Drama Review | Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 6 : Husin Kembali Bersama Zombi Part I

Pengarah : Mamat Khalid

Penulis Skrip : Mamat Khalid

Pelakon : Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, Mat London (Ahmad Ibrahim), Avaa Vanja, Nazeera Sardi, Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, Joey Daud, Kamarool Hj Yusof, Imuda, TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng, Ayie Hushairi, Faizal Chal, Nasir Jani, Soya, Shuk Sahar, Sharwani, Mohd Rashid, Latiff Zami, Jasper Supayah, Reza Hasbi, Annie Mosha, Akmal Ahmad, Wan Raja

Genre : Komedi / Seram

Jumlah Episod : Episod

Tarikh Tayangan : 7 Disember 2020

Syarikat Produksi : Astro

Penyiaran : Astro Ria, Astro Citra HD, Astro GO, On Demand

Trailer :

 

Meriah betul foodtruck Cik Nab (Avaa Vanja) dengan anak dia, Cik Chun (Nazeera Sardi) sejak bertapak depan warung Pak Jabit (Aziz M. Osman) dalam episod lepas. Lagi membara hati Pak Jabit bila malam-malam ada sesi karaoke. Pak Din Pest Control (Kazar Sairi) dengan Cik Purnama (Dewa Sapri) paling sakan menari berjoget dekat situ. 

Sesuai lah dengan tajuk episod kali ni, Husin (Dato’ Awie) balik ke Kampong Pisang lepas dapat cuti seminggu. Sekarang dia bekerja sebagai store keeper di kilang buat spenda. Balik kali ni berhajat nak meminang Cik Chun tapi malang betul nasib dia sebab balik masa Kampong Pisang diserang zombie. Bermula dari pekerja Bakobar (Bell Ngasri) di kebun getah kemudiannya merebak habis ke pekan. 

Husin, Cik Chun dengan Mokhtar pergi ke pekan minta bantuan pihak polis untuk selamatkan penduduk Kampong Pisang sementara Bakobar, Wani, Pak Jabit, Cik Punama, Wani (Sharwani)  dan yang lain pergi ke kebun getah kepunyaan Bakobar untuk siasat dari mana datangnya masalah ni. 

Lepas kejayaan franchise Kampung Pisang, pengarah dan penulis Mamat Khalid tambah lagi  drama Kampong Pisang Bersiri-Siri untuk hilangkan rindu peminat. Lepas Zombi Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (2013), Zombie Kilang Biskut (2014), dan Hantu Kak Limah (2018) kebanyakannya menggunakan pelakon yang sama tapi dalam drama ni ada beberapa watak yang digantikan pelakonnya kerana dah meninggal dunia ataupun busy dengan schedule lain. 

Kalau franchise Kampong Pisang ni mesti lah terkenal dengan dialek Perak tapi tak semua watak boleh menyembang dengan dialek tu. Dialog juga lebih terarah kepada dialog satira yang memerli masyarakat macam scene MA Madi (Adi Afendi) pula balik kampung Bagan Serai untuk mengundi pilihanraya sampai 2,3 hari dan scene orang kampung menyembang pasal punca terjadinya zombie kali ketiga. 

Sinematografi dalam drama Kampong Pisang Bersiri-Siri diadun dengan signature Mamat Khalid yang suka dengan tona warna vintage. Dalam episod Husin Kembali Bersama Zombi Part I ni tak ada pun penggunaan VFX dari Lil Studio Sdn Bhd tapi lebih kepada serlahkan hasil kerja MUA untuk zombie supaya nampak real. Masa dalam Zombi Kampung Pisang dulu memasing tepek bedak sejuk je. Suka tengok scene Husin bersilat dekat Buraq Oil tu sebab grading tone dia cantik. 

Untuk background music dalam drama ni kebanyakannya lagu-lagu lama zaman 80-an macam lagu Umpan Jinak Di Air Tenang nyanyian Ahmad Jais. Dinyanyikan semula oleh watak Ahmad Yassin (Ahmad Yassin) yang buta tapi menghiburkan hati orang kampung dengan bakat dia di Warung Pak Jabit. Bonus la untuk fans Dato’ Awie sebab dalam episod ni ada scene dia menyanyi dengan Nazeera Sardi. Tribute untuk scene dia menyanyi dengan Ezzlyn dalam movie Zombi Kampung Pisang (2007) rasanya.

Memandangkan episod ni baru Part 1, belum sahih lagi punca penduduk Kampong Pisang bertukar menjadi zombie sebab si Wani dah try air kepunyaan si Esun tapi tak ada apa yang pelik pun selain rasa payau air bukit. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.8 = 8.4/10

2 comments

  1. Myra tak tengok lagi episod nie. Last stop episod serigala jadian tu.

    ReplyDelete
  2. bila nth i nak starts tgk cita ni

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.