Friday, 12 February 2021

55 Best Blogs You Need To Follow in 2021

Dari tahun 2009 bermulanya kehidupan sebagai seorang blogger, create blog dan padam kemudian create balik dan mula fokus dengan niche entertainment. Bagi yang masih belum tahu kewujudan blogger, sedikit definisi mengenai blogger iaitu individu yang menggunakan platform blog atau website untuk ekspresikan karya atau catatan harian. 

Tapi semakin moden dan pengaruh besar teknologi dalam kehidupan seharian, blog digunakan sebagai medium untuk perkongsian info dan maklumat juga dari pelbagai jenis bidang yang ada dan juga digunakan untuk kebanyakan peniaga untuk menarik minat prospek klien. 

Dalam entry kali ni nak senaraikan 55 top blogger malaysia yang perlu you guys follow sebab kebanyakannya masih aktif dan berkongsi pelbagai info melalui perspektif kehidupan masing-masing. Senarai blog ni akan disusun mengikut net value yang diukur menggunakan Worth Of Web

1. Kisah Si Dairy ($22,712)

Blogger dari Pasir Gudang, Johor ni merupakan ibu kepada 2 orang anak perempuan dan salah seorang blogger malaysia terkenal. Bermula pada tahun 2010 untuk berkongsi cerita tentang kekeluargaan, kecantikan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi. Menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan yang paling disukai.

2. Lin Md Noor ($18,375)

Blogger sepenuh masa yang berasal dari Johor sudah lama berkecimpung dalam dunia penulisan sejak tahun 2008 lagi. Menggunakan medium Blogger untuk niche Lifestyle, Travel, Food, Health, Media dan juga Tourism di Pasir Gudang atau Johor Bahru dan sekitarnya. Nak tengok keindahan Johor, boleh tengok di blog Sis Lin. 

3. Sis Awa ($17,384)


Tak terkejut lah kalau blog Sis Awa dengan niche lifestyle, parenting dan ilmu blogging ni duduk di tangga top 3 sebab beliau adalah Founder Biters Media Consultant dan antara blog paling banyak dikunjungi sejak tahun 2017. Merupakan ibu kepada 6 orang anak bukan penghalang untuk fokus jana income Adsense dari blog dengan menggunakan skill SEO. 

4. Sunah Sakura ($11,527)

Blogger Sarawak yang menetap di Skudai, Johor ini menggunakan niche Lifestyle sebagai medium untuk berkongsi tentang personal, makanan, travel, media event, entertainment, hotel, ilmu agama dan banyak lagi. Bergerak aktif di bawah persatuan JDT Blogger untuk menceritakan keindahan dan tarikan menarik di negeri Johor. 

5. Azhafizah ($10,572)

Blogger dari Johor ni telah menceburi dunia blogging sejak bulan November 2009 dan aktif berkongsi tentang resepi mudah, tanaman, dekorasi rumah, drama dan movie, muzik, tempat-tempat menarik, isu semasa, tips & tutorial blog dan banyak lagi. Bonus kalau follow blog ni akan dapat ilmu tentang apps foografi dan edit blog. 

6. CXopportunities ($5,523)


Chaza Xiaojie mula menulis dari Jun 2011 dengan niche lifestyle, parenting mommy yang suka dan mahu bekerja dari rumah sambil membesarkan serta mendidik sendiri anak mengaji membaca.Suka berkongsi pengalaman dan review tentang sesuatu secara jujur dan ikhlas. Niat utama blogging adalah untuk bagi peluang kepada dirinya sendiri dan orang lain supaya sama-sama dapat menambah ilmu walau dimana jua tak kira siapa dan usia.

7. Sii Nurul ($5,214)


Blogger Sabahan sepenuh masa yang suka berkongsi tentang kerjaya sebagai blogger. Menulis pelbagai infomasi seperti kerjaya, tips serta panduan, dan pengalaman blogging. Selain daripada suka berkongsi tentang psikologi kanak-kanak berdasarkan peljaran dan pengalaman dia selepas grad dalam Bachelors Degree In Child & Family Psychology, University Malaysia Sabah (UMS), Sii Nurul juga menyediakan servis edit blog bagi yang memerlukan. 

8. Adianiez ($2,683)


Blogger Adianiez antara blogger yang bekerja, merupakan ibu kepada 3 orang anak tapi aktif dalam dunia blogging. Berkongsi tentang aktiviti keluarga, kisah anak-anak bertiga, resepi dan menu harian, dekorasi rumah dan berkebun. Sesekali berkongsi tentang percutian, tempat menarik dan tempat makan yang best.

9. Ruby ($2,467)


Mula berblog sejak tahun 2003 dan pernah menang MSMW Best Lifestyle Blog pada tahun 2016 kerana niche blognya yang sarat dengan perkongsian tentang automotif, hiburan, keluarga, kesihatan, travel, parenting, resipi, rumah dan juga jurnal personal sebagai seorang ibu, micro-influencers dan ejen Norwex. 

10. Tiara Sapphire ($2,298)


Menggunakan nama pena sebagai nama blog, Tiara seorang pembaca setia novel melayu dan juga gemar menonton drama- drama Asia seperti Thailand, China dan Korea. Di bawah niche Entertainment, Tiara menulis review untuk semua drama atau movie tontonannya. 

11. Farhana Jafri ($2,298)


Berkecimpung dalam dunia blogger sejak tahun 2009 kerana minat dalam bidang penulisan juga hiburan. Menggunakan niche Entertainment untuk terus aktif sebagai part-time blogger dengan  berkongsi Movie/Drama/Telemovie/Lagu review terutamanya dalam industri Bollywood. Pernah menulis untuk iflix dan KRU Music. Selain itu juga berkongsi tentang personal, lifestyle, fashion, tips dan tutorial. 

12. Nadia Johari ($2,298)


Blog Nadia Johari dicipta sejak tahun 2011 untuk blogger Nadia dari Selangor berkongsi tentang jurnal hariannya, parenting, resipi, perkakas elektrik yang memudahkan kerja-kerja seorang ibu dan juga sebagai suri rumah, travel dan tempat-tempat yang menarik sekitar Selangor dan juga Kuala Lumpur. 

13. Zaza Azman ($2,195)


Kerana cinta pada makanan, Zaza Azman ekspresikan rasa cinta kBlog Lifestyle, Food, Beauty and Parenting. Lebih selesa dengan Bahasa Inggeris utk berblog. Suka review makanan, tempat-tempat best, barang2 kecantikan. Full Time housewife / part time blogger. 

14. Abam Kie ($2,172)



Menggunakan niche personal dan lifestyle, Abam Kie, blogger dari Kelantan ni berkongsi tentang pengalaman mengajar subjek Bahasa Inggeris di sekolah menengah. Ada kalanya Abam Kie berkongsi tentang isu semasa, ilmu agama dan port best di negeri Kelantan. Kalau tengok label Nostalgia, banyak yang Abam Kie kongsikan tentang suasana zaman 70-an, 80-an dan 90-an di Malaysia. 

15. Annur Syuhadah ($2,021)


Perkongsian pengalaman, tips dan trik hidup sebagai pasangan suami isteri jarak jauh, dan membesarkan 3 orang anak sendirian sejak dari mula. Perkongsian paling hangat sambutannya sejak menceburi bidang blogging adalah mengenai sejarah membesarkan bayi pramatang, masalah penyusuan dan perancangan keluarga.

16. Mamapipie ($1,985)


13 tahun dalam dunia blogging, Mamapipie berkongsi tentang jurnal hariannya di blog peribadi selepas mendapat inspirasi dari blog dengan niche parenting. Selain berkongsi perihal anak bujangnya, Mamapipie juga sentiasa aktif berkongsi tentang isu-isu semasa, makanan, tempat pelancongan, resipi masakan dan banyak lagi. 

17. Naim Abdullah ($1,848)


Blog peribadi yang ditubuhkan sejak Januari 2009 merupakan medium untuk blogger Naim dari Kedah ini berkongsi curahan idea, penjelasan dalam lirik sesebuah lagu nasyid dan info juga ilmu mengenai agama Islam bersama pembaca. 

18. Miss Banu ($1,756$)


Blog Miss Banu merupakan sebuah blog peribadi yang dihasilkan secara individu pada September 2009 dan menjadi medium untuk berkongsi tentang movie atau drama review baik filem tempatan ataupun filem luar negara seperti Korea ataupun Bollywood. Selain itu juga graduan dari Universiti Malaya ini sering berkongsi tentang kumpulan duo pelawak terkenal tanah air - JoZan. 

19. Bella Jamal ($1,670)


Bermula dari tahun 2016, blog Bella Jamal merupakan medium untuk review dari pelbagai aspek dan variety juga berkongsi tentang makanan, homecook recipes, binatang peliharaan dan travel. Blogger Bella Jamal mempunyai banyak jenis kucing yang dipelihara sendiri jadi banyak pengalaman dan info tentang kucing boleh jumpa dekat sini.

20. Aienieka ($1,493)


Blogger yang menggunakan nama pena sebagai nama blog ni berasal dari Sarawak dan menetap di Pekan Nenas, Pontian, Johor. Menggunakan niche personal, blog Aienieka adalah medium untuk mencurah perasaan, berkongsi kehidupan dan bercerita tentang apa jua yang dilihat, dialami dan dibaca oleh si penulis sendiri. 

21. Marina Bashah ($1,434)


Ibu kepada 3 orang anak dara dan bekerja sebagai Planning Engineer di Sewerage Company. Mula berblog pada tahun 2010 tapi on off on off. Blog lama pon dah delete. Bergiat aktif balik pada tahun 2019 dengan blog yang baru dan masih belajar mempraktikkan menulis blog dengan skill SEO. Suka sharing tentang travel, hotel dan tempat makan ataupun tentang parenting dengan kisah pembelajaran anak-anak.
 
22. Kasihku Amani ($1,371)



Bertugas sebagai Pembantu Pustakawan dan menjadi ibu kepada dua puteri bukan penghalang kepada blogger Perak ni untuk menjadi blogger separuh masa. Terkenal dengan cintanya pada buku dan featured dalam beberapa buah novel online, blog Kasihku Amani menjadi jurnal tentang personal, parenting, book review, food hunting, resipi dan juga movie/drama review. 

23. Azlinda Alin ($1,360)

Bermula dari tahun 2012, sis Azlinda banyak kongsikan pengalaman mengenai travel, food, personal, beauty dan banyak lagi di personal blog dia. Blog Bicara Mummy merupakan Top 20 Parenting Blogger dan tersenarai dalam Top Producer AIA FM Group untuk tahun 2020. 

24. Syazni Rahim ($1,295)

Blogger Syazni Rahim merupakan salah seorang penulis novel dan di ruangan Karya Ku terdapat banyak cerpen-cerpen fiksyen hasil karya dia yang dikongsikan untuk peminat cerpen dan juga pembaca. Menerusi blog juga Syazni Rahim berkongsi tentang jurnal keluarga, isu-isu semasa dan fakta-fakta sains yang menarik. 

25. Shikin Razali ($1,216)

Blogger Shikin Razali merupakan seorang Pembantu Pustakawan, seorang perawat urut terapi buang angin bagi wanita. Jadi pengalaman dan pengetahuan yang ada diceritakan dan dikongsi bersama pembaca. Blogger yang menetap di Perak ini juga berkongsi tentang movie, isu semasa dan novel melalui perspektif personalnya.  

26. Suzlin Nordin ($1,133)

Blog #CeritaMak dijadikan medium untuk blogger JDT ini berkongsi mengenai parenting, resipi, entertainment, kesihatan, travel, makanan, isu semasa, review, event dan banyak lagi topik di bawah niche Lifestyle sejak September 2011. 

27. Bonde Zalifah ($1,083)


Dikenali dengan seorang yang ceria, peramah dan suka berkunjung ke blog lain, Bonde Zalifah mula berblog sejak tahun 2010. Blog mengenai lifestyle travel, resepi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan produk kesihatan, review hotel, review restoran ada juga kongsikan tentang pengalaman sendiri.

28. Atie Zieya ($1,065)

Blogger Atie yang tinggal di Penang antara blogger yang aktif sejak Jun 2009. Minat dia pada anime dan movie/series dicoretkan dalam blog personal dengan niche Entertainment dan juga Lifestyle. Blogger Atie juga berkongsi tentang keindahan dan kebudayaan negara Jepun sejak pergi ke konsert di sana. 

29. Fadzi Razak ($1,007)

Blogger Fadzi Razak merupakan blogger Malaysia-Australia yang fokus dengan content writing, product photoshoot, produk/servis review dan juga ghostwriting selain dari blogging. Blog Malaysian Family Lifestyle termasuk tentang kekeluargaan, parenting, resipi, travel, organization, how to, tips dan review. 

30. Abang Rock ($993)

Bro Qamar Arif merupakan part-time blogger juga freelance writer sejak tahun 2017. Blog Abang Rock adalah blog lifestyle dari pandangan seorang lelaki dan suami. Berkongsi kisah semasa dan panduan tentang kehidupan, gaya hidup lelaki, perhubungan dan perkara yang berkaitan dengan Islam.

31.Ika Shoid ($867)

Blog Jari Jemari Menari merupakan blog dengan niche berkisarkan novel review dan juga lifestyle sejak tahun 2014. Setiap bulan Ika akan berkongsi jumlah buku dan novel yang dibaca dan kebanyakannya adalah karya-karya tempatan. Ika juga berkongsi review tentang movie dan drama Melayu, Hindi ataupun Korea. 

32. Fadima Mooneira ($827)


Jarang nak jumpa blogger yang mengabdikan karya-karya ilustrasi di blog personal dia kan? Haa dekat sini memang penuh dengan content yang menarik dan berwarna-warni untuk tatapan pembaca. Blogger Fadima adalah graduan Sarjana dalam International Fashion Marketing di Manchester Metropolitan University dan pernah menjadi penulis untuk 3 buah novel hasil kolaborasi bersama penulis-penulis berbakat yang lain. 

33. Alia Farhan ($809)

Blogger Alia merupakan suri rumah sepenuh masa dan blogger aktif sejak tahun 2008. Blog dengan niche lifestyle ni banyak berkongsi tentang personal, parenting tips, travel, home deco dan juga food hunting di Penang. Berkongsi juga tentang beauty melalui Butterfly Project Malaysia. 

34. Norhidana Miswan ($725)


Blog peribadi Dana yang ditubuhkan sejak tahun 2010 sentiasa dihiasi dengan jurnal harian dan perkongsian mengenai resipi masakan, gardening sama ada pokok bunga ataupun pelbagai jenis sayuran yang ditanam di halaman rumahnya, parenting dan juga teknik-teknik sulaman manik. 

35. Yaya Azura ($680)


Blogger Terengganu yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak dah berkecimpung dalam penulisan jurnal peribadi sejak tahun 2010. Blog Yaya Azura menggunakan niche lifestyle, parenting dan personal. Banyak berkongsi pelbagai tips dan resepi masakan. Part time blogger yang menjadikan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan. 

36. Mrs Pip ($527)

Sabahan Mommy Blogger yang menulis tentang personal dan parenting blog, product review, KDrama, dan resepi ringkas di blognya. Banyak sangat tips yang boleh kita belajar dekat blog Mrs Pip sebab dia bekas engineer yang luangkan sepenuh masa untuk menjaga 3 orang anak teruna yang comel. Menariknya tentang personal blog Mrs Pip ni bila ada diceritakan suasana interracial and interreligion dalam sesebuah keluarga. 

37. Messarah ($444)

Seorang beauty blogger, peminat tegar local skincare (#supportlocal) berumur 20an yang suka menulis tentang skincare tips (beauty), banyak menghabiskan masanya di Twitter, gemar menonton Netflix dan anime, dan adakala berkongsi hasil lukisannya di instagram @/saraewyd.

38. Noormaizan ($157)


Blogger yang berkhidmat di Kulim ini merupakan graduan lepasan degree biomolekular sains di UiTM Shah Alam dan bekerja sebagai seorang guru. Menggunakan niche Personal, blogger Mai berkongsi tentang kehidupan harian dan juga ilmu biomolekular sainsa dan juga tentang kerjayanya di blog. 

39. Hawa Hassan ($146)


Blogger dari Pantai Timur Terengganu ni menggunakan blog untuk berkongsi lifestyle di mana sarat dengan perkongsian tentang 'home organizing', projek DIY, laman, resipi mudah serta pelbagai tips dan panduan jana income dari rumah. Hawa merupakan graduan dalam bidang Bioteknologi Makanan yang kurang pandai berkata-kata lalu diterjemahkan pengetahuan dan pengalaman dia dalam bentuk tulisan.

40. SiqahIqa ($133)

Blog  peribadi yang ditulis berdasarkan minat, suka, dan segalanya ini bermula sejak September 2016. SiqahIqa suka berkongsi apa saja yang diketahuinya. Selain itu, blog ini juga banyak mempunyai review mengenai buku, filem, drama Korea, makanan dan juga topik-topik lain seperti photography, tips blogging, travelogue, dan fashion.

41. Azian Khalil ($133)


Blog Azian Khalil dijadikan sebagai platform perkongsiannya mengenai pelbagai perkara, termasuklah isu semasa, kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu, bisnes yang dilakukan dan pelbagai lagi. Kadang anda akan menjumpai perkongsian mengenai resepi, sedikit review mengenai produk dan barangan yang dibeli, kisah percutian dan lain-lain.

42. Suraya ($128)


Mula berblog sejak tahun 2017, Suraya berkongsi personal review tentang novel Melayu especially karya penulisan Sara Aisha, movie, drama dan series Korea kepada pembaca. 

43. Sue Sopian ($127)

Di bawah niche Personal dan Lifestyle, blogger Sue Sopian berkongsi tentang makanan, produk, event, travel, parenting, personal. Sebagai micro-influencer, blogger Sue juga aktif buat review dan advertorial dari syarikat berjenama besar. 

44. Fuzy Rahamah Hamid ($102)


Mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam dunia blogging, Blog IAmFuzy merupakan personal lifestyle blog yang berkongsi tentang pelbagai cerita pengalaman diri, kekeluargaan, perjalanan hidup secara rawak, travelogue posts, resipi masakan kegemaran, books, some tips, reviews dan juga beberapa advertorial untuk produk yang disukai. 

45. Ardini Humaira ($98)


Blog Ardini Humaira menggunakan niche lifestyle, beauty, personal, tips, parenting, review dan juga masakan. Blog ni pernah tampil dalam Kisah 1 Keluarga 1 Kerjaya - Ruangan Mingguan Wanita Edisi Bumper Raya 2012. 

46. Eyqa Hasnan ($98)


Blog Eyqa Hasnan menggunakan nama sendiri dengan niche lifestyle, tips dan personal. Berkeyakinan dalam pelbagai bentuk untuk membina networking bersama.

47. Norhana (N/A)

Ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger di rumah. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Menggunakan pengalaman dan skills sebagai Young Living Distributor, Blog Hana menjadi medium untuk berkongsi juga mengenai pengalaman sendiri menggunakan natural remedies untuk wellness anak-anak.

48. Sharina (N/A)

Blogger Sharina dari Sabah merupakan ibu kepada sepasang anak, Edan dan Eshal. Bermula sejak tahun 2010, Blog Opzzpinky yang dahulunya adalah blog tempat meluah, sekarang bertukar menjadi tempat mengaut rezeki dengan niche lifesytle di mana berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips. 

49. Zati Salim (N/A)


Bermula sejak tahun 2010, blogger Perak,  Zati Salim berkongsi tentang lifestyle, isu semasa, tips, resepi dan tutorial blog. 

50. Syiera Firdaus (N/A)

Blogger dari Kedah dengan kelulusan Sarjana dalam Marketing menggunakan medium blog untuk advertorial dan berkongsi tentang lifestyle, beauty juga parenting tips. Sebagai micro influencer, Syiera juga selalu update isu-isu semasa dalam blognya. 

51. Bie Mohd (N/A)

Blog Cik Bie dah menjengah 14 tahun lamanya. Menjadi inspirasi untuk ibu bekerjaya yang menjadi wanita sibuk dalam karier dan bisnes tetapi bijak mengatur masa untuk hobi DIY, kerja kreatif dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga. 

52. Nurul Aleya (N/A)


Baru sahaja berjinak dalam duni blogger sejak Mac 2020, blog apakatamommy berkongsi tentang tips parenting, pengalaman breastfeeding, tips menyusukan anak sehingga 2 tahun dan resepi menggunakan air fryer.

53. Dakwat Pena (N/A)


Semenjak hal-hal syarie makin rancak dibicarakan sejak tahun lepas, blogger Dakwat Pena cipta satu medium khusus untuk dia berkongsi tentang peosidur perundangan syariah di Malaysia. Banyak sangat ilmu dan pengalaman yang dikongsikan walaupun masih lagi baru. 

54. Wan Rokiah (Wawa) (N/A)


Blog yang bertemakan lavender ni merupakan blog lifestyle yang berkongsi tentang pengalaman hidup dan juga parenting tips dan resipi untuk para pembaca. 

55. Fariha Jafri (N/A)


Mula menapak ke dunia blog sejak Julai 2020 dan aktif berkongsi tentang movie, drama/series English, China, Thailand ataupun Korea, novel karya-karya tempatan, lirik lagu dari penyanyi tempatan dan penyanyi negara luar, info tentang dunia filem dan banyak lagi di bawah niche Entertainment.  

Mungkin ada sesetengah blog yang masih lagi baru tapi bukan bermaksud content yang dikongsikan tidak semampan content barisan blogger terkenal malaysia. Mungkin bulan depan atau seterusnya, net value naik mendadak kerana perkongsian mereka. Tuah manusia, siapa tahu kan? Happy holiday everyone! 

34 comments:

  1. wahh got listed too..ahh kerdilnyaa. Thanks Pana

    ReplyDelete
  2. Oh ada value juga ye hehe.. Tq Farhana 🥰

    ReplyDelete
  3. Uish!! Blig kita pun ada.. TQ Farhana..
    Nanti nak jenguk satu, satu..
    Terbaiklah Farhana buat entry camnie.. 😘😘

    ReplyDelete
  4. Eh dah lama tinggal blog masih tersenarai.. Alhamdulillah, kena daki balik slow2 ni..thanks Pana. Blog Pana pun kita selalu baca especially tgk cari movie bollywood review, tapi jarang komen. Heee...

    ReplyDelete
  5. Huuuuu tersenarai juga ke. Terasa kerdil sekerdil kerdilnyaaaa. thanks fanaaa for this one :) laff you

    ReplyDelete
  6. Terbaiklah pana. Tak tahu pun syu sebelum ni tapak blog rupanya ada nilai.

    ReplyDelete
  7. Hihi akak tersenarai jugak yea... Tapi ada kesilapan fakta kat situ, first akak bukan isteri kepada abang bomba, sebaliknya akak kerja dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, second, akak berasal dari Terengganu, Perak tue negeri asal hubby akak.. hihihi

    ReplyDelete
  8. terbaik semua!..boleh start blogwalking hehee :)

    ReplyDelete
  9. wow..hebat2 semua..kita suam2 kuku jer..:)

    ReplyDelete
  10. bagus ada list. hebat semua blogger tempatan kita. boleh jejak satu-satu baca isi masa lapang 😁

    ReplyDelete
  11. Blog kak yan masuk list...OMG..OMG...TQ pana

    ReplyDelete
  12. terbaiklah entry kali ni. terima kasih ye selitkan sekali my blog :D

    ReplyDelete
  13. Wahhh terbaik ada list ni.. masih banyak yang Cik TK tak kenal. boleh singgah satu-satu ni..

    ReplyDelete
  14. Whoaa.. Thanks bagi list.. mostly dalam list di atas, sy pernah jejak dan ada antara mereka mempunyai penulisan yang mantap..ada yang santai..best baca... saya akuinya... Hehe..

    ReplyDelete
  15. Wowwww eh tak sangka ada jugak blog akak.. tq farhana

    ReplyDelete
  16. Wah, first time nampak post macam ni. Memang terbaik.

    ReplyDelete
  17. tahniah yang tersenarai.. semua blog tu hebat2.. kita walaupun dah lama buat blog suam2 kuku

    ReplyDelete
  18. cant believe that i am listed !! thank you so much :)

    ReplyDelete
  19. Ya Allah tak sangka tersenarai dalam 55 list ni.. makaseh Farhana..
    Thanks juga sebab rajin blogwalking dan komen..

    ReplyDelete
  20. Hi Farhana. Pertama kali kerana masukkan blog Naim. hehe. Semoga terus sukses di dalam dunia blogging dan tahniah kepada semua di dalam senarai di atas. Hampa memang terbaik :)

    ReplyDelete
  21. Ramai juga blogger2 Malaysia ni ya..

    ReplyDelete
  22. Ada yang memang selalu terjah tapi masi banyak lg yg belum. Bookmark dlu nti terjah blog mereka 😊

    ReplyDelete
  23. Tahniah untuk yang tersenarai..

    ReplyDelete
  24. ok sudah terjah tapi No.52 Nurul Aleya tu link nya salah la dear hehe so untuk satu blog tu x dpt terjah lagi..google x jumpa pula huhu

    ReplyDelete
  25. Thanks a lot Pana..Tak sangka tersenarai. Congratz juga buat mereka yang lain. Aien tertarik dgn nk 55 tu. hahah yours sibling ke?

    ReplyDelete
  26. Fariha Jafri tu adik beradik Fana ke??? heheheh..

    thank you sayangggg untuk senarai ni 💕

    ReplyDelete
  27. Wah ramai tersenarai ni....tahniah semua

    ReplyDelete
  28. wahhh tersenarai jugaklah blog kita rupanya! thank you~

    ReplyDelete
  29. terima kasih atas perkongsian, baru hari ini tahu ada worth of web!!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!