Rawatan Putihkan Gigi Dengan Home Kit Luna White

Friday 26 February 2021

Gigi kuning selalunya dikaitkan dengan gigi yang tidak sihat tapi faktornya selalu datang dari pemakanan kita jugak. Macam I selalu minum the dengan kopi, boleh kata setiap hari satu cawan. Kadang tu kalau banyak kerja atau craving benda manis memang beli kopi lah jawabnya. Makan pulak nasi kandaq memang aneh la kalau gigi putih macam duta Colgate.

Nak buat rawatan putihkan gigi dekat klinik gigi kena labur banyak dalm RM800 hingga RM1500 untuk satu sesi. Kalau klinik gigi ada buat promosi boleh la merasa RM500 satu sesi tapi macam jarang je nampak promosi ni.

Sekarang pula dah banyak pemutih gigi yang menggunakan serbuk arang. Nano ataupun tidak, serbuk arang tetap berbahaya kepada gusi dan gigi sebab tekstur arang tu kasar dan boleh menyebabkan luka. Bila gusi luka mula lah bakteria membiak dekat kawasan tu. Kebarangkalian untuk gigi menjadi sensitif pun agak tinggi. 

Belek dekat Instagram ternampak akaun LunaWhite.my jual produk pemutih gigi yang menggunakan hydrogen peroxide, bahan yang sama digunakan di klinik gigi oleh dentist untuk proses memutihkan gigi. Produk yang digunakan pula 100% homemade bukannya OEM, produk rebrand di kilang ataupun dibeli di China. 

Kenapa lebih selamat guna Luna White?

Sebab hydrogen peroxide adalah ejen pemutih gigi dan tak menghakis permukaan gigi sebab bahan ni bukan bersifat asid. End product bahan hydrogen peroxide ni adalah air dan juga oxygen. Bila apply dekat gigi rasa sejuk je tapi kalau terkena dekat gusi, ada sedikit tingling effect. Lain orang lain rasa dia kalau tak silap sebab masa apply dekat gigi tapi terkena dekat gusi, tak lah terasa sangat pun. 

Excited jugak tunggu box ni sampai sebab tak pernah lagi try buat home kit whitening treatment sebelum ni. Tak ambil masa yang lama pun untuk sampai. Mungkin sebab ready stock kot. Dalam satu box tu ada 4 syringe - 2 gel dan 2 activator, brush, cup, mouth retractor dengan kad warna gigi. 


Cara Penggunaan Luna White

Penggunaan gel pemutih gigi Luna White ni ada beberapa steps dan memerlukan 30 minit selepas apply untuk dia bertindak pada kawasan gigi.

Steps 1 : Bancuh gel gigi dengan nisbah 2:1. Boleh je kalau tak bancuh 2 bahan ni tapi gel Cuma berfungsi sebanyak 5% je untuk putihkan gigi sementara activator boleh mengaktifkan gel pemutih sebanyak 80% hingga 90%.

Steps 2 : Gosok gigi untuk bersihkan sisa makanan yang melekat di permukaan gigi

Steps 3 : Lap sehingga kering dengan kain atau tisu.

Steps 4 : Pakai mouth retractor untuk elakkan air liur mengganggu proses rawatan.

Steps 5 : Apply gel pemutih pada gigi setebal 0.5mm hingga 1mm dan elakkan terkena gusi. Kalau terkena jugak, buang guna cotton buds. I selalu apply dua atau 3 kali sampai gel bancuhan tu habis. Mana la kita reti nak agak 0.5mm tu macam mana kan haha

Steps 6 : Baring selama 30 minit untuk gel tersebut buat kerja. Selalunya nak hilangkan bosan menunggu, I main game ataupun baca novel. Kadang-kadang I tempek masker dekat muka sekali. 2 kerja dalam satu masa terus. Gigi terjaga, muka pun stay hydrated.

 Steps 7 : Dah cukup 30 minit boleh gosok gigi lagi sekali untuk buang gel daripada gigi.

Hasil perubahan ni bergantung kepada gigi dan cara penjagaan atau pemakanan masing-masing. Mine agak slow lah sebab suka minum kopi. I try to reduce but unfortunately cannot tapi nasib baik Luna White ni masih berkesan sebab I nampak perubahan warna pada minggu pertama dan kedua sejak guna.

Dekat kad ni ada jadual perubahan warna gigi so boleh la tengok gigi kita dekat area mana dah.

Proses pemutihan ni tak lah power macam proses rawatan pemutihan dekat klinik gigi sebab yang tu siap ada laser bagai dan kepekatan hydrogen peroxide pun  tinggi di bawah konsultasi doktor gigi. Kalau home kit ni gel dia sikit je so lepas 6 bulan kena buat balik proses rawatan ni selama 14 hari untuk nampak perubahan. 



Produk pemutih gigi Luna White ni untuk putihkan gigi asal je tau. Kalau untuk veneer atau crowning kena pergi berjumpa dengan yang pakar untuk buat consultation atau rawatan.  


14 comments

  1. Wah menarik, selama ni ada penjagaan muka je..skang pemutih gigi pulak

    ReplyDelete
  2. Yeah, your pearly whites look more pearly after using this product. i need to check it out too. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  3. Hari tu ada tgk mua bella park kongsi cerita dia asa buat rawatan whitening ni . Susah jgk . Byk benda yg kena jgaa

    ReplyDelete
  4. wahh rawatan putihkan Gigi dari rumah. mudah cepat dan jimat. thanks sharing

    ReplyDelete
  5. Nak cuba lah.. mmg tgh cari pemutih gigi.. ada jugak nampak yg arang tu tpnorg kata bahaya.. nnt nak usha luna white ni

    ReplyDelete
  6. This is nice. Macam nak try gak pasni. Boleh menambahkan keceriaan gigi kan.

    ReplyDelete
  7. produk yang menarik.. biasa dengan yg berasaskan arang je

    ReplyDelete
  8. Nice jugak produk ni... Nak usha dulu

    ReplyDelete
  9. Senang nak putihkan gigi dengan cara ni.. nanti boleh cari dan cuba sendiri

    ReplyDelete
  10. Buat Teeth Whitening kat Klinik lebih senang. Tapi kos la mahal kan. Hehehe. Buat whitening sendiri atau klinik, mana-mana ok. Cuma untuk penjagaan tu kena sentiasa beringat. Kopi takleh minum, jangan makan masakan berkunyit, apa-apa yang mudah tukar warna, avoid lah. So tak sia-sia penat kita memutihkan gigi. Senyum hari-hari cantik.

    ReplyDelete
  11. Nampak betul kesannya, nak try jugalah sebab Sis ni walau dah lama tak minum kopi, tahap keputihan gigi tu tak laa berapa nak putih..

    ReplyDelete
  12. Wahhh macam boleh try jer since memang work hard utk putihkan gigi...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.