Pengarah: Lee Jae-hoon
Penulis Skrip: Park Shi-hyun
Syarikat Produksi: MAYS Entertainment, Zium Content
Genre: Romance / Drama
Jumlah Episod: 16 Episod (70 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 16 Disember 2020 – 4 Februari 2021
Trailer:
Ki Seon-gyeom (Im Si-wan) adalah bintang atlet sukan lari 100m untuk pasukan negara Korea Selatan. Dia juga merupakan anak lelaki juga bongsu kepada pelakon wanita terkenal, bapanya pula ahli politik negara. Kakaknya pula bintang sukan golf negara. Semua ahli keluarganya mempunyai pencapaian masing-masing dan sentiasa diawasi oleh bapa mereka supaya sentiasa menjaga imej di mata awam.
Satu hari Seon-gyeom tanpa sengaja bantu Oh Mi-joo (Shin Se-kyung) di sebuah restoran. Pertemuan seterusnya mereka berdua sama-sama terperangkap di balai polis dalam satu insiden. Pertemuan ketiga baru dapat berkenalan secara rasmi di mana Mi-joo adalah seorang penterjemah dan sentiasa menerima tawaran untuk terjemahkan filem-filem tempatan juga luar negara.
Oh Mi-joo dilantik oleh Seo Dan-ah (Sooyoung), ejen kepada Seon-gyeom untuk terjemahkan temu bual atletnya di Pulau Jeju nanti. Sejak dari hari tersebut mereka berdua semakin rapat lalu jatuh cinta.
Hubungan mereka dihalang oleh Assemblyman Ki Jeong-do (Park Young-gyu) kerana dia merancang untuk kahwinkan Seon-gyeom dengan Dan-Ah, anak tunggal perempuan Seomyung Group. Sama seperti Chairman Seomyung Group (Lee Hwang-eui), mereka berdua tidak tahu yang Seo Dan-Ah dah pun jatuh cinta dengan pelukis muda bernama Lee Yeong-hwa (Kang Tae-oh).
Asalnya nak tengok drama Run On arahan Lee Jae-hoon ni sebab nak tengok Kang Tae-oh lepas suka dengan lakonan dia dalam drama The Potato Lab (2024). Tak kisah pun watak dia cuma sampingan sebab memang nak tengok dia. Tak sangka pulak suka dengan skrip drama yang berkisar tentang dunia atlet dan penterjemah.
Sebelum ni tak lah ambil kisah sangat dengan penterjemah, I tahu pekerjaan tu ada sebab golongan ini lah yang akan sediakan sarikata supaya kita boleh menonton dengan selesa. Bila tengok watak Oh Mi-joo ni semakin faham lah macam mana penterjemah bekerja. Betapa meluasnya permintaan dalam industri filem dan sekali sekala dapat juga tawaran untuk terjemah untuk atlet yang sentiasa bergerak ke luar negara atas tuntutan kerja.
Watak Oh Mi-joo ni memang sejenis yang rajin dan semangat untuk pastikan kualiti kerja dia terjaga. Boleh nampak lah beza hasil kerja dia dengan penterjemah yang asal boleh. Pernah je kan kita hadap penterjemah yang malas bila babak dalam filem atau drama berbual dalam bahasa Rusia lepastu penterjemah letak [berbual dalam bahasa Rusia]. Rasa nak tekan pangkah masa tu jugak. Disebabkan Oh Mi-joo lah ada beberapa pelakon tempatan yang berjaya dapat tawaran untuk berlakon di Hollywood atau filem-filem dari negara luar.
Drama Run On ni tak lah fokus sangat dengan kisah cinta walaupun ada dua lead couple tapi pada kehidupan dan perkembangan diri. Sebelum berjumpa dengan Oh Mi-joo, watak Seon-gyeom sentiasa mendiamkan diri dan ikut saja permintaan bapa dia. Seon-gyeom anggap dengan berdiam diri akan selamatkan ahli keluarga yang lain tapi makin lama makin teruk. Dari Mi-joo dia dapat kekuatan untuk bersuara dan melawan.
Why not include your failures as part of the process? It’s also part of your journey to success. – Oh Mi Joo
Progress untuk setiap watak berkembang mungkin perlahan tapi I tak kisah pun sebab memang nak tengok drama yang ada cinta dan tenang. Terima kasih lah muncul di waktu memerlukan. Ada masanya beberapa babak terlihat cliché tapi tak ada masalah pun sebab lakonan dan dialog membantu menghidupkan dunia Run On dengan baik. Boleh kata Im Si-wan ada chemistry dengan semua pelakon like it's so natural for him to deliver his character. Comel bila tengok bonding dia dengan Yook Ji-woo (Cha Hwa-yeon) ataupun Ki Eun-bi (Ryu Sun-young). Muka dia clueless bila E.T dengan Yeong-hwa.
Seronok tengok Shin Se-kyung sebab dia comel, cara dia bercakap pun comel. Pembawakan diri dia sebagai Oh Mi-joo tu comel lah for me. Dia suka overthinking sampai keluar subtitle dekat muka dia tapi personaliti dia tak lari jauh pun dari Seon-gyeom sebab dua-dua suka motivate orang tapi bila masuk bab diri sendiri, acuh tak acuh saja.
Kedua-dua mereka tak mampu berkembang sebagai manusia sebab persekitaran semasa membesar tu tak sihat. Bila masing-masing jadi safe space untuk masing-masing, naturally they grow wiser and healthier. Comel masa Mi-joo peluk Seon-gyeom masa dia menangis dan comel juga bila Seon-gyeom pat kepala Mi-joo bagitahu partner dia did a good job.
Yang I tak suka dalam drama ni perkembangan watak Seo Dan-ah yang kononnya hati keras dan dingin dengan semua orang. Even dengan adik sendiri pun dia layan kasar padahal dia tahu Seo Tae-woong (Choi Jae-hyun) sakit. Tak faham juga kenapa dia tak bagitahu pasal Yeong-hwa dekat Chairman, masa dia minta putus pun tak faham apa konflik yang cuba dimasukkan.
Sub-plot yang masukkan konflik keluarga Dong Kyung (Seo Jae-hee) pun tak perlu sebab tak ada benda tapi nak buat teruk. Konflik Ye-jun pun buang masa sebab tak menambahkan impak pada genre drama pun. Tak rasa kesian pun bila tahu kenapa dia suka asingkan diri dari keluarga dan selesa melepak di rumah Yeong-hwa. Penerimaan Yeong-hwa tu terasa flat sebab dia pun tak ada apa nak cakap bila tahu. Jadi buat apa masukkan? Baik fokus dengan konflik keluarga Seomyung Group.
Memandangkan drama Run On menggunakan latar industri hiburan, ada beberapa babak yang menggunakan reference dari filem-filem terkenal. Yang pastinya I tak faham pun sebab tak tengok pun filem-filem yang featured dalam Run On. Tak lah heavy sangat reference tu tapi kalau kita tahu dan faham, mungkin impak dan feel tu lebih terasa lah.
Music album Run On tak ada yang menarik, dia macam dimasukkan untuk menambahkan mood pada penceritaan. Lagu Run To You – LUCY bersifat light and breezy song, sesuai lah dengan konsep drama Run On. Babak romantik diselitkan lagu romantik balada berjudul Ride or Die – Kei dan Falling dari Yu-ju.
Nevertheless, Run On still a good watch for me.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.6/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.