Movie Review | Heroine (2012)


Director : Madhur Bhandarkar

Writer : Madhur Bhandarkar, Anuraadha Tewari, Ajeet Ghorpade

Cast : Kareena Kapoor, Arjun Rampal, Randeep Hooda, Divya Dutta, Govind Namdev, Helen, Sanjay Suri, Ranvir Shorey

Production Company : Bhandarkar Entertainment

Distributor : UTV Motion Pictures

Genre : Drama

Running Time : 146 minutes

Release Date : 21 September 2012

Trailer :

Movie Heroine ni antara salah satu fav movie lakonan Kareena Kapoor dan arahan Madhur Bhandarkar sebab depict real Bollywood life. Lepas movie Fashion, movie Heroine juga menggunakan konsep dan tema yang sama.

Bermula dengan babak di mana Mahi Arora (Kareena Kapoor) pergi ke balai polis dalam keadaan yang serabut dan menangis perlukan bantuan tapi manager dia, Rashid Bhai (Govind Namdev) sempat datang sebelum Mahi buka mulut. 

Mahi antara top actress di Bollywood tapi dia tak lah aggresif seperti pelakon lain untuk stay on top. Kelemahan dia cuma satu, dia kekurangan kasih sayang sebab datang dari broken family. Dia bercinta dengan Aryan Khanna (Arjun Rampal) tapi perlu berlakon sebagai co-star sahaja sebab Aryan dah pun berkahwin dengan Isha dan mempunyai seorang anak lelaki. 

Mahi selalu buat perangai untuk dapatkan perhatian Aryan tapi perbuatan dia selalu mengeruhkan keadaan. Dia dilabel sebagai gila dan susah untuk bekerja bersama. Walaupun dia top actress da nada beberapa contract deal sebagai duta kepada beberapa jenama tapi tak cukup untuk bersihkan imej dia dalam dunia Bollywood. 

Lepas dikecewakan oleh Aryan, Mahi lantik Pallavi (Divya Dutta) sebagai PR manager dia untuk ubah imej dan dapatkan kontrak besar. Kebetulan Mahi kenal dengan Angad (Randeep Hooda), pemain kriket yang kacak dan terkenal. Sekaligus hubungan mereka berdua menaikkan nama dan populariti di Bollywood. 

Tapi gara-gara tolak tawaran Abbas Khan (Sanjay Suri) untuk spend night together, watak Mahi dikurangkan dan nama dia dibuang dari poster. Scene ni sama macam real life bila perangai Akshay Kumar suka kacau actress dia sampai Twinkle Khanna kena control suami dia. Even director dinafikan hak untuk sunting movie dia sebab superstar control dan jamin movie tu akan hit dekat box office. Dalam kebanyakan actress fav Akshay, Katrina Kaif je yang tak kena ban dengan Twinkle sebab dia cakap Akshay macam ayah dia. 

Watak Bebo sebagai Mahi agak berbeza dengan dunia sebenar dia since Bebo dari Kapoor Khandaan dan tak ada masalah langsung untuk dapat movie dan lantik PR yang bagus. Bebo setuju untuk berlakon dalam movie Heroine sebab dia nak tunjuk yang dunia Bollywood tak indah macam digambarkan. Senang sangat nak jatuh tambah pula lifespan actress singkat sangat especially bila dah kahwin. 

Dalam movie Heroine, Madhur tunjuk macam mana situasi bekerja dengan small budget film dan commercial film. Masa second half Mahi sakit hati bila critics tak puji langsung lakonan dia jadi dia pergi kepada Tapan Da (Ranvir Shorey) untuk berlakon dalam Tarannum Jaan tapi sudahnya movie tu shelved. Dalam kerjaya Bebo sendiri ada beberapa filem yang shelved walaupun dah habis shoot semua scene. Sebab tu ada pelakon yang depressed bila jadi macam ni sebab dalam tempoh masa yang dihabiskan tu, pelakon lain dah berlakon dalam movie yang bagus ditambah pula dengan kehadiran pelakon-pelakon baru. 

Be it with Arjun Rampal or Randeep Hooda, dua-dua nampak serasi bila berlakon bersama. Ni movie pertama Bebo berlakon dengan Randeep tapi boleh get along dan convincing masa scene pertama kali Mahi berjumpa dengan Angad. Sayang betul Mahi tak terima lamaran Angad padahal Angad tak pernah kacau kerjaya dia pun. Bila dia dah sedar dari dunia popularity dia, semua tu dah terlambat dah pun sama macam apa yang Shagufta (Helen) nasihat dekat dia dulu. 

Lagu yang paling famous dari music album Heroine hasil komposer duo Salim–Sulaiman ni lagu Halkat Jawani sebab beat catchy dan groovy. Lagu yang lain pun not bad jugak lah sebab lirik menggambarkan situasi yang dialami Mahi dan beberapa watak lain. Komposer duo Salim–Sulaiman dah pernah bekerja dengan Madhur Bhandarkar dalam movie Fashion jadi tak ada masalah untuk diorang deliver konsep yang sesuai untuk movie Heroine.

 

Walaupun movie Heroine tak mendapat sambutan tapi lakonan Bebo mendapat pencalonan Best Actress di Filmfare Award. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9.4/10

3 comments

  1. kalau org yg kurang kasih sayang ni pastu kena kongsi plak kasih sayang yg dia ada dgn org lain, hmmm parah

    ReplyDelete
  2. Bestlah lagu yang Farhana kongsikan tu.. Layan owh sambil menaip..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.