Sunday, 14 February 2021

Movie Review | Udta Punjab

Director : Abhishek Chaubey

Writer : Sudip Sharma, Abhishek Chaubey

Cast : Shahid Kapoor, Kareena Kapoor, Alia Bhatt, Diljit Dosanjh, Satish Kaushik, Suhail Nayyar, Manav Vij, Prabhjyot Singh

Production Company : Balaji Motion Pictures, Phantom Films

Distributor : Balaji Motion Pictures, White Hill Studios

Genre : Black Comedy

Running Time : 147 minutes

Release Date : 17 June 2016

Trailer :

Diadaptasikan dari kes penggunaan dadah dalam kalangan remaja di Punjab, India yang dikenali dengan Narco Terror, movie Udta Punjab arahan Abhishek Chaubey ni diterbitkan di bawah syarikat produksi Balaji Motion Pictures dan Phantom Films. 

Dalam movie bergenre black comedy ni ada 2 kisah yang berlainan tapi saling berkait dan bertemu di hujung movie. Antara punca kenapa movie ni boleh mendapat perhatian ramai sebab Shahid Kapoor berlakon bersama dengan Kareena Kapoor lepas movie Milenge Milenge (2010) gara-gara putus cinta. 

Cerdik jugak lah pihak produser guna trick ni untuk marketing sebab movie ni ada masalah dengan lembaga penapisan sampai kena buang 89 scene yang dikatakan terlampau vulgar dan straightforward. Susah kalau buat movie based on true story ni tapi nasib baik mahkamah bagi kebenaran untuk teruskan dengan hanya satu scene sahaja yang dipotong. 

Movie bermula dengan konsert Tommy Singh a.k.a The Gabru (Shahid Kapoor) yang menjadi idola ramai remaja lelaki dan kerana pengaruh dia juga ramai yang ambil heroin. Salah seorangnya adalah Balli (Prabhjyot Singh), adik kepada pegawai polis Sartaj (Diljit Dosanjh) yang mengambil rasuah sekiranya lori dadah ditahan di jalan raya. 

‘We were in the eigth grade when your first song released. We are your fans since. We want to be like you, The Gabru! When the first time I injected myself I swear, all I could see was your face!’

Dan kerana rasuah dia, Balli overdose dan dirawat di klinik Dr. Preeti Sahni (Kareena Kapoor Khan) yang dah lama buat research dan bersuara lantang sebagai aktivis untuk banteras penggunaan dadah. Bauria (Alia Bhatt) pula terpaksa bekerja sebagai buruh kasar di ladang gandum dan kemudiannya terjumpa paket berisi 3 kilogram dadah heroin. Kalau dia jual boleh dapat Rs10 juta tapi dia buang dalam telaga. Mengamuk lah tokan dadah dan gunakan dia sebagai hamba seks sebagai ganti kerugian.

 

Tokan dadah cuma pengedar kecil dan setiap daerah ada tokan dadah untuk pastikan stok heroin sentiasa cukup. Selagi tak tumbangkan ketua besar, selagi tu lah Punjab akan hadap masalah yang sama. Boleh jadi Punjab akan menjadi seperti negara Mexico. Sampai sekarang banyak lagi kes heroin sama ada diseludup dari Pakistan ataupun dihasilkan sendiri dalam kilang seperti yang ditunjuk dalam Udta Punjab. 

Tone movie Udta Punjab ni disetkan kepada warna-warna gelap untuk menggambarkan betapa kelamnya negeri Punjab dengan masalah yang menimpa. Kebanyakan lelaki remaja akan jatuh ke dalam masalah yang sama. Watak Preeti seorang sahaja yang digambarkan dalam pakaian yang berwarna pastel dan terang kerana dia adalah punca Sartaj berubah dan bongkarkan konspirasi walaupun risiko dibunuh tu besar. Sartaj juga gambarkan Dr. Preeti sebagai seorang yang bersih di dalam tempat yang kotor. Ditambah dengan music score dari Amit Trivedi menambahkan lagi elemen dark and depressing.

 

Lakonan Shahid Kapoor sebagai Tommy antara kekuatan movie Udta Punjab dan watak dia boleh kata diambil dari penyanyi sebenar Yo Yo Honey Singh yang masuk ke pusat pemulihan akibat penggunaan dadah dan menjadi pengaruh kepada peminat dia. Scene Tommy dapat tahu fans dia bunuh mak sendiri sebab nak duit untuk beli dadah tu perfectly delivered dari expression Shahid. Scene dia bercakap dalam tandas, scene dia on stage, tembak manager dia semuanya tinggalkan kesan. It just horror to watch a talented person ends up being trash because of drugs. 

Performance Shahid dengan Alia diiktiraf sebagai best performance di Filmfare Awards selain mendapat pencalonan di award events lain. Walaupun second half dan ending nampak tergesa dan unrealistic tapi performance dan konsep penceritaan yang harus diberikan pujian. Kudos to team production for making this movie as a medium for social awareness. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.3/10

15 comments:

  1. nasib baik satu ja dipotong, klu byk..kesian production kan

    ReplyDelete
  2. review Farhana memang best.. Mahkamah benarkan ye dengan hanya satu adegan sahaja dipotong.. Dadah memang menyusahkan..

    ReplyDelete
  3. Betul tu , bukan senang nak buat cerita sebenar sisi gelap sesuatu tempat dan masyarakat . Takut bagi bad impression pada orang luar. Tapi itulah hakikatnya dan supaya pihak berkuasa dan masyarakat bertindak. Kalau tak suka ianya terjadi dan berterusan maka buatlah sesuatu dan lakukan perubahan.

    ReplyDelete
  4. 89 scenes kena potong? Aiyo. Mau menangis producer dan director dia kalau 89 tu kena potong. Jadi berapa minit je movie tu kelak. Hahaha
    Di Malaysia, sisi gelap masyarakat memang takkan lepas untuk tayangan kan? Haha

    ReplyDelete
  5. Mula tengok poster dia macam dah gempak dah. Jalan cerita dia pun boleh tahan menarik. Banyak jugak ya scene kena potong. Ni kalau kat Malaysia lagi banyak la kot kena potong.

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak layan cerita hindustan, sometimes its good to watch coz the fighting scenes are quite entertaining.

    ReplyDelete
  7. Patut kalau true story laa kena tayangkan kan, supaya jadi ikhtibar masyarakat, cuma maybe laa ada isu sensitif sampai banyak babak kena potong.. excited plak nak tengoknyaa...lagi ada Karena Kapoor..

    ReplyDelete
  8. Betul la banyak pengajaran yang kita dapat belajar dari movie ni kan.. yes, gara2 Drug, betapa successsful pun sebelum ni pasti akan jatuh juga.. no matter what, memang kena elak dari terjebak dalam drugs ni...

    ReplyDelete
  9. dah lama ak tengok filem hindustan. kalau available kat netflix boleh la tgk malam nanti sambil chill

    ReplyDelete
  10. Susah kalao true story ni. Nak kene me mahkamah, then maybe org terlibat ahli keluarga ke tak bg persetujuan. Cth filem Dukun kan. So mesti best filem ni sb Shahid + Alia dpt award.

    ReplyDelete
  11. love that this is a comedy and it features so many great actors. adding it to the list!

    ReplyDelete
  12. Warna gelap-gelap ni kena besarkan mata nak tengok movie. Tapi as well jalan cerita menarik ok je layan. Bagus buat cerita pengajaran pasal keburukan dadah ni supaya dapat dijadikan iktibar

    ReplyDelete
  13. Suka dengan lakonan kareena. Tapi dalam filem ini maybe penampilan dia x begitu menonjol

    ReplyDelete
  14. Wah, menarik ni. Based on true story, and black comedy pulak tu. Dan paling best, mesej yg disampaikan.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!