurung Treasure untuk buat aktiviti. Bezanya kali ni Treasure kena solve beberapa game dan mission untuk keluar dari rumah tersebut. Rumah tu tak seram pun tapi terletak di atas bukit dan semua jalan keluar atau masuk dikunci dengan rantai besi. 

Mission pertama sebaik sahaja semua ahli Treasure berkumpul di ruang tamu rumah tu, ada sebuah laptop dan mereka perlu teka apa kata laluan supaya dapat mission seterusnya. Yedam paling bijak sekali teka, mungkin sebab dah 8 tahun jadi trainee dekat YG Entertainment. 

Semua ahli Treasure kena bekerjasama untuk selesaikan semua mission dalam rumah tersebut supaya mereka semua dapat keluar dengan selamat. Sekiranya Treasure gagal, dua orang akan dipilih dari setiap mission dan terima penalti sama ada hantar ahli Treasure ke sekolah dan jemput pulang, pakai something yang kelakar sepanjang vlog dalam Treasure Map, bersihkan studio, berpakaian seperti Doyoung, bersihkan set dan massage shoe-dance. Semua penalty ni diorang yang suggest sendiri, tak ada paksaan dari staff YG. Selalunya yang cadangkan tu yang merana.

Game pertama – Teamwork game di mana semua ahli kena pass hula-hoop sampai ke ahli yang terakhir di hujung barisan. Game pertama ni mudah je tapi diorang punya discussion tu sampai staff kena assist untuk explain supaya video tak jadi terlampau panjang. 

Game seterusnya semua ahli Treasure kena cari kata laluan peti besi dengan hint yang diletakkan secara tersembunyi di dalam bilik tersebut. Tak susah pun untuk selesaikan equation matematik yang staff letak sebab ada math genius dalam Treasure. Sementara orang lain tengah busy dengan math equation, Jaehyuk pula busy dengan Rubik cube sebab dia ingat jawapan tersembunyi dalam kiub tu. Comel betul tengok Hyunsuk pujuk baby Jae. 

Game ketiga – Memory Challenge. Semua ahli Treasure kena pergi ke ruang dapur untuk tengok semua perkakas atau makanan yang diletakkan di situ. Kemudian bagitahu staff apa objek yang bertukar selepas lawatan kali kedua. Junkyu paling syahdu sekali sebab masa orang lain tengah belek semua benda, dia sibuk dengan self-cam. 

Game keempat kena main Rose Bloom macam dalam Squid Game tu lepastu masuk pula dalam bilik untuk game kelima di mana mereka kena teka apa bahan yang dimasukkan dalam gelas kecil. Nak ulang makan banyak kali sampai makanan tu habis pun tak apa asalkan dapat teka semua bahan dengan betul. Junghwan dengan Junkyu berulang tambah sampai Hyunsuk suruh fokus bincang apa bahan dekat dalam tu. 

Game keenam pula kena main pass bola dalam bulatan tanpa jatuh selama 30 minit. Sepatutnya diorang boleh balik awal tapi dari hari siang membawa ke malam baru habis main. Bola pun dah rabak kena tendang sana-sini. Game terakhir kena teka soda yang diberikan oleh staff sementara semua ahli Treasure kena tutup mata. Mudah je lah game ni sebab semua pun suka minum soft drinks. 

Memang staff sengaja bagi game yang senang untuk Treasure lepas penat main game keenam tu. Kang kalau bagi yang susah, CEO YG call mana Treasure tak balik-balik lagi. Dah la ada yang nak pergi ke sekolah esoknya. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.