Movie Review | Love Hostel (2022)

Friday 4 March 2022


Director : Shanker Raman
Writer : Shanker Raman, Mehak Jamal, Yogi Singha
Cast : Bobby Deol, Vikrant Massey, Sanya Malhotra
Production Company : Red Chillies Entertainment, Drishyam Films
Distributor : ZEE5
Genre : Romance / Thriller
Running Time : 100 minutes
Release Date : 25 February 2022
Trailer :


Bertemakan cinta terhalang dek kerana perbezaan agama, filem Love Hostel mengangkat kisah cinta Ahmed Shaukeen (Vikrant Massey) dan Jyoti Dilawar (Sanya Malhotra). Bermula dengan Jyoti lari dari rumah kerana dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan nenek dia kemudiannya dihantar ke safe house selepas dapat perintah mahkamah. 

Tak pasti lah di beberapa daerah luar bandar ataupun seluruh India ada safe house untuk kes kahwin di mahkamah tanpa restu keluarga ni. Dalam movie ni cerita lebih terarah pada daerah Haryana bila mana beberapa safe house ditubuhkan untuk beberapa pasangan berlindung daripada dibunuh secara kejam oleh keluarga mereka. 


Sama seperti yang lainnya, Ahmed dan Jyoti diarahkan untuk ke Bahadurgarh Safe Home. Ironinya safe house tersebut ditubuhkan oleh Kamala Dilawar (Swaroopa Ghosh) sebagai salah satu kerja kebajikan kepada masyarakat sekaligus menaikkan imej dia sebagai ahli politik yang berjiwa rakyat. Kamala upah Dagar (Bobby Deol) untuk bunuh Ahmed dan Jyoti. 

Semua penduduk di situ ngeri dengan kehadiran Dhagar termasuklah pihak polis. Kematian dia adalah satu rahmat untuk manusia lain tapi benarkah dia dah meninggal dalam insiden kemalangan tersebut? Tak ada orang lain segila Dagar, membunuh tanpa belas atas nama menyucikan masyarakat dari perkara memalukan. 


‘He was worshipped by everyone. His daughter took advantage on his trust, and you helped her run away but my brother had to pay the price with his life. Isn’t this unfair?’ – Dagar

Jalan cerita Love Hostel mungkin bawa tema yang sama tapi tampil segar dengan kehadiran safe house dan penceritaan yang bersifat straightforward. Macam mana mahkamah dan pihak polis mewujudkan safe house untuk pasangan yang memerlukan perlindungan dari keluarga sendiri. Tak pasti macam mana pasangan ni peroleh duit untuk sara diri dan berapa lama mereka perlu berlindung di situ. Tak ada aktiviti di safe house tu malah tahap keselamatan pun meragukan sebab dari luar nampak macam seolah bangunan bertingkat yang usang dan dibiarkan. Semua pasangan perlu tinggal dalam satu dewan yang penuh dengan katil bertingkat. Satu pasangan dapat satu katil dan berkongsi bilik air yang cuma ada satu saja disediakan. 


Lebih baik lari saja ke daerah lain daripada berlindung di situ semata-mata untuk dapatkan restu dari keluarga. Bila tengok filem nib oleh nampak salah satu lagi bentuk penganiayaan dan penindasan dari pihak berkuasa. Macam mana polis penjaga boleh kaut duit tepi dan makan dengan mewah sedangkan rakyat hidup terseksa depan mata. Nak letak diri dekat tempat mereka yang berada di safe house ni pun tak sanggup sebab keadaan dekat situ terlampau daif. 

Menyesal betul tengok masa makan sebab hampir tersedak gara-gara terkejut punya pasal. Bobby Deol dalam movie ni bukan Bobby Deol dalam Race 3 (2018) ataupun Soldier (1997). Watak Dagar ada masalah psikologi, dia muncul secara tiba-tiba, hidup dalam kegelapan dan kesengsaraan adalah kekuatan dia. Walaupun dah tua tapi tembakan dia tepat di kepala. I must say Dagar adalah watak ngeri yang dia pernah lakonkan dan cemerlang di layar perak. Diiktiraf ataupun tidak, yang pastinya watak Dagar dah buang imej romeo boy yang Bobby pernah pegang suatu ketika dulu. 


Shanker Raman mula tulis skrip Love Hostel pada Oktober 2020 dengan konsep honor killings dalam kepala. Dia memang nak Sanya dan Vikrant pegang watak utama dan mereka berdua melalui lakonan yang mantap sebagai pasangan suami isteri menghidupkan sepertimana yang digambarkan. Vibe movie Love Hostel sama dengan movie NH10 (2010), setiap masa rasa anxious. 

Namun Shanker ambil masa yang lama untuk cari Dagar. Bila dia bagitau Red Chillies Entertainment, diorang suggest nama Bobby. Awalnya dia taknak tapi lepas ada beberapa part yang diubah, Bobby setuju untuk berlakon dalam Love Hostel. Takt ahu part mana yang diubah tapi perubahan tu bagus sebab rasa seram, thriller dan saspen tu wujud untuk watak Dagar. 


Hopefully ramai lagi director nampak bakat besar Bobby dan bagi peluang untuk dia menyerlah. Nasib Bobby sama macam Saif Ali Khan bila dapat peluang untuk bereksperimen dengan bakat lakonan melalui pengarah bagus yang tak pandang jumlah kutipan box office. Kehadiran streaming platform benar-benar bawa peluang yang besar untuk pekerja industri hiburan yang berbakat tapi sering diketepikan dek kerana box office. 

Anyway, my love grows deeper for Bobby Deol and Sanya Malhotra after watching Love Hostel. Red Chillies Entertainment pun makin lama makin kukuhkan kedudukan mereka sebagai produser untuk filem dengan skrip yang bagus. Kudos to the team! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

3 comments

  1. pergh full rating, mesti best ni :)

    ReplyDelete
  2. wah..teruja nak tengok sebab ada abang Bobby. Hehehe

    ReplyDelete
  3. alamak. akak tengok filem ni dan tak faham. tak masuk dengan jiwa. cuma scene tembak2 tu memang ganas, kejam dan terlalu direct kot. bagus lah untuk lari dari streotype filem2 hindustan komersial kan. cuma tu lah. bukan jiwa akan kot. sekali tu je lah tengok.

    ...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.