Blog Performance Januari 2021

Kes covid-19 dah mencecah sampai 5000 kes positif tiga hari berturut dah. Tak mustahil lah boleh mencecah 8000 kes sementara nak tunggu vaksin ni. Itu pun entah bila boleh dapat kalau golongan yang bukan keutamaan ni. For now just pergi kerja dan stay dekat rumah masa weekend. Keluar beli barang pun tak lama. Dah la harga barang makin mahal. Petanda kena puasa mungkin. 

Back to track, performance bulan Januari menaik sebab bulan Disember dah pulun update entry dan blogwalking. Soooo glad for that sebab penyakit M tak menjelma di kala perlu update entry haha

1. PV


Bulan ni PV mencecah 32, 100 which is naik 2,000 views compared to December 2020. Kalau tengok dekat graf tu ada satu hari kemain mencanak sampai ke 2,019 lepastu jatuh balik macam biasa. Haa tu gara-gara drama Flower Of Evil masuk dalam Netflix. Makanya beruntung la siapa yang buat review untuk movie atau drama dalam Netflix sebab audience ramai. 

As for now I try stick dengan movie Bollywood lah sebab dah nampak review movie-movie lama Hindustan dah start naik views dia. Rasanya macam dah lama tak layan movie Hollywood sangat sebab personally I rasa macam template Hollywood dah hambar. Lagipun views untuk movie review English bukannya ada sangat pun except for superheroes movies. Ni blog I lah, kalau orang lain mungkin tinggi la kot. 

Anyway, bulan lepas I target nak cecah 1,055,000 views but good news, mencecah 1,060,000 untuk bulan Januari. Since Februari ada 28 hari je, so nak target 1,090,000. 

2. Posts 


Tadi I kata movie review Hollywood tak ada views sangat kan, well except for The Disaster Artist lah sebab entah kenapa yang ni macam pelik sikit. Bukan organic views pun, yang datang just nak drop link streaming website diorang je. Post yang sama je macam bulan lepas except for Pengantin 100 Hari tu. 

3. Keywords 


Keywords bulan Januari berbeza dengan Disember dan kebanyakannya keywords baru. Kalau tengok daily keywords pun banyak yang berubah-ubah 





Ada jugak nampak keywords movie-movie Hindustan yang ada dekat Netflix. Sementara Netflix tak ada review and star rating system, boleh enjoy la gain benefits orang cari review sebelum tengok movie dekat OTT platform. Macam keyword Hindustan cerita perempuan nak jadi pilot tu movie Gunjan Saxena keluaran Netflix. 

4. Audience


Masa bulan Disember nampak audience dari Indonesia dah hampir nak keluar carta tapi bulan Januari naik dua anak tangga. Adakah sebab review My Lecturer, My Husband ataupun sebab banyak review movie-movie Indonesia? Audience dari negara India pun dah masuk balik sebab dah update banyak movie Hindustan balik. Yeayyy! 

5. Bilangan Entri
Sepatutnya boleh cecah 70 entri tapi nak muntah pulak buat rutin tengok movie pastu buat review. Satu hari 3 movie, kalau hari kerja dapat satu movie dengan satu review. Sekarang ni buat review movie-movie Hindi yang best supaya tak malas nak update haha

Untuk Februari hopefully boleh update sampai cecah 60 entry jugak lagipun banyak sangat pending post. CNY nanti kena pulun lah walaupun nak muntah. Makin banyak entry, makin tinggi views. Hasil dia tak nampak hari ni tapi nannnnnti so yuppp let's do it! 


10 comments

  1. Tahniah Farhana.. keep writing ya..

    ReplyDelete
  2. Tahniah, Kak Farhana. Semoga target untuk bulan Feb tercapai.

    ReplyDelete
  3. wow tahniah farhana.. mama pun rasa hollywood dah hambar. boring dah tgk cite hollywood

    ReplyDelete
  4. teruskan usaha, semoga capai target untuk bulan ni :)

    ReplyDelete
  5. Adoi.. Ohsemlah Farhana.. Kak Sha dah tak buat entry performance ini.. Nak kena rajin macam Farhana juga nie..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.