Movie Review | Layla Majnun (2021)

Saturday 13 February 2021


Pengarah : Monty Tiwa

Penulis Skrip : Alim Sudio, Monty Tiwa

Pelakon : Acha Septriasa, Reza Rahadian, Baim Wong, Uli Herdinansyah, Beby Tsabina, Dian Nitami, August Melasz

Syarikat Produksi : Netflix  

Pengedar :  Netflix

Genre :  Romantik / Drama

Durasi Tayangan :  119 minit

Tarikh Tayangan : 11 February 2021

Trailer :

Diadaptasi dari kisah legenda hikayat Laila Majnun dari tanah Arab mengenai cinta yang tidak kesampaian hingga Qais bertukar menjadi orang gila dan hidup di gurun, di dalam sebuah gua. Manakala Laila hidup melarat walaupun berkahwin dengan orang berada. Keduanya bersatu di akhirat.

Layla Habashi (Acha Septriasa) seorang guru Bahasa Indonesia di sebuah sekolah di Semarang, Indonesia. Minat dia yang mendalam pada sastera mendorong dia untuk menghasilkan sebuah novel yang diambil dari kisah benar hidup dia sendiri. Dan kerana itu juga, dia dijemput menjadi pensyarah jemputan di Azerbaijan selama 2 minggu. 

Malangnya, Ibnu Salam (Baim Wong) datang membawa pinangan kerana dia mahu seorang isteri yang moden, solehah dan bijak sesuai dengan dirinya sebagai seorang calon ketua daerah. Oleh kerana ibu Layla (Dian Nitami) terhutang budi dengan keluarga Ibnu, Layla terima pinangan tersebut dengan syarat dia masih boleh bekerja selepas menikah dan dia boleh pergi ke Azerbaijan. 

Di sana, dia bertemu dengan pelajarnya Samir Asadzadeh (Reza Rahadian) yang suka dengan karya Laila Majnun hasil penulisan Nizami Ganjavi (1188). Mereka berdua menjadi rapat dan ternyata cinta Samir tak bertepuk sebelah tangan. 

‘…. sudah menemukan penawarnya dan juga penyakitnya. Kau adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku. Namun pada saat yang sama, kau adalah penyakitku. Oh, apa yang dapatku katakana? Kau adalah segalanya bagiku. Kebaikanku, keburukanku. Sakitku dan penyembuhku.’

Sama seperti kisah lagenda, Samir juga lari ke gurun bila dapat tahu Layla akan dinikahkan kepada Ibnu Salam. Nasib dia baik bila Ilham (Uli Herdinansyah) dan Narmina (Beby Tsabina) dapat menjejak melalui GPS dan semangat dia untuk hidup datang balik bila Layla kirimkan barang paling berharga dalam hidup dia. 

Kekuatan filem Layla Majnun arahan dan penulisan Monty Tiwa ni bukan pada kisah cintanya tapi pada sejarah Jawa dan juga sejarah serta ketamadunan masyarakat penduduk di negara Azerbaijan. Banyak lokasi pelancongan dan monumen bersejarah diselitkan di dalam movie ni membuatkan kita terpukau lantas terlupa dengan kisah Samir dan Layla. Mungkin juga sebab kita dah terbiasa sangat dengan filem adaptasi Laila dan Majnun. 

Kekuatan kedua haruslah Reza Rahadian, I mean semua orang pun tahu kenapa Netflix berani ambil risiko untuk terbitkan filem dengan skrip yang agak lemah dan pace yang sangat perlahan. Chemistry Reza dengan Acha juga nampak canggung dalam sesetengah scene sampai tertanya Layla jatuh cinta dengan Samir sebab budi atau betul jatuh cinta? Karakter Ibnu Salam juga nampak dibunuh dengan kejam oleh penulis bila berubah drastik di saat akhir untuk kuatkan lagi percintaan Samir dan Layla. 

Scene ke gurun dengan scene menari tu tak perlu masuk pun lebih baik. Sama juga scene Samir tunggu Layla di Menara Perawan atau jambatan, kan lebih mudah kalau guna Whatsapp bagitahu plan cancel? Agak kelakar bila Samir hantar lagu cinta Azerbaijan di Whatsapp tapi Layla bertanyakan maksudnya kepada orang lain. Google Translate? 

‘Saya mahu minta tolong terjemahkan lagu ini’

‘Samir sungguh-sunguh cintakanmu Layla.’

Cringe. 

Hilang rasa romantik bila keluar dialog macam tu. Better kalau dia terjemahkan betul-betul dari lirik yang puitis ditambah dengan backstory yang cantik. Deliver the drama please. I was expecting more from Netflix especially after Imtiaz Ali has come up with his version of Laila Majnu (2018) but turns out they're just mehhh. 

Twist dekat ending tu nampak menarik tapi bukan itu yang diimpikan pada bulan cinta ni ya.  

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.6/10

6 comments

  1. Baru lepas tengok cerita ni. Markah bonus mungkin sebab scenery yang ditunjukkan dalam filem ni. :)

    ReplyDelete
  2. tak tengok lagi tapi kawan yang dah tengok semua dok cerita dorang nangis? hahahha idk la nak tengok ke tak

    ReplyDelete
  3. semalam nak tengok cerita ni tapi tak sempat lagi nak tengok hehe

    ReplyDelete
  4. i stress tengok citer macam ni lagi-lagi bila part ibnu salam berubah drastik kat hujung tu. adoi.. skrip pun tak membantu sgt. .

    ReplyDelete
  5. adik i baru habis tgk cita ni, dia suh i tgk jgkkk... tggu timing :)

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan Farhana.. filem ini best sebab pemandangan cantik dan Reza.. hahaha..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.