TV Show Review | Treasure Map Season 1 Episode 20 - 21 🎤

Monday 14 March 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account, vLive
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episodes (22.11 minutes for episode 20, 24.07 minutes for episode 21)
Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020
Video : 


Dah lama tunggu YG staff buat prank dekat Treasure sebab nak tengok siapa yang tak mudah terpedaya. Nak tengok jugak macam mana cara diorang selesaikan konflik sebab dalam iKON TV (2018) dah nampak siapa yang cepat tangkap something fishy ataupun siapa yang betul-betul terkesan dengan situasi tu.


Awal pagi lagi Treasure dah diuji dengan lif rosak lepastu kena tolong staff angkat kotak yang penuh dengan barang shooting ke tingkat 3. Of course lah semua lulus mission tu tapi semua tak syak apa-apa langsung. Bila Yedam bagitahu dia tolong angkat barang staff baru Jihoon perasan ada something tak kena. 

Kelakarnya bila tengah serius berbincang pasal perkara aneh tu, staff terus datang bagitahu ada hamburger. Tak tahu lah kenapa talents YG ni happy sangat kalau makan hamburger. Sedap sangat gamaknya hamburger dekat area situ. 


Settle makan burger kena prank pulak dengan biskut masin. Kesian memasing happy dapat makan biskut free tapi muka tak rela je bila nak habiskan. Nak jaga hati punya pasal telan jugak lah sampai habis. Nasib baik tak banyak sangat biskut yang staff bagi. Itupun diorang offer nak tambah lagi ke tak. Kesian Jeongwoo sampai menangis nak habiskan biskut tu. 


‘The cookies taste expensive. You know….the thing with me is… From my experience, I’m not good with expensive food.’ – Junkyu

Tak berhenti dekat situ je, staff YG upah pula pelakon untuk call semua member Treasure dan pancing untuk tanya soalan yang berkaitan dengan personal life. Tak mudah kena tipu haruslah Yoshi, nampak je number pelik terus minta staff block. Belah petang pula Treasure diuji dengan stranger yang curi telefon sampai Jihoon dah malas nak layan trick staff. Jaehyuk pula syak yang hidden camera ni tak berakhir lagi sebab camera masih lagi rolling walaupun dah hujung episod. 


Betul lah tebakan dia tu sebab dalam Episod 21, semua ahli Treasure dibawa ke sebuah café untuk latihan bengkel tapi dekat sana kena layan fans sampai segan jadinya. YG staff upah 3 orang pelakon untuk tengok kebolehan Treasure layan sasaengs lepas debut nanti. Yang Treasure hadap dekat café tu level biasa je sebab sasaengs ni lagi teruk tahap obsess dia sampai follow idol pergi mana-mana. Pukul 3 pagi pun call idol request itu ini. 

Punya lah power lakonan 3 orang perempuan dekat café tu sampaikan Asahi yang 97% introvert pun boleh buat robot dance. Kesian dia sampai merah muka kena layan fans. Masa ni semua ahli Treasure tak boleh ambil gambar dengan peminat dan tak ada official signature lagi. So reaction kebanyakan member semuanya tak sampai hati bila peminat request nak bergambar atau minta autograf. Hyunsuk terutamanya sebab hati dia senang tersentuh. 


Junkyu dah syak ada hidden camera sebab dia nampak ada 4 camera dekat restoran tu tapi terpedaya jugak dengan pujian oleh pelakon upahan. Bijak jugak lah staff prank Jeongwoo dulu sebab dia pandai bagi komen situasi tu lepastu suka membahan member yang lain. Tak lah rasa macam berat sangat kerja editor haha

‘They really seem to love it. It feels great for 2 minutes. But when it last to 5 minutes, you don’t know what to do.’ – Jeongwoo


Hidden camera prank dalam Episod 21 lagi best dari previous episode sebab visual lagi jelas, subtitles pun okay. Dalam episod ni boleh nampak lah baby cow paling manja dengan hyungs dia. Perangai sama je macam Chanwoo, nampak macam savage padahal paling manja dan cengeng. Comel!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.