Movie Review | Kampung Pisang Berbuah Dua Kali (2022)

Wednesday 2 March 2022


Pengarah : Amen Khalid

Penulis Skrip : Mamat Khalid

Pelakon : Kazar Saisi (Pak Din), Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London, Datin Eina Azman, Azman  Mantra, Dollah Cantik, Dewa Sapri,  Ahmad  Yassin  (Yassin),  Rasydan  Zakaria  (Adan),  Nizam  Mok  Ram  (MA  Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar), Anis Nisham 

Syarikat Produksi : Enjit Enjit Semut Motion Pictures

Penyiaran : Astro First (saluran 480), Astro  Go, Astro On  Demand

Genre : Komedi / Seram 

Tarikh Tayangan : 3 Mac 2022

Durasi Tayangan : 106 minit

Trailer : 


Installment terbaru franchise popular, Kampong Pisang Universe yang mendapat sentuhan terakhir arwah Mamat Khalid diterbitkan dengan judul Kampung Pisang Berbuah Dua Kali. Kali ni penduduk Kampong Pisang diganggu oleh Cik Mek dan kumpulan penarinya. Tak ramai yang mampu nampak kecantikan Cik Mek kecuali Gerhana (Azman Mantra), iaitu adik kepada Cik Purnama (Dewa Sapri) sehingga membahayakan dirinya. Pak Karim (Mat London) mula naik risau bila dia selalu terjumpa Gerhana dalam keadaan yang menggerunkan. 

Dalam masa yang sama, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18 di mana Yaakob Kangkong (Dollah Cantik) menjadi calon untuk berjasa kepada rakyat. Yaakob melantik Barkoba (Bell Ngasri) sebagai pengurus kempen dengan upah sebanyak RM20,000. Tanpa segan silu Barkoba menerima upah tersebut dek kerana hasrat dia untuk berkahwin dengan Yati (Anis Nisham). 

Installment yang disempurnakan oleh anak arwah Mamat Khalid, Amen Khalid lebih banyak memberi ruang kepada watak-watak sampingan yang lain. Kalau sebelum ni Pak Karim lebih banyak membisu, kali ni watak dia diberi ruang untuk mempamerkan kehebatan bersilat. Sama juga dengan anak saudara dia, Yati yang hebat bertarung dengan watak antagonis. Sesuai lah dengan skrip yang lebih terarah pada elemen memperkasakan golongan wanita dalam memperkukuhkan jalan cerita.

Elemen komedi yang diketengahkan macam biasa, masih kelakar dengan lawak bersahaja terutamanya dari watak-watak utama seperti Pak Din (Kazar Saisi), Pak Jabit (Aziz M Osman) dan Barkoba. Dekat awal movie lagi dah berdekah tengok pontianak dua alam. Betul jugak cakap dia, kalau dah dua alam masa hidup takkan jadi hantu nak straight pulak. Ada je idea arwah Mamat Khalid untuk hiburkan penonton, macam Raja Jastina, Ketua Pengarah Astro bagitahu dalam sidang media. Sama juga dengan babak karipap angin. 

Istimewa buat peminat Kampong Pisang Universe, dalam Kampung Pisang Berbuah Dua Kali terbitan Enjit Enjit Semut Motion Pictures ni ada babak di mana Datin Eina Azman dan Azman Mantra menyanyi bersama di pantai. Sebelum ni Azman pernah tular kerana bakat nyanyian dia di media sosial jadi tak hairan lah kalau Amen Khalid guna kesempatan ni untuk tonjolkan bakat pelakon dia.

Walaupun banyak perkara menarik namun dari segi plot dan penceritaan, pada second half agak susah nak faham apa pertalian watak Cik Mek dengan Yaakob Kangkong. Kenapa dia cuma target Gerhana sebagai mangsa? Kalau Gerhana adalah calon pilihanraya mungkin boleh diterima relevannya. Nak kata pilih secara rambang macam berisiko pula untuk Yaakob sedangkan dia perlu tawan hati penduduk kampung. 

Sama juga dengan babak Barkoba panas hati dan anggap dia mula berubah seperti binatang kerana duit upah dari Yaakob sedangkan dia tak lah kejam mana selain menipu bab upah. Itupun bukan arahan dari Yaakob tapi sifat tamak dia yang menjalar. Nak kata duit tu datang dari sumber haram sampai dia berubah jadi jahat pun tak pula tahu sumbernya. Kalau dikembangkan bahagian ni mungkin lebih menarik sebab faham dengan konflik dan ketegangan pada cerita. 

Rasanya untuk visual, pengarah amen Khalid masih lagi menggunakan khidmat dari Lil Studio Sdn Bhd sebab tona warna dan konsep vintage macam sama dengan drama Kampong Pisang Bersiri-Siri (2020). Sinematografi berlatarkan Pantai Senangin, Perak dah cantik dah tapi bila masuk babak yang menggunakan VFX nampak lemah sangat watak hantu tu. Dah serupa robot tak siap touch up pun ada. Nampaknya kelemahan yang satu ni belum diperbaiki lagi. Elok lagi kalau guna khidmat MUA saja untuk wujudkan hantu bermuka ngeri. 

Apa pun, I have fun tonton installment terbaru Kampong Pisang Universe dengan kehadiran Datin Eina Azman. Nasib baik dia setuju untuk join berlakon dalam movie ni walaupun pack dengan jadual shooting yang lain. Sebagai peminat dapat tengok sesuatu yang baru dan keluar dari kebiasaan lakonan dia. Dah lah cantik sebagai Cik Mek, cantik menari siap ada babak berlawan lagi. 

Masa tengok movie ni tak rasa pun kekurangan dari Amen Khalid sebagai pengarah sebab sentuhan dia sama saja dengan Mamat Khalid. Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan? Peminat franchise Kampong Pisang Universe boleh lah tengok movie ni di Astro First. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.6 = 7.5/10

7 comments

  1. Aduh.. Tak sabarnya nak tengok.. Tak pernah tak best filem beliau..

    ReplyDelete
  2. ni yang tak sabar nak langgan nih.... sebab selalu memang tak pernah mengecewkan

    ReplyDelete
  3. Banyak watak yang dia masukkan dalam filem kali ni. Macam best. Kena tengok lepas ni

    ReplyDelete
  4. 10 bintang... best sangat2...

    ReplyDelete
  5. Memang ngam KPB2K... jln cerita padu manthopp mcm sblm2 ni ... setiap watak xpernah gagal...mmg win pak karim + yatie ade jisim alam...tak lupa jugak barkoba yg terus kuciwa

    ReplyDelete
  6. Best, seronok tengok

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.