Astro Raikan Perpaduan Dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Menerusi Kempen ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’ | Tonton ‘KITA Channel’ (saluran 100), ikuti acara ‘Hello Inilah KITA’, dengarkan ‘KITA FM’ dan banyak lagi!
KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2025 – Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, Astro melancarkan kempen ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’ bermula 15 Ogos sehingga 16 September 2025. Sasaran pelancaran kempen ini adalah untuk meraikan kepelbagaian dan perpaduan yang telah memberikan impak positif dalam masyarakat. Antara inisiatif menarik yang dibawakan menerusi kempen ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’ adalah ‘KITA Channel’ (saluran 100), lagu tema ‘Bangkit Malaysia’ yang dinyanyikan oleh Hael Husaini, acara ‘Hello Inilah KITA’, siaran ‘KITA FM’ dan banyak lagi.
Menurut Tai Kam Leong, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran, Astro, “Kami meneruskan naratif ‘Inilah KITA’ pada tahun ini dengan mengangkat tema ‘Sehati Bersama’, membawakan penceritaan yang mencerminkan perpaduan dalam kepelbagaian. Menerusi ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’, kisah kebersamaan yang ditonjolkan seperti berkongsi juadah makanan, menggunakan ruang komuniti yang sama, dan kerjasama seni kreatif, kami membawakan kepada anda semua momen indah yang selama ini telah menghubungkan kita, dan mengingatkan bahawa walaupun kita hidup dalam perbezaan latar budaya, namun perkongsian momen berharga ini menjadikan semua sebagai satu. Sepanjang berlangsung, kami membawakan semangat ‘Sehati Bersama’ kepada rakyat Malaysia menerusi filem-filem dan drama terbaik di ‘KITA Channel’, mendengar lagu tema ‘Inilah KITA’, turun menyertai acara ‘Hello Inilah KITA’ bagi meraikan bakat tempatan, serta mendengar celoteh DJ kegemaran anda di radio menerusi ‘KITA FM’.”
Sebagai siaran jenama Malaysia, Astro dengan bangga mempersembahkan ‘KITA Channel’ (saluran 100) – saluran khas sempena bulan kebangsaan, menghimpunkan program-program terbaik buatan Malaysia dan pilihan rakyat Malaysia. Bermula 15 Ogos hingga 17 September, saksikan lebih daripada 50 rancangan istimewa merangkumi filem, drama, rancangan realiti, dan dokumentari, yang mengangkat kisah rakyat, semangat patriotisme, serta kejayaan kandungan tempatan yang telah mencorak hiburan negara. Nikmati semua ini di ‘KITA Channel’ (saluran 100), On Demand, sooka dan NJOI.
Bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan, para pelanggan berpeluang untuk menonton tayangan perdana bagi telefilem baru Merdeka di ‘KITA Channel’ (saluran 100), seperti Kita Bukan Data, Mariam Meenachi, Rombengan, Wasiat Ayah, dan Daddy Naik Sheikh, dengan menampilkan barisan pelakon tempatan terkenal seperti Nabila Huda, Faizal Hussein, Que Haidar, Yasmin Hani, MK K-Clique, Andy Teh, Lim Mei Fen, Mandy Choong, Irfan Zaini, Malarvili Shanmugam, Myra Afrina, Eugene Song Yi dan ramai lagi. ‘KITA Channel’ turut membawakan konsert-konsert eksklusif daripada barisan penghibur terkemuka tanah air, seperti Slam X Exist: Our Journey, dan Konsert Hael Husaini & The Repertoire, sebagai penghargaan terhadap bakat dan karya anak Malaysia.
Bersempena sambutan bulan Kemerdekaan tahun ini, Astro membawakan kepada anda ‘Kisah Perpaduan Inilah KITA’ sebagai simbol kepada pelancaran rasmi sambutan Merdeka 2025. Membawakan semangat kebersamaan yang sebenar menerusi 3 dokumentari pendek ini, Astro mengangkat kisah-kisah sebenar masyarakat Malaysia yang mencerminkan perpaduan dalam kepelbagaian dengan mengabdikan setiap dari kisah ini dalam bentuk dokumentari.
‘Kisah Perpaduan Inilah KITA’ kini boleh ditonton di platform YouTube Astro Malaysia mulai 7 Ogos 2025, pada jam 9 malam. Dokumentari tersebut mengisahkan:
Famili Ikat Tepi – Sebuah kopitiam berusia lebih 100 tahun yang menjadi simbol perpaduan, bukan sekadar kerana makanannya, tetapi kerana hubungan erat antara pelanggan pelbagai bangsa dan pemiliknya.
Tempat Letak Harmoni – Di Lutong, Sarawak, Masjid al-Naim dan Gereja The Good Shepherd berkongsi kawasan parkir sebagai simbol keharmonian antara penduduk Muslim dan Kristian. Setiap minggu, mereka bergilir menggunakan ruang parkir sebagai tanda saling menghormati.
Seni Berkawan – Tiga artis tempatan dari latar budaya dan gaya berbeza bergabung dalam satu projek seni yang meraikan perpaduan Malaysia. Mereka berkongsi lebih daripada kanvas dan warna — mereka berkongsi cerita, budaya, dan perspektif.
Rakyat Malaysia turut dijemput untuk hadir bersama-sama meraikan bakat tempatan di acara ‘Hello Inilah KITA’ pada 23 dan 24 Ogos 2025. Acara ini menyatukan rakyat Malaysia melalui kuasa penceritaan, muzik dan budaya. Acara ini menampilkan selebriti pelbagai bangsa antaranya Mira Filzah, Hun Haqeem, Ayda Jebat, Uriah, Nicole Lai, Rubini, dan Sara Baskin sebagai simbol perpaduan dan mencerminkan kepelbagaikan dalam hiburan tempatan di Malaysia.
Buat pendengar setia radio, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti siaran langsung ‘KITA FM’ dari Putrajaya sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2025. Siaran ini menampilkan gabungan penyampai radio popular dari stesen Astro Audio seperti ERA, Sinar, MY FM, HITZ, dan RAAGA, bersama penyampai dari stesen RTM seperti KL FM, Selangor FM, TraXX FM, Ai FM dan Minnal FM. Siaran ini diteruskan dengan jelajah ke 13 negeri oleh semua stesen Astro Audio bermula dari 1 September dan akan berakhir di Pulau Pinang pada 16 September sempena Hari Malaysia dengan bas ‘KITA FM Hop On Hop Off’. ‘KITA FM’ menyasarkan untuk mencipta satu lagi rekod dalam “Malaysia Book of Records” melalui kempen bermakna ini, menjadikannya satu perjalanan yang pasti tidak akan dilupakan.
Bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan meraikan bakat tempatan, rakyat Malaysia bakal disajikan dengan lagu tema ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’. Lagu berjudul ‘Bangkit Malaysia’ ini akan dinyanyikan oleh Hael Husaini dan boleh distrim tidak lama lagi di semua platform kegemaran anda.
Rakyat Malaysia dijemput untuk menyemarakkan lagi perpaduan dengan menyertai ‘KITA Run’ yang akan berlangsung pada 25 Oktober 2025 di Serenia City Central Park, Nilai. Acara inklusif ini menjanjikan hari penuh keseronokan untuk seisi keluarga dengan aktiviti larian sejauh 5KM dan juga 10KM, karnival gerai-gerai yang menarik, dan berhibur di konsert bersama artis-artis terpilih. Maklumat lanjut ‘KITA Run’ akan diumumkan kelak dari semasa ke semasa.
Raikan semangat ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’ dengan Astro sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia ini. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran kempen Inilah KITA sila layari http://www.astro.com.my/InilahKITA
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.