Movie Review | The Last Color

Director : Vikas Khanna

Writer : Vikas Khanna, Vibhav Srivastava

Cast : Neena Gupta, Aqsa Siddiqui, Princy Sudhakaran

Production Company : House of Omkar

Distributor : Zee5

Genre : Drama

Running Time : 90 minutes

Release Date : 4 January 2019 (Palm Springs International Film Festival), 11 December 2020 (India)

Trailer :

Berlatarbelakangkan kehidupan di Banaras, India di mana balu merupakan golongan yang tertindas oleh masyarakat di sana kerana dipercayai akan membawa nasib malang. Semua balu ditempatkan di ashram yang usang. Makanan untuk si balu pula cuma dibenarkan untuk makan nasi kosong dan air masak. Pakaian mereka pula dibenarkan warna putih sahaja tanpa sebarang corak atau perhiasan. 

Kerana penindasan sejak berkurun lamanya di India, peguam Noor Saxena (Princy Sudhakaran) berjaya fight dekat mahkamah supaya penindasan ni dihapuskan kerana melanggar hak asasi manusia. Kerana penindasan ni juga yang menghalang Noor (Neena Gupta) untuk hidup dengan warna kegemaran dia, merah jambu pekat ataupun bermain Holi. 

Flashback 24 tahun lepas bila Noor berjumpa dengan Chhoti (Aqsa Siddiqui) yang mencari duit dengan berjalan di atas tali. Dia nak kumpulkan Rs300 supaya dia dapat masuk ke sekolah tapi disebabkan Chintu (Rajeswar Khanna) ketagih dengan judi, habis semua duit bila dia kalah. Apa lagi yang boleh Chhoti buat selain dari lepak dengan Anarkali (Rudrani Chettri) dan cuba berkawan dengan Noor. 

Pengarah dan penulis Vikas Khanna olah persahabatan mereka berdua dengan meletakkan beberapa scene yang sweet dan comel. Both of them completes each other bila Noor dah lupa rasanya bila seseorang prihatin terhadap dia dan Chhoti yang rindukan pelukan emak.  

‘Chhoti understand one thing, you receive love as a right, never beg for it.’ - Anarkali

Vikas Khanna seorang chef yang mendapat Michelin stars kemudiannya debut sebagai pengarah selepas terbitkan cerita ni dalam novel dia. Mungkin dia dapat ilham masa buat kerja-kerja amal sebab cerita Noor dengan Chhoti terasa dekat, hangat dan realistik. Beberapa scene dalam The Last Color menggunakan makanan untuk mulakan persahabatan atau eratkan lagi hubungan antara watak macam scene Chintu makan sepinggan dengan Chhoti di majlis kahwin atau scene Noor ambil makanan suci untuk Chhoti. 

Watak polis Raja (Aslam Sheikh) yang mendera si isteri gara-gara tak dapat anak lelaki. Kesemua anak perempuannya dianggap beban dan dinafikan hak untuk belajar di sekolah sebaliknya perlu belajar kerja-kerja rumah. Di luar rumah, dia merogol Anarkali secara bergilir dengan rakan-rakan setugas. Seringkali dia ugut Anarkali supaya diamkan sahaja rahsia dia ataupun dia jual Chhoti di black market. Bukan Raja seorang yang toxic di kawasan tu tapi kebanyakannya pun begitu. Agak depressing lah bila tengok movie ni. Tergamak betul layan orang lain macam tu apatah lagi budak kecil. Menangis tengok Chhoti tunaikan janji dia pada Noor dengan ending scene. Beautifully written. 

Sinematografi dari lensa Subhranshu Das pun bermain dengan emosi jugak sebab di sebalik keindahan kawasan Banaras tu terdapat sisi gelap yang terlampau kejam. Air Sungai Gangga yang dikatakan suci pun tak dapat sucikan hati manusia yang memuja siang dan malam. Dan Banaras yang menjadi simbolik kota yang suci pun penuh dengan kekotoran yang diwaris turun-temurun. Background music dari Mahesh Bharti menambahkan impak pada penceritaan. 

Scene Noor menari sebagai Radha tu boleh nampak yang hidup dia dulu bahagia sebab watak dia pandai menari, menjahit dan memasak tapi semua tu dirampas dengan kejam bila suami dia mati. Tak adil untuk dia bila dipaksa berkahwin dengan orang tua dan jadi balu pada usia dia yang masih banyak lagi tersisa. Rasa kesian bila tengok dia berangan dalam bilik air dan mengenakan bhindi, kajal dan anting-anting. Masa dia bertafakur pun dia duduk dekat dengan sari cantik. 

The Last Color nampak je simple penceritaan dia tapi sesak dada bila tengok sampai habis sebab tak terbayang hidup macam tu. Dilarang makan selain nasi dan air, dipulaukan, dicemuh sebagai pembawa malang padahal kematian tu kan sesuatu yang pasti buat semua yang hidup? Lega sangat bila tengok credit scene yang kepercayaan dan tradisi kejam ni dihapuskan pada Ogos 2012. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9.6/10

3 comments

  1. 2012 baru dihapuskan ? omgg baru lagi la hmmmm kesiannya

    ReplyDelete
  2. dasat dan very bad penderitaan diorang stress bila baca hihi

    ReplyDelete
  3. Antara culture yang memang tak boleh nak hadam..
    Ini kalau tengok mahu nangis je nie..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.