Pengarah: Hyun Moon-sub
Penulis Skrip:
Pelakon: Lee Min-ki, Park Shin-yang, Lee Re, Kil Hae-yeon, Tae In-ho, Yoon Jong-seok, Kim Gi-cheon, Kim Nam-woo
Syarikat Produksi: Showbox
Pengedar:
Genre: Seram / Misteri
Durasi Tayangan: 95 minit
Tarikh Tayangan: 14 November 2024
Trailer:
Paderi Van Hae-sin (Lee Min-Ki) dipanggil untuk melakukan upacara mengusir syaitan yang merasuki badan Cha So-mi (Lee Re), anak perempuan sulung Doktor Cha Seung-Do (Park Shin-yang). So-mi mempunyai masalah jantung dan selepas 4 bulan selesai melakukan pembedahan pemindahan jantung, dia kerasukan serta bertindak agresif lalu disahkan meninggal dunia.
Terkejut dengan kehilangan anak perempuannya, Dr. Cha bertindak untuk melarikan mayat So-mi dari pengebumian. Dr. Cha yakin So-mi masih hidup kerana dia nampak tangan anaknya bergerak. Awalnya So-mi cuma genggam tangan dan simpan rantai Polaris pemberiannya kemudian banyak lagi kejadian lain sehingga Dr. Cha yakin anaknya belum mati.
Sementara Dr Cha berkabung dengan pemergian So-mi, Paderi Hae-sin pula mencari cara untuk keluarkan roh syaitan bernama Bariel. Mengikut sejarahnya, Bariel dilahirkan bersama kembar tanpa nama. Syaitan yang merasuk lalu dilahirkan semula menerusi badan kembar tersebut, menghasut dan pukau orang untuk berbunuhan sesama sendiri. Paderi pada zaman itu semadikan jantung kembar muda di dalam jantung Bariel untuk menghalang syaitan dapat semula kuasa.
Filem seram arahan Hyun Moon-sub menggunakan tema ritual pemujaan dan kelahiran semula entiti mitos lama, menggabungkan dua negara iaitu Korea dan Sepanyol. Upacara berkabung selama 3 hari diceritakan perjalanannya bagaimana entiti tersebut akan menakluk badan pemangsa sebelum dilahirkan semula. Paderi Hae-sin perlu keluarkan syaitan dari dalam badan So-mi sebelum lebih ramai lagi manusia akan dibunuh dengan kejam.
Banyak jump scare dimasukkan pada first half Devil’s Stay tapi tak lah cukup seram untuk peminat genre ni. Sinematografi Devil’s Stay bersifat kelam untuk mewujudkan suasana seram yang dialami di rumah, bilik mayat dan ruang pengebumian. Background music membantu menguatkan lagi rasa seram dan babak-babak emosi antara Dr. Cha dan So-mi. Paderi Hae-sin sendiri ada kisah silam yang buatkan dia senang terhasut dengan bisikan syaitan.
‘What’s shaking your heart is not the devil, but your feelings for Michael (Yoon Jong-seok). Your heart is clouding your eyes and ears, giving the devil an opportunity.’
Pace penceritaan yang perlahan buatkan beberapa watak dan plot tak dikembangkan dengan baik. Filem Devil’s Stay sama macam filem Revelations (2025) atau filem The Divine Fury (2019), pengarah lebih selesa guna pace perlahan dari masukkan lebih banyak input supaya kita jelas dengan motif sesetengah pihak. Memang lah genre seram bergantung banyak pada gangguan hantu tapi bila masukkan backstory atau punca lain, kena lah jelaskan supaya penonton faham.
Babak Cheol-gi (Kim Gi-cheon) emo bila Paderi Ha-sien masuk ke bilik mayat pun tak konsisten sebab dekat ruang utama dah penuh dengan kumpulan paderi lain akibat diganggu makhluk halus. Tak sepatutnya dia emosi sebab dia jaga bilik mayat dan yang masuk tu paderi bukannya orang yang tak dikenali.
Walaupun penulis kenalkan Bariel tapi Bariel sendiri tak ada interaksi dengan pemuja ataupun pihak lawan dia. Mungkin dia pun pening kenapa kena dihidupkan balik sebab dulu kena bunuh pun gara-gara syaitan yang rasuk.
Kesian bila lakonan pelakon utama juga sampingan dah bagus membawakan watak masing-masing tapi filem tersia gara-gara alur cerita yang tak memuaskan. Melainkan pengarah atau produser ada niat untuk buat sekuel.
Tapi yang pastinya Devil’s Stay beri pengajaran yang besar tentang erti sabar dan redho dengan takdir Tuhan. Walaupun Dr. Cha adalah salah seorang doktor berpengalaman dengan kemahiran yang tinggi di Korea Selatan tapi takdir Tuhan yang tetapkan So-mi akan meninggal sebab sakit jantung tetap tak boleh dicabar. Bila dia buat sesuatu tanpa berfikir panjang, senang sangat dihasut oleh manusia bertopengkan iblis macam Big Mama (Kil Hae-yeon).
Personally for me, Devil’s Stay not bad untuk tontonan santai. A bit ambitious but has it own moment.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.