Movie Review | Dear Jo: Almost is Never Enough (2023)

Sunday 28 January 2024


Pengarah: Monty Tiwa, Lakonde
Penulis Skrip: Nataya Bagya, Monty Tiwa
Pelakon : Jourdy Pranata, Anggika Bolsterli, Salshabilla Adriani, Widyawati, Roy Sungkono
Syarikat Produksi:  Multivision Plus
Penyiaran: Multivision Plus, Netflix
Genre: Drama 
Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2023 
Durasi Tayangan: 100 minit
Trailer : 


Mengisahkan pasangan suami isteri, Joshua (Jourdy Pranata) dan Maura (Salshabilla Adriani) yang menetap di Baku, Azerbaijan. Sudah lama mereka berkahwin tapi belum mempunyai anak lalu Maura menyatakan hasrat kepada teman baiknya, Ella (Anggika Bolsterli), untuk tumpang rahim rakannya. Bagi Maura, surrogacy adalah satu-satunya jalan untuk dia mendapatkan anak dan rakan baiknya adalah calon yang tepat kerana sudah lama menjadi balu. Wang yang mereka beri nanti lebih dari cukup untuk tampung kehidupan Ella dan anaknya, Zoey (Azkya Mahira).

Tak ambil masa yang lama juga untuk Ella setuju dengan Cadangan tersebut kerana dia benar-benar perlukan wang untuk bayar yuran sekolah Zoey. Bil-bil yang tertunggak juga perlu segera dilunaskan. Hanya dengan menjadi ibu tumpang saja dia mampu buatkan rakan baiknya bahagia kerana dia tak punya wang untuk beli hadiah ulang tahun. 

Kerana Azerbaijan tidak membenarkan kaedah ibu tumpang lalu Maura, Jo, Ella dan Zoey pergi ke Turki untuk melaksanakan kaedah tersebut. Maura dan Jo plan untuk Ella bersalin di Jakarta, Indonesia. Awalnya Ella melenting kerana dia belum bersedia untuk bertemu dengan ayahnya, Hadi (Mathias Muchus). Tapi setelah dipujuk, Ella bersetuju dengan cadangan Maura. 

Malangnya, ketika dalam perjalanan ke klinik untuk temujanji pertama Ella, Maura mengalami kemalangan lalu meninggal dunia. Kerana patah hati, Jo tinggalkan Baku dan hidup dalam kemurungan. Rakan baiknya, Ben (Roy Sungkono) yang banyak menjaga Jo sehingga lah Ella datang dari Azerbaijan seperti yang dijanjikan sebelum ni. 

Naskhah drama yang berlatarkan negara Azerbaijan mempunyai jalan cerita yang unik dengan menggunakan tema ibu tumpang. Boleh kata topik ni agak taboo untuk masyarakat Indonesia sebab kalau ikutkan agama Islam, kaedah ni haram. Tapi watak-watak yang digunakan dalam filem Dear Jo: Almost Is Never Enough adalah penganut agama Kristian. Terkeliru juga lah bila nenek (Widyawati) bila dia marah Jo tentang surrogate mother. Mungkin Kristian lama tak benarkan juga. 

Filem arahan pengarah duo Monty Tiwa dan Lakonde adalah adaptasi dari novel Almost is Never Enough yang ditulis oleh Sefryana Khairil lalu diterbitkan pada tahun 2015. Pace filem ni agak perlahan sebab menggunakan genre drama tapi tak ada masalah pun kalau pengarah guna tempo yang laju sedikit berbanding yang sedia ada. Ada banyak watak dan sub-plot yang boleh dikembangkan. Dialog juga agak terhad sedangkan banyak momen yang boleh tinggalkan impak dari dialog perbualan antara dua watak.

Watak Zoey agak tersia lah dalam filem Dear Jo: Almost Is Never Enough sebab dia cuma jadi pemerhati dan bukan penggerak Ella sepenuhnya. Kesian juga lah tengok dia termangu kenapa Ella sekejap nak pergi ke Jakarta, sekejap pergi duduk rumah atok, sekejap ajak keluar, sekejap balik ke Azerbaijan. 

Watak Ben pun tak diberikan ruang sangat sedangkan boleh nampak yang dia menaruh perasaan pada Ella tapi sebab dia tahu Jo mula ada hati dengan Ella, watak Ben terus hilang. Kalau ada konflik lebih seronok macam babak Jo datang dua minggu sebelum Ella bersalin tu. Watak Ben ada potential untuk jadi watak yang kuat tapi pengarah sekat. 

Personally, tak suka dengan watak Maura sebab dia agak pentingkan diri. Banyak benda dia buat tak pernah nak bincang dengan Ella. Dia tahu kekurangan Ella jadi dia gunakan benda tu untuk dapatkan apa dia nak. Dekat second half patutnya pengarah tambah lebih banyak babak Ella dan Jo sebab tak nampak dekat mana bermulanya perasaan tu. Rasa terganggu juga lah bila Jo suka dengan Ella sebab kenapa dengan mudah dia buang Maura. Chemistry Jourdy dengan Anggika lebih kuat berbanding Salshabilla jadi cepat lah kita suka tengok pasangan tu bersatu but still tak seronok sebab tak ada momen tu. Kita yang tengok ni dah jadi geng Zoey dah. 

Sinematografi yang memaparkan panorama indah di Azerbaijan antara kekuatan filem Dear Jo: Almost Is Never Enough. Dapat juga tengok budaya masyarakat di sana dari segi pakaian ataupun seni yang dipaparkan. Filem ni merupakan filem Indoensia kedua yang berlatarkan negara tersebut selepas filem Laila & Majnu (2022). 

Novel Dear Jo: Almost Is Never Enough ni ada juga dibikin dalam format series yang akan ditayangkan di VIU tapi tak rasa nak tengok sebab bukan Jourdy Pranata yang berlakon jadi Joshua. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 7.2/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.