Bersiap sedia untuk fenomena hiburan paling hangat yang bakal menggoncang persada seni tanah air! Selepas sembilan tahun, TV3 & Tonton dengan penuh bangganya mengumumkan kemunculan semula Anugerah Melodi, acara penghargaan hiburan ikonik yang kini kembali dengan wajah baharu dengan ledakan yang lebih berani, lebih segar dan pastinya lebih TERHANGAT! Kembali dengan nama baharu – Anugerah Melodi Terhangat (AMT 2025) – ia bukan sekadar anugerah biasa, tetapi ledakan budaya pop kontemporari yang digerakkan sepenuhnya oleh suara rakyat Malaysia.
Sebagai kesinambungan kepada legasi program Melodi yang telah mengisi ruang hiburan sejak 1993, AMT 2025 melakar sejarah baharu dalam meraikan personaliti hiburan paling berimpak. Acara ini meraikan bukan sahaja selebriti popular tetapi juga mereka yang berjaya mencipta momen tular dan memberi inspirasi dalam dunia hiburan digital masa kini.
Malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2025 akan berlangsung pada 3 Ogos 2025, jam 9 malam secara langsung di TV3 dan disiarkan secara strim eksklusif di Tonton. Manakala acara Karpet Merah akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TikTok Melodi Berapi dan TV3 Malaysia bermula jam 8 malam.
Evolusi Sebuah Lagenda – Lebih ‘Terhangat’!
AMT 2025 bukan sekadar sambungan kepada jenama yang telah membina reputasi kukuh selama lebih tiga dekad. Ia adalah simbol transformasi dan kebangkitan hiburan moden. Dengan fokus kepada personaliti yang bukan sahaja popular, tetapi mempunyai aura, karisma, pengaruh dan impak digital yang tinggi, AMT 2025 menjadi anugerah paling relevan dalam era media sosial dan ledakan digital.
Menurut Puan Marlia Zul Amran, Pengurus Besar Kandungan Program TV3, "Anugerah Melodi Terhangat 2025 menandakan komitmen TV3 untuk terus menjadi peneraju hiburan yang relevan, progresif dan berjiwa muda. Kami bukan sahaja meraikan selebriti – kami meraikan naratif, kisah, dan semangat yang dibawa oleh mereka yang benar-benar mencetus gelombang. Ini adalah anugerah untuk mereka yang bukan sahaja trending, tetapi juga menyentuh hati rakyat."
Beliau menambah dengan melahirkan rasa terujanya, "Kembalinya Anugerah Melodi Terhangat 2025 ini bukan sekadar sebuah anugerah, tetapi satu revolusi. Kami percaya, inilah masa yang paling tepat untuk meraikan tenaga baharu, kegilaan digital, dan aura selebriti yang benar-benar 'hangat bukan beshe-beshe' di hati rakyat Malaysia. Kami ingin mencipta sebuah malam yang bukan sahaja mengiktiraf, tetapi menginspirasi dan menetapkan penanda aras baharu untuk industri hiburan kita. Bersedialah, kerana malam kemuncak nanti akan menjadi satu fenomena yang tidak pernah anda saksikan!"
"Inilah masa untuk kita mengangkat dan meraikan mereka yang benar-benar membakar pentas hiburan tanah air dengan pesona, semangat dan karakter tersendiri. AMT 2025 hadir sebagai penghormatan kepada kehebatan selebriti dan industri hiburan kita yang terus berkembang – kerana yang TERHANGAT adalah pilihan anda!" tegas beliau.
Malam Kemuncak: Malam Yang Akan Menjadi Sejarah!
Malam berprestij ini akan digamatkan oleh gandingan hebat pengacara serasi dan penuh jenaka, Ain Edruce & Fikry Ibrahim, yang menjanjikan sebuah malam yang penuh gemerlap, kejutan, dan pengiktirafan, dengan gaya pengacaraan yang tajam dan berani, namun sentiasa dalam kawalan profesionalisme. Manakala acara karpet merah Melodi Berapi TikTok bakal dihidupkan oleh duo berkarisma Fiza Frizzy & Imran Aqil. Mereka pasti akan membakar suasana dengan gaya pengacaraan mereka yang unik dan bertenaga!
Kategori Anugerah: Lebih Segar, Lebih Hangat!
AMT 2025 membawa slogan "Hangat Bukan Beshe-Beshe!", dan ini terbukti dengan pengenalan kategori anugerah yang lebih fresh, trending, dan terkini, seiring dengan trend dunia hiburan masa kini dan relevan kepada industri. Sebanyak 11 kategori terhangat diperkenalkan yang dipilih berdasarkan pengaruh, pencapaian dan momen tular sepanjang tahun :
1. Selebriti Drama Sangat Terhangat2. Tonton Original Terhangat
3. Selebriti Ikon Terhangat Dikuasai Oleh Samsung Galaxy
4. Selebriti Couple Goals Terhangat
5. Selebriti Maskulin Terhangat
6. Selebriti Feminin Terhangat
7. Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat
8. Selebriti Trending Terhangat
9. Selebriti Stailo Terhangat
10. Selebriti Newcomer Terhangat
11. Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar
Kemuncak penghargaan pada malam itu adalah Ultimate Awards Anugerah Melodi Terhangat 2025, penghormatan tertinggi yang akan diberikan kepada figura paling berpengaruh yang diiktiraf atas impak positif mereka. Pencalonan ini adalah berdasarkan reaksi dan interaksi sebenar awam, serta bagaimana mereka telah mencipta 'momen tular' yang signifikan sepanjang tahun.
Mekanisme Undian: Rakyat Penentu, Setiap Undi Berkuasa!
AMT 2025 bukan sekadar meraikan aura sensasi selebriti tempatan, bahkan ia dengan bangganya mengiktiraf suara mutlak rakyat Malaysia secara 100% menerusi undian awam! Kuasa penentu siapa yang benar-benar 'Terhangat' kini terletak sepenuhnya di tangan anda. Pendekatan revolusioner ini selari dengan konsep "Terhangat" – meraikan impak sebenar yang dicipta oleh selebriti melalui perhatian, pengaruh digital dan sokongan peminat.
Undian kini telah dibuka dan akan berlangsung sehingga 31 Julai 2025! Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyokong calon terhangat kegemaran anda! Proses pengundian sangat mudah dan pantas — hanya perlu layari laman rasmi AMT 2025 Tonton di https://www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat atau imbas kod QR yang disediakan.
Jika anda belum mempunyai akaun Tonton, daftar dahulu sebagai pengguna Tonton. Kemudian, langgan pelan TontonUP untuk membuka akses undian anda: langganan satu bulan akan memberikan anda 500 undian, manakala langganan tiga bulan pula akan melayakkan anda menerima 2,500 undian!
Setelah melanggan, anda boleh mula mengundi dalam semua kategori — setiap hari! Undian harian ini memberi peluang untuk terus menyokong artis kegemaran anda secara konsisten. Namun ingat, hanya pelanggan TontonUP sahaja yang layak mengundi. Jadi, pastikan anda melanggan terlebih dahulu agar suara anda dikira. Ini bukan sekadar undi; ini adalah demonstrasi kuasa sebenar rakyat yang bersatu untuk menobatkan mereka yang benar-benar membawa impak. Kini, pilihan di tangan anda — jom kita hangatkan lagi AMT 2025!
Gandingan Gaya & Teknologi Menghangatkan Pentas AMT 2025!
AMT 2025 tidak akan mencapai tahap luar biasa ini tanpa sokongan padu daripada dua nama besar yang turut membawa ledakan tersendiri ke acara ini — Samsung Galaxy dan PROTON — yang menjadi simbol kepada gaya, teknologi dan aspirasi rakyat Malaysia. Kolaborasi strategik ini menjadi penggerak utama yang menyuntik nafas segar, tenaga dan kredibiliti kepada pentas hiburan paling sensasi tahun ini.
Sebagai Rakan Kereta Rasmi dan Penaja Bersama, PROTON tampil menggegarkan AMT 2025 dengan Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar, satu inisiatif bergaya tinggi yang berlangsung dari 5 hingga 26 Julai 2025. Melalui kempen ini, selebriti, KOL dan pencipta kandungan diberi cabaran untuk menghasilkan video paling kreatif dan viral bersama All-New PROTON X50 — simbol gaya dan prestasi generasi baharu. Pemenang utama bakal membawa pulang PROTON X50 serba baharu. Menambah keterujaan, orang ramai yang membuat tempahan PROTON X50 serba baharu sepanjang tempoh kempen ini juga berpeluang memenangi tiket VIP eksklusif ke malam anugerah — peluang sekali seumur hidup untuk menyaksikan dunia hiburan dari barisan hadapan.
Kempen ini turut diperluas melalui siri Melodi Terhangat Superstar Tour yang akan singgah di Johor Bahru, Bukit Mertajam dan Kuantan. Di setiap lokasi, All-New PROTON X50 akan dipamerkan dan sesi bertemu peminat bersama selebriti pilihan, menjadikan setiap persinggahan sebagai satu perhentian penuh aura dan keterujaan. Ia bukan sekadar promosi kereta — ia adalah gabungan gaya hidup, hiburan dan hubungan emosi antara jenama dan peminat.
Menurut Encik Zhang Qiang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON Edar, “Kerjasama dengan Anugerah Melodi Terhangat 2025 adalah detik yang mengujakan bagi PROTON, kerana kami menggabungkan kuasa bintang, gaya, dan prestasi untuk mencipta gempa di seluruh negara. Sebagai penaja kereta rasmi dan penaja bersama, kami sangat teruja untuk memperkenalkan All-New PROTON X50 yang berani di pentas hiburan terbesar Malaysia. Kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk merasai keterujaan, gaya, dan tenaga PROTON melalui Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar, menempah All-New PROTON X50 dan berpeluang memenangi tiket VIP ke Malam MELODI, serta menyertai kami untuk Jelajah Superstar Melodi Terhangat, yang akan singgah di Johor Bahru, Bukit Mertajam, dan Kuantan!"
Dikuasai Oleh Samsung Galaxy - bersama-sama AMT 2025, memperkukuh keseluruhan acara dengan sentuhan teknologi masa depan dan kepakaran digital yang tiada tandingan. Dikenali sebagai peneraju global dalam gaya hidup digital, kehadiran Samsung Galaxy menjadikan AMT 2025 lebih immersive, lebih interaktif, dan paling penting – lebih canggih seterusnya menjadikan malam kemuncak AMT 2025 bukan sekadar sebuah anugerah hiburan, tetapi simbol masa depan hiburan Malaysia.
Melodi Terhangat Superstar Tour – Jelajah Penuh Gegaran Ke Seluruh Negara!
Bersedia untuk gegaran hiburan yang merentasi negeri! Melodi Terhangat Superstar Tour bakal menghangatkan tiga lokasi utama dengan kemeriahan luar biasa, menampilkan All-New PROTON X50, selebriti paling hangat, dan pengalaman eksklusif pentas gaya, glamor dan bintang terus ke anda – inilah destinasinya:
12 Julai 2025 – AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru
19 Julai 2025 – AEON Mall Bukit Mertajam, Pulau Pinang
26 Julai 2025 – Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang
Jangan lepaskan peluang untuk melihat dari dekat kehebatan All-New PROTON X50, bertemu selebriti kegemaran anda secara langsung, dan rebut peluang memenangi tiket VIP ke Malam Anugerah Melodi Terhangat 2025! Ini bukan sekadar jelajah — ini adalah perayaan gaya dan kuasa bintang yang turun ke jalanan.
Melodi: Sebuah Legasi Yang Terus Berkembang
Sejak bermula pada 10 Januari 1993, selama lebih tiga dekad, Melodi telah menjadi tonggak utama berita hiburan Malaysia, membina jenama yang kukuh dan dipercayai. Sebagai program infotaimen pertama di Malaysia, Melodi sentiasa menyampaikan informasi terkini, sensasi, dan kupasan eksklusif yang tidak pernah lekang. Penjenamaan Melodi dan pengisian kandungannya sering diperbaharui untuk menepati kehendak cita rasa jutaan penonton. Sokongan padu daripada penggiat seni dan peminat selama ini menjadi bukti relevansi dan kredibiliti Melodi.
Kini, rancangan hiburan terbitan TV3 ini telah mengorak langkah baharu dengan penukaran hari dan waktu siaran kepada setiap Khamis, jam 9 malam. Masih mengekalkan Ain Edruce selaku hos program, Melodi kini digandingkan dengan kemasukan Fikry Ibrahim, menjanjikan dinamik baharu yang penuh keseronokan dan kejutan. Melodi bukan sekadar menukar waktu tayangan; ia adalah transformasi total yang akan mengubah keseluruhan rancangan dengan segmen luar biasa, gabungan gosip mengejutkan, penceritaan penuh emosi dan naratif penuh impak, bersedia membawa Melodi ke tahap lebih tinggi dan mencipta definisi baharu bagi hiburan yang tidak dapat dilepaskan.
Nantikan Malam Kemuncak yang Penuh Gemerlap!
AMT 2025 bukan sekadar pentas hiburan. Ia adalah pentas penghormatan kepada perjalanan seni dan impak sebenar para selebriti Malaysia. Setiap kisah mereka adalah cerminan masyarakat, dan setiap undi anda adalah suara yang membina legasi hiburan kita. Ayuh, raikan bintang-bintang yang benar-benar 'terhangat' pilihan anda!
#ANUGERAHMELODITERHANGAT
#AMT2025
Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.
SENARAI KATEGORI DAN PENCALONAN
1. SELEBRITI DRAMA SANGAT TERHANGAT
1. Sarimah Ibrahim2. Siti Elizad
3. Redza Rosli
4. Zahiril Adzim
5. Siti Khadijah
6. Shukri Yahya
7. Puteri Balqis
8. Ummi Nazeera
9. Nabila Huda
10. Datuk Rosyam Noor
2. TONTON ORIGINAL TERHANGAT
1. SeOfis
2. Perempuan Ilmu Hitam
3. Kuih Muah
4. Perempuan Paling Merana
5. Menanti Yang Pasti
6. Salju Rindu Di Bumi Auckland
7. Marina
8. Langit Ke Tujuh
9. Bru
10. Anak-Anak Mafia
3. SELEBRITI IKON TERHANGAT DIKUASAI OLEH SAMSUNG GALAXY
1. Aina Abdul2. Shukri Yahaya
3. Fasha Sandha
4. Janna Nick
5. Alif Satar
6. Siti Saleha
7. Ernie Zakri
8. Neelofa
9. Yuna
10. Khairul Aming
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.