Drama Review | Enigma (2023)

Sunday, 6 July 2025


Pengarah: Patha Thongpan
Penulis Skrip: Patha Thongpan, Jarinee Tanomyat 
Pelakon: Metawin Opas-iamkajorn, Chanikarn Tangkabodee, Kanyarat Ruangrung, Sureeyares Yakares, Preeyaphat Lawsuwansiri
Syarikat Produksi: The One Enterprise, GMMTV, Parbdee Tawesuk  
Penyiaran: GMM25, Amazon Prime Video 
Genre: Supernatural / Thriller
Jumlah Episod: 4 Episod (44-52 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 15 Julai 2023 – 05 Ogos 2023 
Trailer: 


‘I’ve always thought that life makes me feel like I’m trapped in a cage of glass so clear… it’s invisible. As I’m getting older, I only grow more and more sure of it. Because it’s like I’m starting to see tiny cracks right before my eyes. But these cracks… no adults have ever told us about them.’ - Farinda Panya-angkul (Chanikarn Tangkabodee)


Kes misteri pelajar histeria seorang demi seorang mula terjadi di Sekolah Menengah Satrikurat. Anehnya pelajar yang histeria ialah pelajar cemerlang dan sasaran seterusnya ialah Fa lalu dia mula menyiasat kes tersebut. Sama seperti pelajar-pelajar sebelumnya, Fa mula mengalami halusinasi dan diganggu oleh makhluk halus jadi dia yakin pelajar sekolah tersebut ingin singkirkan pelajar-pelajar cemerlang di sekolah. 


Kemunculan guru sementara bernama Ajin (Metawin Opas-iamkajorn) yang aneh perilakunya menguatkan lagi sangkaan Fa bahawa guru tersebut juga terlibat. Atau lebih teruk lagi, dalang kepada misteri yang berlaku di sekolah tersebut. 

Sangkaan dia meleset bila Ajin cuba selamatkan Fa dari menjadi sasaran ilmu hitam yang seterusnya. Ajin menyamar sebagai guru sementara untuk mencari pelaku yang mengamalkan ilmu hitam yang diberikan oleh Enigma. Fa dan Ajin bekerjasama mencari si pelaku dan menghentikan kegiatan ilmu hitam tersebut. 


Drama Enigma arahan dan penulisan Patha Thongpan menggunakan tema ilmu hitam dalam olahan yang serba moden dan bergaya. Watak Ajin sebagai dukun moden juga mengangkat visi yang sama. Kacak, muda, bergaya, bad ass dan keluar dari penampilan dukun yang serabai atau seram. Mungkin dia nak blend in dengan masyarakat awam atau tampak meyakinkan sebagai guru yang clumsy tapi sama macam Fa pertikaikan, personaliti Ajin sebagai dukun tampil berbeza dan moden. 

Patha sendiri bagitahu dia olah dunia ilmu hitam sesuai dengan peredaran zaman seperti yang diterangkan oleh Ajin dalam episod pertama. I sendiri pernah nampak akaun yang jual minyak pengasih di Instagram dan website. Sama ada minyak pengasih tu ori ataupun tipu, tak pasti lah pulak sebab tak jadi pelanggan. Kreativiti Patha sebagai pengarah dan penulis berjaya wujudkan dunia yang menggabungkan budaya tradisional dalam persalinan yang moden dan canggih. 


Disebabkan watak Ajin yang tak jauh beza umur dari Fa, mudah sangat untuk dua watak ni bekerja bersama. Dinamik perhubungan Fa dengan Ajin dari awal sebagai musuh kemudian reda sedikit lalu bertukar rapat dan mesra buatkan penceritaan bergerak dengan menarik juga comel. Ada masanya hubungan mereka terlihat tegang sebab penulis cuba masukkan love angle antara dua watak utama. 

Makin kuat teori ni bila Ajin tunaikan impian Fa dan letakkan sepenuhnya kepercayaan pada gadis bijak tersebut. Tapi rasa selesa sangat tengok hubungan Ajin dan Fa sebab pengalaman dan kemahiran Ajin on par dengan curiousity gadis tersebut. Dengan mudah Fa boleh faham dan terima penerangan Ajin. 


Antara kekuatan Enigma ialah lakonan watak utama. Chanikarn Tangkabodee menyerlah sebagai Fa, pelajar cemerlang yang buntu dengan jalan hidup sendiri. Mungkin dia tak struggle dalam pelajaran tapi kehidupan, persahabatan dan masa depan buatkan dia takut untuk hadap dunia luar. Cara dia carry watak Fa yang masih muda tapi takut dengan dunia luar terlihat natural sampai termasuk sekali dalam dunia dia setiap kali watak dia ada deeptalk session. 

Cuma tak suka bila dia tak mampu nak sokong kawan dengan lantang walaupun dia digambarkan sebagai watak yang berani. Mungkin dia masih terkesan dengan keputusan Ajin atau masih terkejut dengan apa yang jadi. 


Walaupun cuma mempunyai 4 episod tapi musim pertama Enigma tak buang masa memperkenalkan watak protagonis dan juga antagonisnya. Enigma merupakan institusi misteri yang belum sepenuhnya dibongkarkan dalam musim pertama. Mungkin produksi akan kembangkan lebih mendalam pada musim kedua tapi cukup untuk kita tahu yang Enigma cukup berbahaya dan Ajin bukan dukun biasa-biasa. Tak sabar nak tengok keupayaan dia sebagai dukun muda dalam musim kedua.

Sinematografi dari Supawat Morakotamporn dan Tin Guyson (Unit B) berjaya kukuhkan penceritaan dan pengalaman visual mengikut genre dan situasi yang diperlukan. Kejutan dan jumpscares yang dimasukkan buatkan kita tak senang duduk tunggu watak Ajin datang selamatkan sebab hanya dia sahaja yang tahu cara untuk selamatkan watak-watak lain. 


Transisi menarik bersama teknik kamera yang bergaya buatkan beberapa babak mempunyai emosi dan impaknya tersendiri. Tak hairan lah kalau Fa dengan mudahnya jatuh cinta pada Ajin sebab set-up suasana sekeliling membantu hidupkan vibe romantik yang menawan. 

Perhatian juga diberikan kepada props yang digunakan macam alatan dukun Ajin, instrumen ilmu hitam Enigma dan banyak lagi yang dimasukkan untuk menguatkan penceritaan dan personaliti watak. Sama juga dengan make-up bila beberapa babak tampak mengerikan sebab nampak real sangat. Kalau lemah semangat better layan drama Enigma ni berteman dan bukan waktu malam.


Sebelum ni GMMTV pernah terbitkan drama bersiri The Gifted (2018) dan berjaya mencuri perhatian ramai dengan filem berunsurkan supernatural. Sama juga dengan The Gifted, Enigma juga mendapat layanan yang sama bila ramai yang puji cuma sayang lah sebab pendek sangat. Ada banyak plot dan watak yang boleh dikembangkan lagi macam penglibatan pihak sekolah dalam kes ni. Watak suspek pun boleh ditambah lagi supaya misteri boleh diperbanyakkan lagi. Tak puas selesaikan misteri yang disimpan kemas oleh penulis. 

Hopefully GMMTV terbitkan musim kedua dengan episod lebih banyak memandangkan ada Bright sebagai watak antagonis utama yang lebih kuat dan capai umur matang.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.