Sembang Office | Telefon

Setahun lebih kerja dekat sini macam-macam hal melayan call dari client, orang luar ataupun sesiapa yang berkenaan lah. Kadang tu boleh jadi moody jawab call nak pulak masa tengah busy dengan kerja ataupun masa lunch hour. Pelik jugak kenapa ada yang nak marah kalau bagitahu tak ada lawyer dekat office sebab lunch hour padahal dah sedia maklum kan waktu orang keluar makan?

Anyway entry ni untuk kompilasi panggilan telefon yang buat I speechless. Ni yang mana I ingat lah, yang tak ingat tu dulu sembang jadi bahan dengan kawan office je. 

#1

C : Hello, boleh saya bercakap dengan En. Hazieq?

M : En. Hazieq dekat RRM HQ. Saya bagi no telefon HQ ye

C : Saya dah call dah personal number dia tapi dia tak angkat. Boleh tak pass call ni ke HQ?

M : ........... Maaf ye encik, yang encik call ni dekat Petaling Jaya. En. Hazieq dekat HQ, Setapak. 

Mungkin dia ingat ni hotline agaknya boleh pass call kepada semua cawangan T.T

***********************************

M : Hello, Ram Reza Muhammad, selamat pagi

C : burraapppppghhhhhhh

M : .......................

C : HAHAHAHAHA sorry tadi saya sendawa HAHAHAHA

T.T

**************************************

Pernah sekali tu nak call customer sebab nak sahkan alamat rumah dia untuk hantar S&P Agreement tapi lain pulak yang jadi

M : Hello Puan XXXX, saya dari Tetuan Ram Reza & Muhammad nak buat pengesahan alamat

C : Oh maaf, puan tengah mandi. Ni siapa?

M : Saya dari pejabat peguam nak buat pengesahan alamat

C : Sekejap! Jangan letak telefon!! Saya panggil puan

..............

C : *menjerit dari jauh* puannnn! Ada orang call!

P : Siapa?

C : Lawyer!!

P : Hah lawyer?!! Cakap saya takde!!

*end call*


Tak tahu lah apa sejarah hitam dia dengan lawyer sampai dia cuak sampai macam tu sekali. Hopefully dia dah receive agreement dia sebab I ganti orang je masa tu. 

Well that's all for now, ciao!

7 comments

  1. Begitulah kalau kita berurusan dengan orang. Bermacam ragamnya :)

    ReplyDelete
  2. yg last tu lawak... like takut betul tu

    ReplyDelete
  3. macam2 perangai manusia ni. sabar je lah..

    ReplyDelete
  4. yang sendawa tu tak menahan hahhaha

    ReplyDelete
  5. Adoyai, bila baca rasa macam lawaknya. Bila sendiri berada di situ. Stress namati rasa.. Haha tertabah la ye pana. :)

    ReplyDelete
  6. hahahaha.. sabar jelah kadang2 manusia pelik2

    ReplyDelete
  7. Yang sedawa tu tak menahan.. hahaha..
    Tapikan memang setuju sangat dengan Farhana bab lunch hour tu.. Sama je kat sini.. Suka call time lunch hour, bila kita kata bos tak ada keluar makan.. Kita pula dimarahnya.. geram je rasa.. lunch hour kot.. Memang time orang makan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.