FENOMENA BAHARU SLOT SAMARINDA | EPISOD AKHIR HILANG DALAM RINDU DIJANGKA CAPAI LEBIH 3.5 JUTA PENONTON!
Fenomena baharu terus menggegarkan slot Samarinda apabila drama bersiri Hilang Dalam Rindu menghampiri detik kemuncaknya. Malam ini, Rabu, 20 Ogos 2024 jam 10.00 malam di TV3, penonton bakal menyaksikan penamat kisah cinta penuh konflik antara Eijaz dan Aira, sebuah perjalanan emosi yang sejak episod pertama telah mencuri perhatian serta menjadi bualan hangat di seluruh Malaysia.
Episod akhir ini dijangka meletup dengan tontonan mencecah lebih 3.5 juta penonton yang setia menantikan kesudahan kisah mereka. Malam kemuncak ini bukan sekadar menutup tirai drama, sebaliknya menjadi detik bersejarah yang mendekatkan jutaan penonton dengan barisan pelakon utama yang telah menemani mereka sepanjang perjalanan kisah ini.
Sepanjang lima minggu tayangan, Hilang Dalam Rindu berjaya mencetuskan fenomena luar biasa melalui jalan cerita penuh emosi yang merangkumi cinta, dendam dan pengorbanan, sekaligus meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. Bukan sahaja trending saban minggu di media sosial, malah drama ini turut meraih pujian kerana setiap episodnya hadir dengan pengakhiran penuh kejutan yang membuatkan penonton terus setia menanti.
Menurut Jazmy Juma, “Perjalanan Eijaz dan Aira penuh dugaan, penuh air mata dan ketidakpercayaan antara satu sama lain atas apa yang mereka lalui, tapi di penghujungnya cinta mereka membuktikan bahawa pengorbanan tidak pernah sia sia. Percayalah Tuhan tetap tahu dan takdirkan yang terbaik untuk kita walaupun kita lalui liku liku hidup yang perih dan menyakitkan. Akhir sekali untuk keseluruhan naskah ini sebenarnya ingin mengetengahkan tentang ‘wang tak selamanya berjaya menutup setiap kesalahan yang telah dilakukan’. Sentiasa jujur kerana akan ada banyak lagi cara lain yang boleh menyelesaikan masalah. Saya harap penonton akan merasai dan terima setiap emosi itu bersama kami dalam episod akhir nanti.”
Penamat cinta Eijaz dan Aira akhirnya tiba ke garisan akhir, jangan ketinggalan untuk menonton episod akhir Hilang Dalam Rindu malam ini di TV3, atau strim secara eksklusif melalui Tonton di www.tonton.com.my serta aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.